Home Kdrama/Kmovie 7 Kdrama ini Memiliki Vibe yang Sama dengan Parasyte: The Grey, Sangat...

7 Kdrama ini Memiliki Vibe yang Sama dengan Parasyte: The Grey, Sangat Misteri dan Penuh Fiksyen

0

Kdrama terbaru dari Netflix bertajuk Parasyte: The Grey kini sedang hangat dibicarakan selepas ditayangkan pada 5 April 2024. Siri bergenre aksi, sci-fi, seram, dan misteri ini merupakan adaptasi dari manga Parasyte karya Hitoshi Iwaaki.

Kdrama siri Netflix yang digarap oleh pengarah Yeon Sang Ho ini ternyata bukan satu-satunya siri yang mengangkat kisah seperti ini. Jika anda sedang mencari Kdrama yang mempunyai vibe seperti Parasyte: The Grey, berikut ini adalah pilihan drama yang boleh anda tonton!

 

1. All of Us are Dead

IMG 2119

Kdrama siri yang bertemakan zombie yang ini mungkin sudah tidak asing anda para peminat Kdrama. Siri drama ini mengisahkan tentang virus zombie yang tersebar di sebuah sekolah. Virus itu bermula dari penyelidikan yang dilakukan oleh salah seorang guru yang berada di Sekolah Menengah Hyosan. Tanpa disangka, seorang pelajar terjangkit dan berubah menjadi zombie.

Virus tersebut bukan hanya tersebar di dalam Sekolah Hyosan, tetapi juga di luar sekolah. Akibatnya, sekumpulan pelajar terpaksa bertahan hidup agar tidak dijangkiti dan boleh melarikan diri dari kepungan zombie di sekolah itu.

 

2. Dark Hole

IMG 2118

Drama Korea yang tampil dengan 12 episod ini menceritakan tentang detektif Lee Hwa Sun yang melakukan perjalanan ke kota Muji untuk menangkap pembunuh suaminya.
Setibanya di sana, Lee Hwa Sun dikejutkan dengan keadaan penduduk yang berubah menjadi mutan selepas menghidu asap misteri. Dia cuba bertahan hidup dan menyelamatkan penduduk sambil mengejar pembunuh suaminya.

Yoo Tae Han sudah tinggal di sana sepanjang hidupnya. Dia adalah bekas detektif yang kemudian bekerja sebagai pemandu trak. Dengan situasi yang kacau bilau di situ, Yoo Tae Han bekerja sama dengan Lee Hwa Sun untuk menyelamatkan penduduk Muji.

 

3. Sweet Home

IMG 2117

Siri ini fokus pada sekumpulan masyarakat yang tinggal dalam bangunan apartment Green Home. Di apartment itu tinggal Cha Hyun Su, seorang remaja lelaki.
Baru beberapa hari tinggal di sana, sebuah peristiwa yang misteri terjadi di mana semua manusia berubah menjadi raksasa. Akibatnya, Cha Hyun Su dan semua penghuni yang tinggal di apartment itu perlu berjuang melawan serangan raksasa.

Para penghuni apartment, termasuk Cha Hyun Su, bersatu untuk melawan raksasa. Namun, perjuangan mereka bukannya mudah. Mereka perlu bertempur mati-matian demi melawan raksasa yang sangat banyak dan sukar untuk mati.

 

4. Happiness

IMG 2116 1

Siri drama Happiness menceritakan tentang Yoon Sae Bom, salah seorang penghuni di sebuah apartment. Tidak berseorangan, Sae Bom tinggal dengan teman lama yang bernama Detektif Jung Yi Hyun. Pada awalnya, Sae Bom yakin bahawa rumah barunya itu akan memberikan semua kebahagiaan yang diinginkan.

Tetapi, rasa bahagia itu hilang kerana ada penyakit menular yang muncul secara tiba-tiba. Para penghuni dilanda panik kerana penyakit itu. Demi mengurangkan penularan wabak penyakit, mereka menutup bangunan tersebut. Kini, peluang bagi mereka yang tidak dijangkiti untuk bertahan hidup sepenuhnya ada di tangan mereka sendiri.

 

5. Gyeongsong Creature

IMG 2114 1

Drama Gyeongsong Creature mengisahkan tentang dua orang individu yang bernama Jang Tae Sang dan Yoon Chae Ok yang perlu bertahan hidup dari serangan raksasa. Raksasa itu lahir dari nafsu dan keserakahan para manusia.

Jang Tae Sang adalah lelaki kaya yang terkenal sangat ramah di daerah Bukchon. Sementara itu, Chae Ok adalah gadis yang sejak kecil perlu menjalani kehidupan sukar dan sangat susah. Chae Ok sangat mahir dalam menggunakan pelbagai jenis senjata dan mesin untuk bertahan hidup.

Konflik mereka bermula semasa Yoon Chae Ok datang ke Bukchon untuk mencari ibunya yang sudah hilang selama 10 tahun. Pencarian itu membawanya pada pertemuannya dengan Tae Sang. Di tengah-tengah pencarian, dia menemui salah satu kebenaran yang sangat mengerikan tentang kehilangan ibunya.

 

6. Kingdom

Kdrama

Ditayangkan pada tahun 2019, drama Korea Kingdom mengisahkan tentang seorang Putera Mahkota dinasti Joseon, Lee Chang, yang dituduh melakukan pengkhianatan dalam perebutan kuasa politik selepas raja dijangkiti penyakit epidemik yang membawa maut dan berubah menjadi zombie dalam proses rawatannya.

Putera Mahkota yang curiga tentang kesihatan ayahnya yang disembunyikan oleh permaisuri kemudian cuba pergi ke hujung negara untuk mencari tabib yang terkenal yang memegang kunci misteri penyakit raja dan berusaha menghilangkan tuduhan pengkhianatan terhadapnya.

Di sana, Lee dihadapkan dengan mangsa epidemik yang sudah berubah menjadi zombie. Selama tempoh perjalanan, dia terpaksa menghadapi maut dengan dikejar zombie dan pengawai istana yang cuba menangkapnya.

 

7. Duty After School

IMG 2112

Duty After School menceritakan tentang kisah perjuangan para pelajar sekolah dalam menghadapi makhluk asing. Pada awalnya, kehidupan mereka berjalan normal seperti pelajar-pelajar lain pada umumnya. Namun, semuanya berubah apabila mereka didatangi makhluk asing yang tiba-tiba muncul dari langit.

Melihat wujudnya bahaya tersebut, pihak tentera Korea akhirnya memutuskan untuk membentuk pasukan tambahan yang terdiri dari para pelajar sekolah menengah. Demi untuk bertahan hidup, mereka terpaksa berlatih bersama tentera apabila sesi persekolahan tamat.

Demikian sahaja pilihan-pilihan drama Korea yang mempunyai vibe seperti drama Siri Parasyte: The Grey. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Minat Parasyte: Tha Grey? Ini 11 Filem dan Kdrama Buah Tangan Pengarah yang Sama
Baca juga: Pengarah ‘Parasyte: The Grey’ Mendedahkan Sudah Mempunyai Rancangan Musim 2 Dengan Pelakon Jepun Masaki Suda