Home Entertainment The Uncanny Counter 2, 7 Foto Ngeri Kim Hieora

The Uncanny Counter 2, 7 Foto Ngeri Kim Hieora

0

The Uncanny Counter musim pertama sangat berjaya dan mencipta para peminatnya sendiri

Kini drama siri popular Korea Selatan The Uncanny Counter 2 akan meneruskan kisahnya di musim baru. Drama siri adaptasi dari webtoon popular ini juga turut menampilkan pelakon-pelakon baharu untuk menambahkan lagi seri perjalanan cerita.

Salah satu watak baharu yang berjaya menjadi tumpuan netizen hasil lakonan hebat memukau yang menakjubkan dalam drama siri The Glory. Dalam drama tersebut, Kim Hieora dibanjiri pujian kerana berjaya menampilkan ekspresi sebagai seorang penagih dadah tegar, wataknya nampak benar-benar hidup dalam Kdrama The Glory.

Kim Hieora melakukan debut dalam drama thriller terkenal yang bertajuk Beyond Evil. Dalam drama siri tersebut, Kim Hieora mendapat watak sebagai pelakon pembantu, dia berlakon sebagai Bang Ju Seon. Tidak lama kemudian pelakon wanita ini terus dibanjiri tawaran untuk membintangi drama-drama terkenal seperti Bad and Crazy, Hospital Playlist 2, Love and Weather, Bad Prosecutor, Extraordinary Attorney Woo, dan banyak lagi.

Kim Hieora yang memang terkenal dengan wataknya sebagai seorang kaki buli yang kejam dah amat dibenci dalam drama siri popular Netflix The Glory akan menjadi sebahagian daripada pasukan roh jahat yang bakal bertarung melawan para Counter.

IMG 5341

Kim Hieora membuat perubahan ketara kepada Gelly dalam The Uncanny Counter 2, watak jahat tulen yang suka membunuh tanpa sebarang sebab. Daripada potongan rambut pendek berambut perangnya kepada pakaiannya yang menarik dan tompok mata yang dramatik, Kim Hieora merangkumi peranan penjahat baharunya dengan pandangan yang sangat jahat.
Dalam setiap adegan di mana Kim Hieora muncul, penonton pasti akan menahan nafas. Dia adalah syaitan peringkat ketiga yang pakar dalam kelajuan boleh mencalar, menikam, memotong dan membunuh. Selain itu dia juga mempunya kuasa psikometri yang membolehkan Gelli membaca ingatan orang lain, kuasa yang sama dimiliki oleh Do Hana.

Jom sama-sama kita lihat 7 foto terbaru Kim Hieora sebagai villain dalam drama siri The Uncanny Counter 2:

1. Kim Hieora akan membawa watak sebagai Gelli Berherd iaitu salah seorang anggota pasukan roh jahat yang akan melawan para Counter

The uncanny counter 2

2. Gelli adalah seorang psikopat yang sangat menikmati setiap aksi pembunuhannya

IMG 5343
3. Karakter Gelli digambarkan sangat susah untuk mengendalikan emosi, namun akan merasa sangat bahagia ketika membunuh

50945502 5415 4007 870d 6601f569869f
4. Cara membunuh Gelli cukup kejam, paling dahsyat, dia suka mencakar dan mengoyak kulit setiap mangsanya hingga mereka kesakitan dan ketakutan

643af5c3 8e77 4696 8d6c a4d42b9dba80
5. Senjata terhebatnya terletak pada sebuah gerigi pisau runcing yang dipakai di kedua-dua belah tangannya

e4ca666f 05ab 4ca6 ad6f 3386750c6cc2
6. Gelli akan menjadi ancaman bagi para Counter, mana tidaknya, karakter yang ditonjolkan cukup gila dan tidak berperikemanusiaan

a418609f 468f 4280 bc96 e4b9916f3edd
7. Gelli dan Pil-Gwang adalah kombinasi yang menakutkan, nampaknya pasukan Counter akan menghadapi kesukaran apabila menghadapi kedua-dua villain ini!

d32fff2f de40 4589 8e37 4dbca1ce961f
Demikian sahaja 7 foto Kim Hieora yang akan tampil sebagai seorang psikopat yang memang gilakan darah dalam drama siri terbaru The Uncanny Counter 2. Nantikan tayangannya drama terbaru ini nanti di platform streaming Netflix pada 29 Julai ini!

Baca lagi: The Uncanny Counter 2 – Senarai Kuasa Ahli Counter dan Roh Jahat
Baca juga: The Uncanny Counter 2, Bahang Adiwira Makin Dekat