Home Movie 7 Filem ini Bakal Ditamatkan Tayangan di Netflix Mac ini, Ada Yang...

7 Filem ini Bakal Ditamatkan Tayangan di Netflix Mac ini, Ada Yang Belum Anda Tonton?

0

Selain filem-filem dan siri-siri baru yang semakin banyak, sebahagian filem di Netflix juga biasanya akan ditamatkan tayangan pada setiap bulan.

Berikut dibawah ini adalah tujuh buah filem yang ditayangkan buat kali terakhir di Netflix hingga bulan Mac 2024. Ada yang belum anda tonton?

 

1. Crawl (2019)

0bcdf6e4 6b8f 4d0d 8dbf 063898b21e65Filem thriller seram ini diarahkan oleh Alexandre Aja. Crawl menceritakan tentang seorang wanita muda bernama Haley Keller yang perlu menyelamatkan ayahnya ketika mereka terperangkap dalam rumah semasa berlaku ribut puting beliung di Florida. Mereka tidak sendirian di dalam rumah tersebut kerana rumah itu juga menjadi tempat berlindung bagi sekawan buaya yang ganas.

Crawl bakal tamat tayangan di Netflix pada 14 Mac 2024.

 

2. Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows (2016)

NetflixFilem aksi pengembaraan ini merupakan sekuel filem Teenage Mutant Ninja Turtles (2014). Diarahkan oleh Dave Green, plot filem ini mengikuti pengembaraan empat kura-kura mutan. Mereka kembali beraksi untuk melindungi Kota New York dari ancaman jahat yang sedang mengintai.

Filem ini akan ditamatkan tayangan di Netflix pada 14 Mac 2024.

 

3. Miracle in Cell No. 7 (2019)

IMG 7482Filem Turki ini merupakan remake dari filem Korea Selatan dengan tajuk yang sama. Filem ini mengisahkan tentang seorang ayah bernama Memo, seorang lelaki kurang upaya yang dihukum atas kes pembunuhan yang tidak dilakukannya.

Memo dan anak perempuannya iaitu Ova memiliki ikatan yang sangat kuat, ketika Memo disumbat ke penjara, Ova berusaha keras untuk membuktikan bahawa ayahnya tidak bersalah dan mahu membawa ayahnya pulang ke rumah. Filem ini menampilkan nuansa emosional yang kuat dan mengangkat tema persahabatan, keadilan, dan kasih sayang.

Filem ini bakal tamat tayangan di Netflix pada 12 Mac 2024.

 

4. Snake Eyes: G.I. Joe Origins (2021)

IMG 7483

Snake Eyes: G.I. Joe Origins merupakan filem aksi-pengembaraan yang diarahkan oleh Robert Schwentke. Filem ini adalah prekuel dan reboot untuk siri filem G.I. Joe. Filem ini tentang Snake Eyes, seorang lelaki misteri yang tidak boleh bercakap dan selalu mengenakan topeng. Dia bergabung dengan klan ninja Arashikage di Jepun selepas menyelamatkan pewaris mereka. Namun, kesetiaannya diuji ketika rahsia masa lalunya terungkap.

Snake Eyes: G.I. Joe Origins tamat tayangan di Netflix pada 10 Mac 2024.

 

5. Dangerous Beauty (1998)

IMG 7484Filem drama romantik ini diarahkan oleh Marshall Herskovitz. Cerita fokus pada kehidupan Veronica Franco, seorang wanita muda yang membesar di Venesia. Veronica memiliki keinginan yang kuat untuk mendapatkan pendidikan dan kebebasan yang merupakan perkara mustahil bagi wanita pada masa itu. Dia akhirnya menjadi seorang pelacur yang terkenal di kota, memanfaatkan kecantikan dan kecerdasannya untuk menjalin hubungan dengan para bangsawan dan intelektual terkemuka.

Selama perjalanannya sebagai pelacur, Veronica Franco mendapati dia terlibat dalam tipu daya politik dan konflik sosial yang melibatkan sistem hamba, agama, dan perang. Dia juga menjalin hubungan romantik dengan Marco Venier, seorang bangsawan yang jatuh cinta padanya.

Dangerous Beauty menggambarkan kehidupan yang rumit dan berbahaya yang dijalani oleh Veronica Franco, serta perjuangannya untuk mencari cinta, kebebasan, dan penghargaan dalam masyarakat yang terikat oleh norma-norma sosial yang ketat.

Filem ini bakal tamat tayangan di Netflix pada 14 Mac 2024.

 

6. Halloween Kills (2021)

IMG 7485Filem slasher ini diarahkan oleh David Gordon Green dan merupakan sekuel filem Halloween (2018) serta filem ke-12 dalam franchise Halloween. Filem ini menceritakan tentang Laurie Strode, yang cedera parah selepas berhadapan dengan Michael Myers dalam filem sebelumnya. Sementara Laurie mendapat rawatan di hospital, Michael berjaya melepaskan diri dan meneruskan aksinya mengancam dan mengganggu warga Haddonfield.

Halloween Kills tamat tayangan di Netflix pada 26 Mac 2024.

 

7. Dear Evan Hansen (2021)

IMG 7486

Dear Evan Hansen merupakan filem drama muzikal remaja yang menceritakan tentang Evan Hansen, seorang pelajar yang menderita gangguan anxiety sosial. Dia terperangkap dalam pembohongan selepas surat yang ditulis untuk dirinya sendiri dianggap sebagai nota bunuh diri kawan sekelasnya. Filem ini mengeksplorasi tema kesihatan mental dan kompleksiti media sosial.

Dear Evan Hansen tamat tayangan di Netflix pada 6 Mac 2024.

Filem-filem menarik di atas bakal dihapuskan dari Netflix tidak lama lagi. Jadi anda jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 10 filem Seram tentang Serangan Serangga, Lain Macam
Baca juga: 9 Pilihan Filem Terbaik Netflix Menurut Rating Rotten Tomatoes, Meraih Banyak Pujian