Home Movie 6 Filem Korea Anda Mesti Layan Jika Minat Lakonan Mantap Gong Yoo

6 Filem Korea Anda Mesti Layan Jika Minat Lakonan Mantap Gong Yoo

0

Nama Gong Yoo tidak perlu diperkenalkan kerana dia sememangnya sudah terkenal dan tidak alien lagi bagi peminat cerita Korea.

Pemilik nama sebenar Gong Ji-cheol yang lahir tahun 1979 ini dikenali ramai sebagai seorang pelakon Korea yang banyak membintangi naskhah power-power.

Beliau sudah bertapak dalam industri sejak awal 2000-an. Berikut 6 senarai filem lakonan Gong Yoo yang best-best:

#6 Kim Ji Young, Born 1982

Menjadi ibu dan suri rumah tangga merupakan tugas yang mulia serta menuntut banyak pengorbanan termasuk cita-cita dan karier. Meskipun mempunyai suami penyayang (Gong Yoo) dan anak comel, kadang Ji Young rindu pekerjaan lamanya sebagai pegawai di pejabat.

Kini dia mengasuh anak dan mengurus rumah tangga tanpa bantuan pengasuh atau pembantu rumah. Ada kalanya rutin sebegini melelahkan dia, ditambah pula expectation masyarakat yang ‘isteri kena begitu, menantu kena begini’. Lama-lama dia mengalami depresi sehingga suaminya perasan akan perubahan dirinya.

Diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Cho Nam-Joo, ia juga luahan hati seorang perempuan tentang diskriminasi jantina di Korea. Sejak keluar pada 2019, filem ini mendapat respons positif serta menarik 3 juta penonton dalam masa 18 hari tayangan.

#5 A Man and A Woman

Selepas jadi suami penyayang dalam filem di atas, seterusnya Gong Yoo hampir terjebak dalam kancah kecurangan di Finland.

Dalam filem ini, dia sudah berumah tangga tetapi keluarganya tidak begitu sempurna. Anak perempuan dan isterinya mengalami depresi dan mental tak stabil.

Dalam kedinginan salju dalam musim sejuk di negara Finland itu, dia bertemu dan berkenalan dengan seorang wanita yang juga merupakan isteri orang.

#4 Silenced

Berdasarkan kisah benar, Gong Yoo baru bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah pendidikan khas. Dia amat bersemangat nak mengajar murid-murid barunya. Namun, anak-anak di sekolah tersebut lebih gemar menyendiri dan sengaja menjauhinya.

Penolakan tersebut tidak membuatkan cikgu Gong Yoo berputus asa. Lambat laun, murid-murid di sekolah tersebut mula senang dengan cikgu. Ketika itu juga Gong Yoo dapat tahu rahsia yang tersimpan rapi di sekolah tersebut.

Bila rahsia itu terbongkar, anda akan berasa sedih mengenangkan kanak-kanak kelainan upaya yang sepatutnya dilindungi ini menjadi mangsa orang dewasa yang akalnya diletakkan di kepala lutut.

#3 The Suspect

Dikhianati dan hidup dalam pelarian, seorang ejen Korea Utara (Gong Yoo) cuba membongkar rahsia yang tersembunyi di sebalik cermin mata seorang lelaki yang dah meninggal dunia.

Sebelum ini dia perisik Korea Utara yang berselindung di sebalik profesion pemandu di Korea Selatan. Suatu malam, bos dia tiba-tiba mati terbunuh. Walaupun Gong Yoo berjaya bunuh pembunuh tersebut, alih-alih dia pula dituding jari sebagai pembunuh.

Bagi membersihkan namanya, Gong Yoo bertekad untuk buru siapa dalang sebenar.

#2 The Age of Shadows

Menerusi filem ini, Gong Yoo merentas masa ke era 1920-an zaman penjajahan Jepun di Korea Selatan. Identitinya adalah seorang pedagang seni bernama Kim Woo Jin. Tetapi dalam diam, dia sebenarnya seorang pemimpin kelompok pejuang kemerdekaan Korea.

Gong Yoo didekati seorang bekas anggota gerakan kemerdekaan Korea yang kini bekerja bagi pihak Jepun dan berpura-pura tertarik dengan karya seninya.

#1 Train to Busan

Dalam filem ini, Gong Yoo sudah janji anak perempuan dia untuk membawanya bertemu si ibu di Busan. Tanpa mereka sedari, perjalanan itu bakal menjadi mimpi ngeri dalam hidup.

Semasa menaiki kereta api, dia dan para penumpang lain terperangkap semasa wabak zombie di Korea Selatan. Orang-orang yang terkena gigitan itu berjangkit jadi zombie juga dan mula menggila.

Jalan cerita ini termasuk pengakhirannya menyentuh emosi penonton, agak menyayat hati dan tidak hairanlah mengapa boleh dikatakan satu dunia sukakan filem ini.

Nak Tengok Kat Mana?

Tonton atau download filem-filem lakonan mantap Gong Yoo ini di Viu!  Jangan tunggu lama-lama untuk tengok aksi dan ketegangan daripada Gong Yoo kerana selepas ini mungkin banyak lagi movie baru-baru akan datang.

ddddd

Apabila penulis selongkar aplikasi Viu ini, banyak juga konten dari Korea Selatan yang best-best di platformnya.

Tak sia-sia jugalah penulis secara peribadinya pun turut melanggan dan mengaktifkan Viu Premium bagi menonton drama, filem, rancangan realiti TV dari Korea dan Asia tanpa sekatan (yang bestnya lagi tak ada iklan!).

Aplikasi Viu ini boleh dimuat turun dalam smartphone supaya boleh streaming di mana dan bila-bila masa sahaja.