Home Cdrama 8 Drama China Menarik Tentang Gundik Diraja, Kisah Penuh Perjuangan dan Konflik...

8 Drama China Menarik Tentang Gundik Diraja, Kisah Penuh Perjuangan dan Konflik Istana

0

Drama China sering menampilkan kisah mendalam tentang perjuangan wanita di istana, termasuk kehidupan para gundik diraja yang sarat cabaran, pengkhianatan, dan strategi politik.

Melalui plot yang memukau, drama-drama China ini menggambarkan kekuatan dan kecekalan wanita dalam menghadapi konflik dalaman istana.

Dibawah ini adalah 8 cadangan drama China tentang gundik diraja yang menarik untuk anda tonton:

1. Ming Dynasty (2019)

Drama china

Drama China ini mengisahkan perjalanan hidup Sun Ruo Wei, yang terselamat daripada pembunuhan keluarganya yang diperintahkan oleh Maharaja Yongle. Beliau kemudiannya menjadi gundik putera mahkota dan akhirnya diangkat sebagai Ibu Suri selepas kematian suaminya. Ming Dynasty boleh ditonton di Viki dengan rating 7.7 di MyDramalist.

2. Love in Power (2012)

079945e3 1a38 4b13 a68f 83d95802bda3

Berlatar belakang penubuhan Dinasti Qing, drama ini memaparkan konflik keluarga dan politik apabila pengasas dinasti tersebut menggunakan perkahwinan untuk membina hubungan dengan suku Mongol dan Manchu. Pertelingkahan bermula apabila beliau lebih menyukai Harjol, adik tiri isterinya, Jerger. Drama China ini mendapat rating 7.0 di MyDramalist.

3. Palace of Devotion (2021)

9b82dd7e 94d3 4efc 969f 670dc889816d

Mengisahkan Liu E, seorang yatim piatu yang akhirnya menjadi permaisuri Dinasti Song selepas menarik perhatian Zhao Heng. Selepas kematian suaminya, beliau memainkan peranan penting sebagai wakil pemerintah. Drama China ini boleh ditonton di iQIYI dengan rating 7.5 di MyDramalist.

4. The Sword and The Brocade (2021)

4260a96f d0b6 4c73 bc4e d075541ab9bd

Drama China ini memfokuskan Shi Yi Niang, anak seorang gundik, yang mengahwini Jeneral Xu Ling Yi demi menyelamatkan keluarganya. Dengan semangat dan kebolehannya dalam seni sulaman, beliau berjuang untuk mencapai kebebasan dan melepasi batasan tradisi rumah tangga. Drama ini mendapat rating 8.3 di MyDramalist dan boleh ditonton di Viki.

5. Stand by Me (2021)

4e9a71ef 7383 4842 97dc a6be641c56c7

Berlatar zaman Dinasti Tang, drama ini mengisahkan perjuangan dua anak perempuan seorang menteri yang terperangkap dalam konflik istana. Seorang membalas dendam, manakala seorang lagi berusaha menyokong maharaja. Drama China ini boleh ditonton di Prime Video dengan rating 8.0 di MyDramalist.

6. Story of Yanxi Palace (2018)

cfd8a7af 0301 4dd3 9b00 7f5466556657

Wei Ying Luo menyertai Kota Larangan untuk mencari kebenaran di sebalik kematian saudaranya. Dalam perjalanan membongkar rahsia tersebut, beliau melindungi permaisuri dan perlahan-lahan menaiki tangga hierarki istana. Drama ini mendapat rating 8.8 di MyDramalist dan boleh ditonton di iQIYI.

7. Empresses in the Palace (2012)

4d363365 081b 4a24 9d5b 73d1334bd750

Drama China ini memaparkan kisah seorang wanita dari keluarga Lapan Panji yang berkahwin dengan maharaja. Beliau berjuang mengatasi konflik istana dan akhirnya berubah menjadi seorang yang berkuasa hingga bergelar Ibu Suri. Drama ini boleh ditonton di Netflix dengan rating 8.5 di MyDramalist.

8. Legend of Mi Yue (2015)

a5312eac 1ad3 47b4 b080 60350389c395

Drama China ini menceritakan kehidupan Mi Yue, puteri Raja Wei dari Chu, yang bermula sebagai gundik sebelum menjadi Ibu Suri pertama di China. Kisahnya penuh dengan konflik, strategi, dan pencapaian luar biasa. Drama ini mendapat rating 8.1 di MyDramalist dan boleh ditonton di Tencent Video.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama menarik ini yang bukan sahaja menawarkan jalan cerita yang penuh emosi, tetapi juga menyelami sejarah dan budaya China.

Baca lagi: Blossom: Drama China Penuh Liku-Liku dan Percintaan, Tonton di Platform Penstriman Popular
Baca juga: 7 Pilihan Drama China Wuxia, Penuh Aksi dan Romantik