Home Artis Korea 8 Kdrama Seram Misteri Seperti Revenant, Pemburuan Roh Jahat

8 Kdrama Seram Misteri Seperti Revenant, Pemburuan Roh Jahat

0

Revenant merupakan Kdrama siri seram tahun 2023 karya penulis Kim Eun Hee. Drama siri SBS ini dibintangi oleh Kim Tae Ri, Oh Jung Se, dan Hong Kyung.

Kisah menarik kdrama siri ini membahaskan tentang seorang gadis yang telah dirasuk oleh roh jahat dan seorang profesor yang berusaha untuk mengusir roh jahat tersebut. Kdrama siri Revenant telah melabuhkan tirai baru-baru ini dan mendapat sambutan hangat oleh para peminat dan penonton setianya.

Kehebatan lakonan Kim Tae Ri sebagai pelakon utama Revenant disebut-sebut sangat luar biasa kerana berjaya memberikan sensasi seram yang membuatkan para penonton rasa meremang dan seram sejuk!

Jika anda penonton setia Revenant ini, kami sudah sediakan beberapa tajuk Kdrama lain yang juga menyeramkan yang boleh anda masukkan ke dalam senarai tontonan anda.

Semuanya mengusung genre seram dan mempunyai vibe yang hampir sama dengan Kdrama Revenant. Jom sama-sama kita lihat senarainya di bawah ini:

 

1. Seperti Revenant, drama siri The Guest (2018) juga menceritakan tentang trio pemburu roh jahat yang telah merasuk dan membunuh manusia

Kdrama

 

2. Seorang konglomerat dalam The Cursed (2020) melakukan ritual aneh demi untuk mengumpulkan harta dan kekuatan. Satu perkara yang memang mirip dengan tema kerakusan kuasa dalam siri Revenant

1c5f05e7 5b8a 4a9e b634 7a0f80a0cbc6

 

3. Dalam The Uncanny Counter 1 dan 2 (2020-2023), sekumpulan pemburu roh jahat yang disebut sebagai counter menangkap dan bertarung dengan banyak roh jahat

5d0612bb 0bda 46ff b327 0ec19fe85220

 

4. Seperti Profesor Yeom Hae Sang dalam Revenant, Monstrous (2022) mengisahkan tentang seorang ahli arkeologi yang berusaha untuk menghapuskan roh jahat yang berasal dari patung mistik Buddha kuno

1e11ef25 e46a 4c5b bd95 f842703509eb

 

5. Sell Your Haunted House (2021) menampilkan kisah pengusir syaitan yang berusaha mengusir roh jahat, seperti trio dalam siri Revenant

a5a8b4cc 14cb 4e7a 93e9 c0e8f23a8329

 

6. Kisah pemburuan roh jahat yang diseru oleh manusia tamak dan pentingkan diri jadi titik persamaan The Great Shaman Ga Doo Shim (2021) dan Revenant

c2b227ef 73d7 4538 9509 e47fe3b91758

 

7. Walaupun tidak mengutamakan roh jahat, kisah seram yang digabungkan dengan kritikan sosial dari penulis Kim Eun Hee iaitu penulis Revenant, juga boleh ditonton dalam drama siri Kingdom (2019-2020)

7f6442b0 a466 4841 9c8f c3b81098cb0e

 

8. The Ghost Detective (2018) mengisahkan tentang seorang Detektif penyiasat persendirian Lee Da-il (Choi Daniel) yang harus berdepan dengan tragedi. Disaat Detektif Da-il menjadi roh, dia juga harus berdepan dan berlawan dengan roh jahat lain iaitu Sun Woo-hye. Sun Woo-hye digelar Roh Jahat Berbaju Merah dan ramai nyawa manusia mati disebabkan dia termasuklah orang kesayangan Detektif Da-il.

IMG 9317

Mengusung genre seram, 8 Kdrama yang tersenarai di atas memiliki kisah menarik dan juga mencengkam jiwa. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: 7 Watak Kdrama, Memburu Roh Jahat

Baca juga: 5 Kes Kematian Terjadi Setelah Menonton Filem Seram