Home Artis Korea 7 Escape, Kdrama Thriller Misteri Tentang Balas Dendam, Menampilkan Uhm Ki Joon

7 Escape, Kdrama Thriller Misteri Tentang Balas Dendam, Menampilkan Uhm Ki Joon

0

Rangkaian TV Korea Selatan SBS telah mengeluarkan treler dan mengumumkan tarikh tayangan perdana untuk Kdrama 7 Escape yang akan datang. Ia adalah projek terbaru daripada penulis dan pengarah ‘The Penthouse’.

“7 Escape” atau dikenali sebagai “The Escape of The Seven” ialah projek terbaru daripada penulis Kim Soon Ok dan pengarah Joo Dong Min, kedua-duanya pernah menggarap Kdrama popular “The Penthouse” dan “The Last Empress”. Karya mereka ini dijangka membawa satu lagi siri sensasi.

IMG 1805

7 Escape adalah drama jenayah thriller misteri tentang balas dendam yang akan memfokuskan kepada 7 orang yang mendapati diri mereka terlibat dalam kehilangan seorang gadis muda, pengkhianatan dan penipuan yang menyelubungi kejadian itu.

Jom kita lihat beberapa fakta menarik kdrama siri akan datang “7 Escape” ini!

1.Jalan Cerita Yang Mendebarkan

7 escape

7 orang tersebut termasuklah usahawan, para CEO, bekas penjenayah, ikon wannabe, pakar OBGYN, dan guru. 7 orang ini tidak dinafikan terlibat dengan kejadian misteri seorang gadis muda yang hilang. Ketika mereka berusaha untuk melarikan diri dari takdir mereka dan mencari realiti, mereka terjerat dalam misteri, pembohongan, dan keinginan dalam kisah balas dendam ini.

7 Escape akan menampilkan pelakon ensembel bertaraf bintang, termasuk Uhm Ki Joon dari “The Penthouse”, Lee Joon dari “The Silent Sea” dan Lee Yu Bi dari “Yumi’s Cells”. Deretan bintang lain yang turut menyertai mereka adalah Jo Yoon Hee, Hwang Jung Eum serta Yoon Jong Hoon dan Shin Eun Kyung.

2. Karakter Uhm Ki Joon

IMG 1814

Um Ki-joon akan berperanan sebagai Matthew Lee, seorang usahawan yang menjalankan perniagaan platform telco terbesar di Korea.

Dia adalah figura misteri dan hanya sedikit orang yang tahu siapa dia sebenarnya. Ini akan menjadi drama baru Uhm Ki Joon setelah The Penthouse 1, 2, dan 3, serta Little Women.

3. Karakter Hwang Jung Eum

IMG 1815

Hwang Jung Eum akan membawa peranan sebagai Geum Ra Hee, CEO berbakat dari syarikat produksi drama. Geum Ra Hee adalah wanita bercita-cita tinggi yang akan melakukan apa saja untuk mendapatkan kekayaan dan kejayaan.

Demi mendapatkan warisan besar, dia cuba mencari anak perempuannya yang dia tinggalkan 15 tahun yang lalu. Ini akan menjadi drama baru Hwang Jung Eum setelah Mystic Pop-up Bar dan Men are Men tahun 2020 lalu.

4. Karakter Lee Joon

IMG 1816

Lee Joon pula sebagai Min Do Hyuk, lelaki bekas penjenayah yang pernah menjadi gangster dan tidak memiliki mimpi atau harapan. Dia adalah orang yang setia, tetapi hidupnya penuh dengan pengkhianatan tak terduga. Sebelum ini Lee Joon telah membintangi The Silent Sea, Bulgasal: Immortal Souls, dan Bloody Heart.

5. Karakter Yoon Jong Hoon

IMG 1817

Yoon Jong Hoon sebagai Yang Jin Mo, CEO sebuah agensi bernama Cherry Entertainment. Diluaran Yang Jin Mo kelihatan baik, tetapi dia sebenarnya seorang yang sangat baran. Yang Jin Mo juga pandai memfitnah orang lain, musuh pun boleh menjadi kawan asalkan menguntungkan. Ini akan menjadi drama baru Yoon Jong Hoon setelah The Penthouse Musim 1, 2, dan 3, dan Shooting Stars.

6. Karakter Lee Yoo Bi

IMG 1818

Lee Yoo Bi akan sebagai Han Mo Ne, seorang bintang kolej dan trainee idola. Han Mo Ne dikagumi oleh teman-temannya kerana dia cantik, kaya, dan mempunyai bakat luar biasa. Namun, dia juga mempunyai sisi buruk iaitu suka berbohong. Ini akan menjadi drama baru Lee Yoo Bi setelah Yumi’s Cells 2.

7. Karakter Shin Eun Kyung

IMG 1819

Shin Eun Kyung sebagai Cha Joo Ran, seorang doktor pakar puan ginekologi yang tinggal bersama lelaki kaya raya iaitu Bang Chil Sung (Lee Deok Hwa). Cha Joo Ran seorang materialistik dan mata duitan, dia bersama Bang Chil Sung kerana kekayaan yang dimiliki Ketua Bang, namun ada yang tidak kena dengan hubungannya.

Dia kemudian akan bertengkar dengan Geum Ra Hee tentang harta Ketua Bang kerana Geum Ra Hee merupakan satu-satunya cucu Ketua Bang. Shin Eun Kyung sebelumnya juga membintangi The Last Empress dan The Penthouse.

8. Karakter Jo Yoon Hee

IMG 1820

Jo Yoon Hee sebagai Go Myung Ji, seorang guru seni yang sanggup menipu untuk melindungi apa yang berharga baginya. Dia bahkan berani menyebarkan khabar angin aneh di sekolahnya agar rahsianya tidak terbongkar. Ini merupakan comeback Jo Yoon Hee setelah tiga tahun sejak Beautiful Love, Wonderful Life tahun 2019-2020 lalu.

9. Karakter Jo Jae Yoon

IMG 1821

Jo Jae Yoon sebagai Nam Chul Woo, seorang detektif polis di Deokseon. Detektif yang selalu dirundung malang yang terdampar di pinggiran kota ini mendadak mendapat kenaikan pangkat untuk pertama kalinya dalam lima tahun. Ini akan menjadi drama baru Jo Jae Yoon setelah Alchemy of Souls.

10. Karakter Lee Deok Hwa

IMG 1822

Lee Deok Hwa sebagai Bang Chil Sung yang juga dikenali sebagai Ketua Bang. Dia adalah pemilik mall terkenal dan mempunyai kekayaan melimpah. Dia tinggal serumah bersama Cha Joo Ran, sehinggalah suatu hari cucunya tiba-tiba muncul di depannya. Ini akan menjadi projek terbaru Lee Deok Hwa setelah The Red Sleeve, A Business Proposal, dan One Dollar Lawyer.

Pelakon Tambahan

Kim Ki Doo, Yeom Ji YounG, Kim Dong Hyun, Yoon Tae Young, Lee Ji Hyuk, Lee Yoo Jin, Jung Lael dan Danny Ahn sebagai undangan.

Treler baharu untuk 7 Escape dibuka dengan sekumpulan orang yang terkandas di pulau terpencil. Ia menunjukkan mereka sedang berlari melalui hutan, seolah-olah melarikan diri dari sesuatu yang menakutkan.

Klip 7 Escape juga mengusik beberapa detik mendebarkan yang akan datang dari Kdrama 7 Escape itu, termasuk kemalangan kereta, letupan dan trio samseng membuang mayat ke dalam lautan. Lihat teaser untuk 7 Escape di bawah.

7 Escape akan ditayangkan di SBS pada 15 September, sejumlah 17 episod dengan episod baharu disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu. Platform penstriman antarabangsa untuk Kdrama ini masih belum diumumkan lagi. Nantikan kemaskini dari kami lagi ya nanti!

Baca lagi: Shin Hye Sun Jadi Sasaran Pembunuh Bersiri Dalam Filem “Target”, Tayang 30 Ogos Ini
Baca juga: 10 Kdrama Lee Chung Ah Yang Paling Popular