Home Entertainment 7 Wanita Hebat Dalam Kdrama Original Netflix 2023

7 Wanita Hebat Dalam Kdrama Original Netflix 2023

0

Siapakah 7 wanita hebat dalam Kdrama Original Netflix 2023? Jom semak!

Sepanjang suku pertama tahun 2023, platform streaming Netflix telah menayangkan beberapa drama siri original dengan plot cerita yang menarik dan sangat luar biasa.

Menariknya, dalam setiap drama siri yang dikeluarkan oleh Netflix ini, terdapat beberapa watak wanita hebay yang cukup hebat dan sangat berkesan. Semua watak wanita hebat ini digambarkan mempunyai kekuatan mental yang ampuh, tidak mudah menyerah kalau dan sukar untuk ditewaskan.

7 watak wanita hebat yang disenaraikan berikut ini pasti masih diingati oleh setiap penonton setia. Watak-watak yang dipamerkan mewakili pelbagai kelas sosial dengan bermacam kerjaya yang ditampilkan.

Terdapat watak wanita hebat yang berjaya sebagai sebagai ahli politik, anggota tentera dan bermacam jenis pekerjaan lain. Setiap watak menonjolkan keperibadian berbeza namun masih berjaya mengekalkan elegan seorang wanita hebat yang kuat!

Jom sama-sama kita lihat beberapa watak wanita hebat yang telah berjaya mencuri perhatian para penonton dalam drama siri Korea Original Netflix:

b9e4c200 967d 4fae 8c22 ded032461a861. Jeong Seol Ah (Esom) adalah seorang anggota tentera dengan watak wanita hebat yang berusaha menegakkan keadilan setelah kematian adiknya dalam drama siri Black Knight

5a01787f d4fd 4a0f 8100 b85e3a0bfa3e2. Moon Dong Eun (Song Hye-kyo) menunjukkan tekad dan rancangan yang licik dalam misinya menghukum para pembulinya dalam The Glory Part 2. Wanita hebat yang bukan calang-calang

b6779d74 249a 4d31 91b4 0aaf649a1d983. Dalam drama siri yang sama iaitu The Glory Part 2, Kang Hyeon Nam (Yeom Hye-ran) yang merupakan mangsa keganasan rumah tangga sanggup melakukan apa sahaja demi keselamatan dan kebahagiaan anak perempuan kesayangannya, semestinya seorang wanita hebat dimata anaknya

b0e5a936 d6db 411c 815a 341da0a762724. Hwang Do Hee (Kim Hee-ae) menggunakan pelbagai strategi licik dalam membantu ahli politik di belakang tabir dalam Queenmaker, wanita hebat yang tidak harus dipandang rendah!

52102172 674e 433e 9a37 1fee4b76daff 15. Oh Kyung Sook (Moon So-ri) dalam drama siri yang sama iaitu Queenmaker, menunjukkan semangat untuk menegakkan keadilan serta mempunyai aura penuh karismatik sebagai seorang ahli politik baru

afcce084 d392 4cef 9d7f 8a5b4a9c4e2f 16. Bukan hanya seorang pakar bela diri, sikap asertif Yeo Mi Ran (Kim Ok-vin) dalam menentang sikap memperlekehkan isteri telah berjaya mencuri perhatian menerusi drama siri Love to Hate You

6f82b072 9c64 4ebd a286 dad03a1510d77. Dalam drama siri Love to Hate You juga, Shin Na Eun (Go Won-hee) telah berjaya mempamerkan erti ketulusan sebenar seorang sahabat sejati

Semua tujuh watak yang tersenarai di atas menunjukkan kehebatan dan kekuatan seorang wanita dalam menghadapi bermacam situasi. Bermula dari menghadapi adat kuno memperlekehkan wanita hingga situasi sewaktu bumi dilanda pencemaran udara yang dahsyat. Kisah inspirasi mereka ini boleh memberi pengajaran dan tauladan buat para penonton.

Baca Lagi: 9 Pasangan Berlakon Sebagai Suami Isteri, Tapi Masih Bujang Di Dunia Nyata

Baca Juga: Kdrama: 10 Watak Wanita Berjuang Demi Keadilan