Home Artis Korea 7 Kdrama Nam Goong Min, Rating Tertinggi

7 Kdrama Nam Goong Min, Rating Tertinggi

0

Nama Nam Goong Min kembali menjadi sorotan. Wataknya sebagai Lee Jang Hyun dalam drama siri My Dearest berjaya membuat hati penonton remuk redam.

Drama yang sudah ditayangkan beberapa episod ini berjaya meraih kejayaan besar, rating untuk drama siri ini juga meroket untuk setiap episod.

Nam Goong Min akhirnya kembali berlakon dalam drama siri sageuk melalui My Dearest pada tahun ini. Melalui drama siri tersebut, dia secara rasmi kembali tampil dalam genre sageuk setelah 10 tahun tidak terlibat dengan genre tersebut. Pelakon ini kali terakhir muncul dalam Kdrama bertema serupa pada tahun 2013 melalui Hur Jun, the Original Story.

Watak yang dibawa oleh Nam Goong Min dalam My Dearest adalah Lee Jang Hyun. Watak tersebut menjadi pembuka kisah misteri yang membuatkan penonton ingin mengetahui kisah drama siri ini dengan lebih lanjut.

Baca lagi: 10 Fakta Watak Nam Goong Min Dalam ‘My Dearest’, Penuh Misteri

Ternyata bukan hanya My Dearest yang mendapat rating tinggi, drama siri Nam Goong Min yang lain juga berjaya meraih rating yang luar biasa. Jom sama-sama kita lihat:

 

Nam goong min1. Membawa watak sebagai pengurus pasukan besbol dalam Hot Stove League (2019), Nam Goong-min berjaya meraih anugerah Daesang pertamanya. Drama siri ini mendapat rating terbaik 19.8%

 

4aa0d26b 1f91 4660 ab91 568754ea3f3f2. Good Manager (2017) memperoleh rating 18.4%. Drama siri ini mengisahkan tentang bekas anggota gangster yang beralih menjadi ketua akauntan

 

6a179031 d49f 40ae 9d94 d15546d9bd7c
3. Membawa watak sebagai peguam berpenampilan meyakinkan dalam One Dollar Lawyer (2022), Nam Goong-min tampilkan sisi komedi dirinya dengan cemerlang. Mendapat rating 15.2%

 

66ceaeb2 eac8 4d05 98fd 2422a0e053ad4. Doctor Prisoner (2019) menampilkan kisah drama medikal perubatan yang penuh ketegangan. Tayang di tvN, drama ini mendapat rating 15.8%

 

4ce9c2d5 75cd 4e0c baf8 d8e23fa642185. Keserasian Nam Goong Min dan Girls Day Min Ah dalam Beautiful Gong Shim (2016), berjaya membuatkan penonton puas hati dan senyum sendiri. Drama siri romcom ini memperoleh rating 15.8%

 

26889fcd 3620 404d bdab 4d58a82ddf456. Peranannya sebagai ejen rahsia dalam The Veil (2021) berjaya mengangkat Nam Goong Min meraih Daesang keduanya. The Veil mendapat rating 9.2%

 

Nam goong min

7. Masih ongoing, drama siri sejarah My Dearest (2023) memperolehi rating 10.6%. Kisah cintanya dengan Ahn Eun Jin membuat hati penonton cair

Nam Goong Min dikenali sebagai pelakon yang produktif, dalam jangka masa setahun dia mampu mengambil dua projek drama. Namun begitu, genre drama yang dia pilih selalunya adalah pelbagai, drama siri manakah adalah kegemaran anda?

Baca juga: 5 Kdrama Sageuk Berlatarkan Pertumpahan Darah dan Perperangan