Home Artis Korea 8 Kdrama Yang Dibintangi Oleh Pelakon Utama Chief Inspector 1963

8 Kdrama Yang Dibintangi Oleh Pelakon Utama Chief Inspector 1963

0

Pelakon kacak kegemaran ramai iaitu Lee Je Hoon sekali lagi akan kembali tampil sebagai pelakon utama Kdrama siri terbaru MBC yang bertajuk Chief Inspector 1963.

Kdrama ini turut akan dibintangi bersama pelakon wanita terkenal Seo Eun Soo.

Lee Je Hoon akan membawa watak sebagai Park Young Han, seorang anggota polis yang berpangkat ketua inspektor. Sementara itu, Seo Eun Soo akan membawa watak sebagai Lee Hye Joo, pemilik kedai buku Jongnam Seorim yang mempunyai yang kecantikan luar biasa.

Dijadualkan akan ditayangkan pada tahun 2023 ini juga, jom sama-sama kita lihat dulu 8 buah drama siri Korea Selatan yang pernah dibintangi oleh para pelakon utama Chief Inspector 1963 berikut ini:

 

a7325d08 a234 4d11 8be0 3c8da325a8d01. Lee Je-hoon adalah anggota polis yang tanpa sengaja berhubung dengan masa lalu dalam drama siri Signal (2016). Berlakon bersama Kim Hye Soo dan juga Cho Jin Woong

 

cbdf4c44 7ea8 4ccd a844 155276fe70042. Lee Je Hoon boleh melakukan pengembaraan waktu dalam drama siri Tomorrow, With You (2017). Disebabkan oleh satu perkara yang tidak dapat dielakkan, dia akhirnya berkahwin dengan Shin Min Ah

 

5a132baa 98cd 4c40 a85a 9841bd6fc2143. Turut membintangi drama siri My Golden Life (2017), Seo Eun Soo membawa watak sebagai saudara kembar kepada Shin Hye Sun

 

Kdrama4. Lee Je Hoon adalah seorang pekerja di lapangan terbang yang mempunyai kuasa misteri dalam drama siri Where Stars Land (2018)

 

046a345b 49ff 4c55 8466 c3f9235d7a625. Jin Goo dan Seo Eun Soo adalah peguam yang berbeza karakter yang bekerja sama menyelesaikan kes pelanggan mereka dalam Kdrama siri Legal High (2019)

 

9efa26ac cb49 449d a4f8 1656ea5210106. Selepas saudaranya meninggal dunia, Lee Je Hoon meneruskan perniagaan dan menjaga anak saudaranya dalam Kdrama siri Move to Heaven (2021)

 

a52b100e bad8 4a54 8441 3d8cbd3a4d7e7. Seo Eun Soo membawa watak sebagai setia usaha kepada Park Sung Woong dalam Kdrama siri Unlock My Boss (2022). Akhirnya bergabung dengan Chae Jong Hyeop

 

dafac681 8a74 49dd bfa8 fbdf18d55bb3

8. Aksinya sangat menarik, Lee Je Hoon adalah pemandu teksi yang memberi perkhidmatan balas dendam kepada mangsa yang memerlukan dalam Kdrama siri Taxi Driver

Chief Inspector 1963 merupakan drama siri terbaru Lee Je Hoon selepas drama Taxi Driver 2 (2023). Tidak sendirian, artis Seo Eun Soo akan bergandingan dengan Lee Je Hoon. Pasti ramai peminat setia sudah tidak sabar menantikan lakonan kedua-dua bintang ini dalam drama siri Chief Inspector 1963 bukan?

Baca lagi: 7 Kdrama Dan Filem Berlatarkan Masa Zaman Dahulu, Tayang September ini
Baca juga: 7 Kdrama Menarik Dibintangi Jo Byeong Gyu