Home Disney+ Minat Parasyte: Tha Grey? Ini 11 Filem dan Kdrama Buah Tangan Pengarah...

Minat Parasyte: Tha Grey? Ini 11 Filem dan Kdrama Buah Tangan Pengarah yang Sama

0

Pengarah terkenal Yeon Sang Ho sudah lama terjun ke industri perfileman dan Kdrama Korea Selatan. Pada awalnya dia lebih aktif dalam mengarah dan juga menulis filem animasi. Filem-filem animasi terkenal karyanya adalah seperti Megalomania of D (1997), The King of Pigs (2011), The Fake (2013), dan juga Seoul Station (2016).

Yeon Sang Ho kemudian mengeksplorasi bakatnya ke dalam bidang filem non-animasi dan juga Kdrama. Dia lebih dikenali dalam mengarah dan menulis karya dengan genre seram dan thriller.

Bagi anda yang jatuh cinta dengan Kdrama Parasyte: The Grey arahannya, berikut dibawah ini adalah 11 filem dan drama Korea garapan Yeon Sang Ho.

 

59a4771c 1432 48f9 8a4d a923cae455a61. Train to Busan (2016) merupakan filem non-animasi pertama arahan Yeon Sang Ho. Menampilkan Gong Yoo dan Don Lee, filem ini tembus 10 juta penonton

 

a9d86a01 e9cc 47d7 ad91 d1de2e9917642. Dalam filem Psychokinesis (2018), pengarah Yeon Sang Ho juga terlibat dalam penulisan skrip. Watak dalam filem ini mempunyai kuasa luar biasa

 

bcf73bb9 657a 4a04 ba8b f4799a9212483. Peninsula (2020) adalah sekuel untuk Train to Busan yang menampilkan Gang Dong Won. Kali ini pengarah ini juga turut terlibat dalam penulisan skrip

 

f6d6d46a 295a 4924 86d0 431c61f719e8 14. Pengarah Yeon Sang Ho kembali mengarahkan dan menulis filem genre sci-fi iaitu JUNG_E (2023) yang ditayangkan sebagai karya original Netflix Korea

 

IMG 16855. Masih dalam karya original Netflix iaitu drama Hellbound (2021), pengarah ini terlibat dalam mengarah dan menulis skrip

Baca juga: Bulan April 2024 Diwarnai dengan 7 Filem Netflix Menarik, Terbaru dan Pelbagai Genre

b024330d 09c1 41b7 b1ca 1376b7e203d06. Begitu juga dengan drama Korea terbarunya, Parasyte: The Grey (2024). Pengarah ini berjaya membuka pandangan dunia baru tentang manga Kiseijuu karya Hitoshi Iwaaki

 

dea6e4de 43dd 459c 99ce b97dea7df7717. Namun, ada masa Yeon Sang Ho hanya terlibat dalam penulisan skrip untuk beberapa karya, seperti untuk drama The Cursed yang tayang pada tahun 2020

 

Kdrama8. Filem The Cursed: Dead Man’s Prey (2021), spin-off Kdrama The Cursed juga turut ditulis oleh Yeon Sang Ho dan pengarahnya Kim Yong Wan

 

Kdrama9. Dalam Kdrama Monstrous (2021), dia bekerja sama dengan pengarah Jang Gun Jae beserta para pelakon seperti Koo Kyo Hwan dan Shin Hyun Been

 

Yeon Sang Ho10. Dalam Kdrama The Bequeathed (2024), pengarah ini menjadi pengarah bersama Min Hong Nam. Dia juga bergabung dengan Kim Hyun Joo dan Ryu Kyung Soo.

 

Filem11. Masih bekerjasama dengan pelakon Kim Hyun Joo, Kdrama Hellbound 2 kembali ditulis dan diarahkan oleh Yeon Sang Ho. Karya ini akan ditayangkan pada kuarter ke-4 2024

Dari kesemua sebelas karya pengarah Yeon Sang Ho tersebut, filem Train to Busan berjaya mengangkat namanya dan dia menerima banyak anugerah melalui filem itu.

Baca lagi: Parasyte: The Grey dalam Versi Drama dan manga Sangat Berbeza?
Baca juga: 8 Kdrama Tentang Keluarga Chaebol, Penuh Konflik dan Pelbagai Cerita