Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 8 Drama Korea Era Joseon Paling Dinanti Tahun 2025, Romantik, Politik dan...

8 Drama Korea Era Joseon Paling Dinanti Tahun 2025, Romantik, Politik dan Misteri

0

Dunia drama Korea tidak pernah gagal menghadirkan tontonan menarik, khususnya bagi peminat genre sejarah yang berlatarkan era Joseon.

Pada tahun 2025, beberapa drama Korea berlatarkan era Joseon telah mula disiarkan dan ada juga yang dijadualkan tayangan, menambah senarai panjang karya berkualiti yang memadukan romansa, perebutan kuasa politik, dan budaya tradisional Korea.

Siri-siri ini membawa penonton menyelami kisah penuh liku dalam istana, percintaan yang menyentuh hati, serta perjuangan di masa lampau yang penuh daya tarik. Tidak hairanlah, banyak drama berlatar era Joseon meninggalkan kesan mendalam buat penggemarnya.

Ingin tahu drama Korea apa yang menghiasi era Joseon pada tahun 2025? Inilah senarainya!

1. Bon Appétit Your Majesty

Drama korea

Mengisahkan Yeon Ji-yeong (Im Yoon-ah), seorang tukang masak moden yang tiba-tiba terperangkap di era Joseon. Dia perlu menyediakan hidangan lazat untuk Raja Yi Heon (Lee Chae-min), seorang raja zalim dengan selera makan luar biasa. Drama ini mula tayangan pada 23 Ogos 2025.

2. Dear Hongrang

Era joseon

Sebuah melodrama misteri tentang Jae-yi (Jo Bo-ah) yang mencari abangnya, Hong-rang (Lee Jae-wook), di era Joseon. Hong-rang kembali selepas menghilang sejak kecil tanpa ingatan, sambil membawa rahsia besar. Drama ini mula ditayangkan pada 16 Mei 2025.

3. The First Night with the Duke

fc749be7 6153 4356 a87c 5b1506b0194f

Mengisahkan seorang penuntut universiti (Seohyun) yang jiwanya terperangkap dalam tubuh watak sampingan sebuah novel romansa era Joseon. Tanpa diduga, dia menghabiskan malam pertamanya bersama Duke Yi Beon (Ok Taec-yeon). Drama ini disiarkan dari 11 Jun hingga 17 Julai 2025.

4. The Haunted Palace

IMG 7562

Kisah mengenai Yeo-ri (Kim Ji-yeon), cucu kepada seorang bomoh yang menolak takdirnya, bersama Yoon Gap (Yook Sung-jae). Mereka perlu berhadapan dengan lapan roh pendendam yang menghantui istana Joseon penuh misteri. Tayangan bermula pada 18 April 2025.

5. The Murky Stream

1cad2728 9a90 443a baf4 a3dbc7a54ff7

Mengisahkan Jang Shi-yool (Ro Woon), seorang samseng dengan kisah silam tersembunyi di era Joseon. Takdirnya terjalin dengan Choi Eun (Shin Ye-eun) dan Jung Cheon (Park Seo-ham). Drama ini dijadualkan tayangan pada 26 September 2025.

6. The Queen Who Crowns

206070dd 7ed3 4e99 a642 11af6b981240 1

Menyoroti kehidupan Ratu Won Gyeong (Cha Joo-young), seorang ratu penuh cita-cita pada awal Dinasti Joseon. Beliau membantu suaminya, Lee Bang Won (Lee Hyun-wook), meraih takhta di tengah perebutan kuasa politik. Drama ini disiarkan dari 6 Januari hingga 11 Februari 2025.

7. The Scandal of Chunhwa

5d933fff c4d7 4f80 9110 ec0a7dd8f4ab

Berkisarkan Puteri Hwa-ri (Go Ara) yang bertekad mencari cinta sejatinya sendiri di era Joseon. Dia terjebak dalam hubungan bersama Choi Hwan (Chang Ryul), seorang lelaki playboy, serta Jang Won (Kang Chan-hee). Drama ini disiarkan dari 6 Februari hingga 6 Mac 2025.

8. The Tale of Lady Ok

44761213 238d 4ead 9961 1f15af593c1f

Mengikuti kisah Ok Tae-young (Lim Ji-yeon), seorang ahli undang-undang yang memalsukan identitinya di Joseon. Dia bertemu Cheon Seung-wi (Choo Young-woo), seorang pendongeng yang akhirnya jatuh cinta padanya. Drama ini ditayangkan sehingga 26 Januari 2025.

Dengan barisan cerita penuh romansa, politik istana, misteri dan emosi, tahun 2025 sememangnya menjadi tahun yang meriah untuk pencinta drama Korea berlatarkan era Joseon.

Baca lagi: Review 3 Episod Pertama “TEMPEST”, Drama Thriller Politik Perisikan Yang Harus Ditonton
Baca juga: “Romantics Anonymous”, Pertemuan Manis Dua Pencinta Coklat di Netflix