Memasuki pertengahan tahun, drama Korea terbaru yang bakal ditayangkan pada Julai 2025 sedia menghiburkan penonton setia dengan pelbagai kisah menarik dan menyentuh emosi. Para peminat drama Korea akan disajikan dengan pelbagai genre, termasuk thriller psikologi, drama perundangan, sehinggalah kepada kisah fantasi penuh misteri.
Bukan sahaja dari segi jalan cerita, barisan pelakon tersohor seperti Lee Jong Suk, Lee Da Hee dan Ryu Seung Ryong turut membawakan watak-watak yang kuat dan mampu mencuri perhatian penonton.
Jika anda sedang mencari tontonan yang mendebarkan, menyentuh jiwa atau sarat aksi, tujuh drama pilihan ini pastinya boleh mengisi waktu lapang anda dengan sempurna. Teruskan membaca untuk senarai penuh drama yang wajib ditonton.
1. Bitch x Rich 2 (3 Julai 2025)
Genre: Thriller, misteri, drama
Pelakon: Lee Eun-saem, Kim Ye-rim, Lee Jong-hyuk
Bilangan episod: 10
Platform penstriman: Viu
Sambungan kepada musim pertamanya yang mencetuskan fenomena, Bitch x Rich 2 kembali dengan ketegangan baharu dalam dunia sekolah elit. Berlatarkan genre thriller psikologi, drama Korea ini mengisahkan insiden tragis yang menimpa Oh Shi Eun. Kim Hye In, seorang pelajar miskin penerima biasiswa, telah dituduh sebagai dalang kejadian tersebut. Tuduhan ini menyebabkan beliau menjadi mangsa buli dalam kalangan pelajar lain.
2. Law and the City (5 Julai 2025)
Genre: Drama undang-undang
Pelakon: Lee Jong-suk, Moon Ga-young, Kang You-seok, Ryu Hye-young, Im Seong-jae
Bilangan episod: 12
Platform penstriman: Disney+
Drama Korea ini menyentuh dunia perundangan dengan memaparkan kehidupan sekumpulan peguam di sebuah firma guaman ternama. Watak utama, An Ju Hyeong, ialah seorang peguam kanan yang bijaksana, tegas dan berhati-hati dalam setiap langkahnya.
Menampilkan pelakon terkenal seperti Lee Jong Suk, Moon Ga Young dan Kang You Seok, drama 16 episod ini bakal ditayangkan di platform penstriman Disney+ bermula 5 Julai 2025.
3. S Line (11 Julai 2025)
Genre: Thriller, misteri, fantasi
Pelakon: Lee Soo-hyuk, Lee Da-hee, Arin
Bilangan episod: 6
Platform penstriman: TBA
S Line membawa konsep unik mengenai garis merah misteri yang muncul di atas kepala seseorang, yang dipercayai menghubungkannya dengan individu yang pernah menjalin hubungan intim dengannya. Watak utama, Han Ji Uk, ialah seorang detektif yang nekad membongkar kebenaran di sebalik fenomena aneh ini.
Drama Korea ini diadaptasi daripada webtoon popular karya Little Bee dan sesuai untuk penonton yang meminati genre thriller misteri.
4. Low Life (16 Julai 2025)
Genre: Pengembaraan, misteri, jenayah, drama
Pelakon: Ryu Seung-ryong, Yang Se-jong, Lim Soo-jung, Im Hyung-joon
Bilangan episod: 11
Platform penstriman: Disney+
Berlatar era 1970-an, Low Life mengisahkan hubungan antara seorang bapa saudara dan anak saudaranya yang terlibat dalam kegiatan penjualan barangan palsu. Kehidupan mereka mula berubah apabila ditawarkan peluang untuk meneroka wilayah Laut Barat demi memburu harta karun. Mereka berhasrat untuk keluar dari dunia kegelapan dan memulakan pengembaraan berisiko tinggi yang penuh kejutan.
5. The Nice Guy (18 Julai 2025)
Genre: Romantik, Aksi, drama keluarga
Pelakon: Lee Dong-wook, Lee Sung-kyung, Ryu Hye-young
Bilangan episod: 14
Platform penstriman: Disney+
Lee Dong Wook dan Lee Sung Kyung digandingkan dalam drama aksi romantik ini. Cerita berkisar tentang Park Seok Chul, cucu sulung dalam sebuah keluarga gengster generasi ketiga yang berusaha menjalani hidup dengan ikhlas dan tulus. Dia terpaksa berdepan pelbagai konflik demi melindungi orang yang disayanginya, termasuk keluarga dan masa depannya sendiri.
6. The Defects (21 Julai 2025)
Genre: Aksi, thriller, drama
Pelakon: Yum Jung-ah, Won Ji-ah, Choi Young-joon, Dex
Bilangan episod: 8
Platform penstriman: TBA
Di sebalik kehebatan sebuah hospital besar, tersembunyi rahsia gelap yang mengerikan. Dr. Kim Se Hui mengendalikan sebuah yayasan amal yang rupa-rupanya menjalankan amalan adopsi haram serta sistem “pemulangan” kanak-kanak yang tidak diingini. Namun, seorang daripada mangsa sistem ini terselamat dan kembali untuk menuntut keadilan.
The Defects menyajikan kisah penuh ketegangan, emosi dan menyentuh isu sosial yang jarang diperkatakan. Drama Korea ini bakal membawa penonton menelusuri sisi gelap dunia perubatan dan perjuangan seorang wanita membongkar kebenaran yang terselindung.
7. Try: A Miracle In Us (25 Julai 2025)
Genre: Drama sukan, kematangan, komedi
Pelakon: Yoon Kye-sang, Im Se-mi, Kim Yo-han
Bilangan episod: 12
Platform penstriman: TBA
Drama Korea komedi ini mengetengahkan kisah Ju Ga Ram, bekas atlet ragbi yang dahulunya digelar bintang masa depan sukan Korea. Namun, karier cemerlangnya musnah akibat terpalit dengan skandal penyalahgunaan dadah, memaksanya bersara dengan reputasi tercemar. Drama ini mengikuti perjuangan dan keajaiban kecil yang mengubah kehidupannya.
8. Trigger (25 Julai 2025)
Genre: Aksi, thriller, misteri, jenayah
Pelakon: Kim Nam-gil, Kim Young-kwang
Bilangan episod: 10
Platform penstriman: Netflix

Di negara di mana senjata api diharamkan, penembak tepat yang bertukar menjadi detektif Yi-Do (Kim Nam-Gil) berlumba-lumba untuk membanteras gelombang penembakan haram secara tiba-tiba. Broker senjata yang teliti Moon-Baek (Kim Young-Kwang) mendalangi sindiket itu, mencetuskan permainan kucing-dan-tikus yang sangat berisiko tinggi.
Nah, itulah 8 drama Korea terbaharu yang akan bersiaran pada Julai 2025 yang sedia menemani masa lapang anda. Selamat menonton!








