Home Entertainment 8 Fakta Watak Yeom Hae Sang Dalam Revenant, Pemburu Roh Jahat

8 Fakta Watak Yeom Hae Sang Dalam Revenant, Pemburu Roh Jahat

0

Drama siri Korea yang kini popular iaitu Revenant (2023) yang ditayangkan di OTT Disney Hotstar mampu menyajikan cerita seram yang mencengkam jiwa.

Ditampilkan dengan tema penyiasatan yang penuh misteri, drama siri Revenant ini menarik perhatian para penonton dengan kisah yang diselubungi dengan banyak teka-teki.

Gu San Yeong (Kim Tae-ri) bersama profesor yang mengkaji cerita rakyat iaitu Yeom Hae Sang (Oh Jung-se) menyiasat sejarah roh jahat yang tersimpan dalam perhiasan rambut anak-anak berwarna merah. Baik Yeom Hae Sang mahupun Gu San Yeong masing-masing mempunyai ikatan khas dengan roh jahat yang disiasat oleh mereka.

Berikut ini merupakan beberapa fakta menarik mengenai watak Yeom Hae Sang dalam drama siri Revenant, jom sama-sama kita lihat:

1. Yeom Hae Sang adalah profesor yang mengkaji budaya dan cerita rakyat yang boleh melihat hantu dan roh, dia sudah terbiasa dan tidak merasa terganggu dengan sebarang penampakan

Revenant

2. Mampu melihat roh jahat, Yeom Hae Sang cenderung untuk membantu individu yang terkesan dengan teruk gara-gara roh jahat tersebut

966b79fa b071 4729 b28e 849ba7f49b77

3. Ibu Yeom Hae Sang juga meninggal dunia akibat perbuatan roh jahat dalam hiasan rambut kanak-kanak berwarna merah

6eb362d2 5291 46d1 809a 7f23cf0a71c4

4. Roh jahat itu wujud sejak lama dulu, namun sebagai ahli pengkaji hikayat rakyat, Yeom Hae Sang tidak berjaya mengumpulkan banyak maklumat tentang roh tersebut

9e467432 e402 4f13 8300 8c121a5c646c

5. Selain itu, profesor cerita rakya lain yang bernama Gu Gang Mo (Jin Seon Kyu) menyiasat roh itu dengan sangat teliti dan hebat, namun dia tidak pernah bersedia untuk menemui Yeom Hae Sang

c992cfd2 4011 480d 8bcc 0b8f6bbaf895

6. Di akhir hayatnya, Gu Gang Mo meminta Yeom Hae Sang untuk menolong anak perempuannya yang bernama Gu San Yeong

4464d6ed ee08 4e3a 8069 a68ccc2bbfeb 1

7. Rupa-rupanya roh jahat yang membunuh ibu Yeom Hae Sang dan telah lama dicarinya kini telah merasuk tubuh Gu San Yeong

2eddf8dc a337 490a 8d4b f3edf6d7d91f

8. Yeom Hae Sang bekerjasama dengan Gu San Yeong untuk mengungkap misteri roh tersebut dengan petunjuk dan maklumat yang ditinggalkan oleh mendiang Gu Gang Mo

4532a6d6 47dd 48a2 bbba cc4c848b7c84

Penyiasatan yang dilakukan oleh Yeom Hae Sang dan Gu San Yeong sedikit demi sedikit berjaya mengungkap misteri roh jahat penghuni hiasan rambut kanak-kanak berwarna merah tersebut. Adakah mereka akan berjaya melawan roh jahat itu? Kita saksikan bersama aksi Yeom Hae Sang dalam Kdrama Revenant setiap hari Jumaat dan Sabtu ya!

Baca lagi: 10 First Look D.P. Musim Kedua
Baca juga: The Uncanny Counter 2 – Senarai Kuasa Ahli Counter dan Roh Jahat