Home Entertainment 10 First Look D.P. Musim Kedua

10 First Look D.P. Musim Kedua

0

D.P. musim 2 bakal menemui peminatnya sekali lagi!

Sudah tidak sabar rasanya untuk menyaksikan musim kedua drama siri Korea Selatan yang bertemakan ketenteraan iaitu D.P. akan ditayangkan akhir bulan ini.

Drama siri D.P. Ini mengisahkan tentang pasukan tentera khas yang dikirimkan untuk mengejar para tentera yang lari dari tugas (deserter).

Drama siri D.P ini masih diarahkan oleh Han Jun Hee dan menampilkan kembali watak utama, termasuk Jung Hae-in dan Goo Kyo Hwan sebagai duo unit DP An Jun Ho dan Han Ho Yeol, Kim Sung Kyun sebagai Sarjan Park Beom Gu, dan Son Suk Ku sebagai Leftenan Lim Ji Seop.

Para pelakon baru yang membintangi drama siri ini untuk musim kedua adalah Ji Jin Hee, Kim Ji Hyun, dan Choi Hyun Wook. Pasti ramai peminat setia tertanya-tanya bagaimanakah agaknya dengan kombinasi mereka?

Jom sama-sama kita lihat 10 first look D.P. musim 2 seperti di bawah ini!

1. Musim 2 akan dimulakan dengan situasi Divisyen Penyiasatan Polis Ketenteraan dan kenyataan yang tidak berubah setelah insiden Prajurit Cho Seok Bong

D.P.

2. Perhatian diberikan khas pada bagaimanakah keadaan intervensi Markas Besar Angkatan Darat Republik Korea membawa perubahan baru

0d04d399 2567 4f8a b820 ac1ae3c36841

3. Han Ho Yeol berada di hospital tentera, Sarjan Park Beom Gu dikenakan tindakan tatatertib, dan Leftenan Lim Ji Seop dipindahkan jawatan

1b129451 1e01 4c18 a684 8b1b032e827e

4. Di tengah-tengah situasi ini, An Jun Ho diperkenalkan dengan pengganti baru yang mengenakan jaket Ho Yeol

17011dbd eb81 449b ade7 5dfcb5115b36

5. Pada musim ke 2, kombinasi watak baru juga menarik perhatian. Salah satunya adalah Park Beom Gu dan Lim Ji Seop

30d08cb8 5a72 45a0 8097 d70f15146282

6. Kedua-dua mereka memilih untuk melupakan masa lalu dan mula bekerja sama antara satu sama lain

dae62025 d415 46f5 a290 f39346df17ba

7. Di musim kedua ini, ditampilkan karakter baru yang sepertinya membawa sesuatu yang mungkin akan mencetuskan kebaikan atau juga keburukan, kita nantikan!

9b11565d a80e 4a2a 969b c51bc4197411

8. Hubungan rapat antara Lim Ji Seop dengan seorang wanita mula menimbulkan kecurigaan, apakah yang diinginkannya?

6e7be83b 7fee 4c63 a135 ca83a8e69db0

9. Nampaknya kes buli dalam tentera masih terjadi di musim kedua nanti!

7674398f a3d2 4c4b 8414 afdd5bbadd95

10. Apakah yang terjadi kepada An Jun Ho dan Han Ho Yeol di balai polis?

90249610 8cfa 476b ad4b 0de73936b2cc

Demikian sahaja sepuluh first look untuk musim kedua D.P. yang akan ditayangkan pada 28 Julai 2023 nanti. Nantikan temu janji anda bersama drama siri D.P. musim kedua!

Baca lagi: The Uncanny Counter 2, 7 Foto Ngeri Kim Hieora
Baca juga: The Uncanny Counter 2 – Senarai Kuasa Ahli Counter dan Roh Jahat