Home Kdrama/Kmovie 8 Watak dalam Drama Korea 2024 Mempunyai Pengakhiran Bahagia Bersama Cinta Pertama...

8 Watak dalam Drama Korea 2024 Mempunyai Pengakhiran Bahagia Bersama Cinta Pertama Mereka, Buat Terharu

0

Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) dan Hong Hae In (Kim Ji Won) merupakan pasangan utama dalam drama Korea popular yang baru sahaja tamat iaitu Queen of Tears. Lebih menariknya, pasangan ini ternyata ditakdirkan mempunyai takdir dan jodoh bersama. Kedua-dua mereka adalah sebenarnya cinta pertama masing-masing tanpa disedari.

Selain Baekhong Couple dalam Queen of Tears ini, terdapat beberapa pasangan lain dalam drama Korea yang ditayangkan pada awal tahun 2024 yang berakhir bahagia dengan cinta pertama mereka. Siapakah mereka? Mari sama-sama kita lihat!

 

Drama korea
1. Baek Hyun Woo dulu mencari-cari gadis yang ditemuinya semasa dia berpindah sekolah. Rupa-rupanya gadis itu kini menjadi isterinya dalam drama Korea Queen of Tears

 

 

 

ad8471c6 269e 43dc b67b dd08b7b412cc
2. Dalam drama Korea yang sama iaitu Queen of Tears, Hong Hae In jatuh cinta pada Baek Hyun Woo semasa dia menjadi pekerja pelatih di syarikat keluarganya. Mereka hidup bahagia bersama

 

 

 

7dfe8d72 3ade 47eb b4b1 7041f9de1271
3. Selain itu ada juga Cheon Da Hye (Lee Joo Bin) yang berkahwin dengan cinta pertamanya. Walau bermula dengan pembohongan, mereka bersama hingga ke akhirnya

 

 

 

526b176c abb0 4f77 a594 58bb4c6585f9
4. Oleh sebab penjelajahan waktu Im Sol (Kim Hye Yoon), nasib Ryu Sun Jae (Byeon Woo Seok) berubah dan dia tidak menjadi lelaki kesepian lagi dalam drama Korea Lovely Runner

Baca juga: 9 Kdrama Punya Vibe Sama Seperti Lovely Runner

 

 

997a9e47 0b12 40e6 b9c6 df04466a2892 1
5. Lee Hyun Joo (Seo Hye Won) dalam drama Lovely Runner berkahwin dengan cinta pertamanya. Mereka sudah dikurniakan dua orang anak yang comel!

 

 

 

41c45d32 9fc5 4854 a108 309c059e9b66
6. Yoo Ji Hyuk (Na In Woo) dalam Marry My Husband tidak bertepuk sebelah tangan lagi. Oleh sebab penjelajahan masa, dia kini berkahwin dengan cinta pertamanya dan dikurniakan 3 orang anak

 

 

 

a59646dd 5e7e 4c09 8b53 4fa9a5f740db
7. Walau beberapa kali menjalin hubungan cinta, Cho Sam Dal (Shin Hye Sun) tetap mengingati cinta pertamanya dalam Welcome to Samdalri. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka bahagia bersama!

 

 

 

232f13aa 0b51 4a14 ab69 ff38209cbb31
8. Dalam drama yang sama, Cho Yong Pil (Ji Chang Wook) boleh bersatu lagi dengan cinta pertamanya, Cho Sam Dal selepas mereka mendapat restu

Watak-watak di atas mempunyai pengakhiran kisah yang manis dengan cinta pertama mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka terlalu bahagia hingga mendirikan rumah tangga. Kisah cinta mereka dengan cinta pertama masing-masing membuatkan penonton turut bahagia dan tersenyum sendiri!

Baca lagi: Laku Keras, 12 Pelakon Korea Ini Rebut Peluang Berlakon dalam 2 Drama Sekaligus pada Tahun 2024
Baca juga: ENA Akan Menyajikan 4 Drama Korea Baru pada Pertengahan Hingga Hujung Tahun 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here