Home Kdrama/Kmovie 7 Babak Romantik dalam Lovely Runner yang Membuatkan Para Penonton Cair

7 Babak Romantik dalam Lovely Runner yang Membuatkan Para Penonton Cair

0

Dalam drama Korea terbaru iaitu Lovely Runner, Ryu Sun Jae (Byeon Woo Seok) merupakan seorang bintang idola Kpop yang sangat popular yang dikagumi dan diminati oleh Im Sol (Kim Hye Yoon). Namun sebenarnya sebelum muncul sebagai bintang idola Kpop yang ternama dan popular, Ryun Sun Jae ternyata terlebih dahulu sangat menyukai dan jatuh hati kepada Im Sol sejak zaman sekolah menengah lagi.

Dalam diam menyimpan rasa dan perasaaan, Ryu Sun Jae juga kerap memberikan perhatian khusus yang langsung tidak disedari oleh Im Sol sendiri. Apakah adegan dan babak romantik yang menunjukkan perhatian oleh Ryu Sun Jae pada Im Sol dalam drama Korea Lovely Runner?

Berikut ini adalah tujuh babak romantik tersebut yang membuatkan para penonton cair dan tersenyum sendiri!

 

4bb1bd5a 0745 4131 a059 73ad493e86c2
1. Di awal debutnya, Sun Jae memberikan kata-kata penuh semangat untuk menyokong Im Sol yang sedang putus asa dengan keadaan hidupnya

 

 

d102fc3c 79a5 4e86 9d6d ea4ce68c184a
2. Tidak dimakan oleh waktu, perasaan Sun Jae tetap sama pada masa sekarang seperti dulu juga. Dia memayungi Im Sol di waktu hujan dan di hari turunnya salji. Cintanya tetap utuh

 

 

dd493957 a387 483a bc5b 41be437491ce
3. Sewaktu mengetahui Im Sol dihukum, Sun Jae memberitahu gadis itu bahawa CCTV yang merakamnya tidak dihidupkan supaya dapat meringankan hukumannya

 

 

0956736e 0cec 461e b1df 31e9c5ad5412
4. Melihat Im Sol gak boleh turun dari bas yang dinaikinya, Sun Jae juga sanggup berlari demi untuk menghentikan bas tersebut

 

 

02bec003 bd97 40c4 967a 54e9aac4b0f0
5. Sanggup membiarkan lengannya hingga kebas, Sun Jae memberikan lengannya sebagai bantal bagi Im Sol supaya gadis itu boleh tidur dengan lena

 

 

0835cf0e ead9 43cf a70b 423cde909c14
6. Ketika beg Im Sol tidak tertutup sepenuhnya, Sun Jae secara diam-diam menarik zip beg gadis kesayangannya itu

 

 

Lovely runner
7. Sun Jae cepat-cepat menyelamatkan Im Sol dan merangkulnya ke dalam pelukan sewaktu gadis itu nyaris kemalangan ketika menyeberangi jalan

Walau tidak pernah mengakui perasaannya melalui ucapan dan kata-kata, tetapi perasaan Sun Jae pada Im Sol kelihatan sangat jelas dari tindakannya. Dia berusaha untuk mencurahkan perhatiannya dengan sepenuh hati, walau gadis kesayangannya itu tidak menyadari perkara itu. Jangan lupa untuk menonton drama Lovely Runner ini di Viu ya!

Baca lagi: 12 Pelakon yang Membintangi Lovely Runner, Semua Pelakon Hebat
Baca juga: Boikot Kdrama “Lovely Runner” Bakal Tayang 8 April Ini Kerana Tidak Hormat Mendiang Jonghyun SHINee?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here