Home Artis Korea 6 Filem dan Kdrama Terbaru Park Sung Woong, Villain Bloodhounds

6 Filem dan Kdrama Terbaru Park Sung Woong, Villain Bloodhounds

0

Sepanjang tahun 2023, terdapat beberapa orang pelakon lelaki Korea yang sangat laris dan mendapat banyak tawaran untuk berlakon.

Salah seorang daripadanya adalah Park Sung Woong, pelakon yang selama ini memang dikenali sebagai pakar dalam membawa watak villain (antagonis).

Dalam setahun, pelakon naungan C-Jes Entertainment tersebut sudah dipilih untuk membintangi enam projek terbaru.

Baru-baru ini, dia tampil memukau dalam drama siri hit Korea iaitu Bloodhounds (2023). Tentunya masih ada beberapa projek lain dari pelakon ini yang perlu anda ketahui.

Jom kita lihat dengan lebih lengkap mengenai filem dan drama Korea terbaru Park Sung Woong seperti di bawah ini:

1. Bloodhounds

233b5ca6 f5b5 4c66 bf6a 8a498aa2988cBloodhounds (2023) mendapat tempat kedua untuk kategori Drama TV Teratas di Netflix. Tempat kedua ini bertahan setelah dua minggu dramanya rasmi ditayangkan! Dalam drama tersebut, penonton akan disajikan adegan pertarungan hingga aksi berdarah Park Sung Woong.

Drama siri yang ditayangkan pada 9 Jun lalu ini menandakan kembalinya Park Sung Woong menjadi villain. Dia menghidupkan watak Kim Myung Gil, seorang lintah darat yang menipu dengan memberi pinjaman bunga kecil kononnya. Rancangan jahatnya terhalang oleh kemunculan Woo Do Hwan dan Lee Sang Yi.

2. National Death Penalty Vote

999152fe c611 46fa 811b 7b14680fc8adSBS akan menampilkan drama Korea baru yang berjudul National Death Penalty Vote pada 10 Ogos 2023 nanti. Drama siri yang terdiri dari 12 episod tersebut menceritakan tentang perjuangan pasukan penyiasatan pertama di Jabatan Polis Kawasan Selatan.

Drama adaptasi webtoon karya Eom Se Yoon tersebut diarahkan oleh Park Shin Woo dari It’s Okay to Not Be Okay (2020). Membawa genre thriller, drama siri terbaru Park Sung Woong ini bakal menyaksikan dia berlakon sebagai peguam terkemuka yang membunuh perogol anaknya.

3. Woongnami

e840ce27 93a6 45c4 9d6b 68a982e6ab7fFilem aksi komedi Woongnami diinspirasikan dari legenda Danggun dari Korea. Legenda tersebut mengatakan bahawa ada beruang kembar yang menjadi manusia setelah mereka memakan bawang putih dan mugwort. Filem Korea ini mula ditayangkan sejak 22 Mac yang lalu.

Filem ini menceritakan tentang watak Woong Nam (Park Sung Woong). Asal usulnya diketahui sebagai seekor beruang. Dia bekerja sebagai polis setelah menjalankan kehidupan seperti manusia biasa.

4. Live Stream

Park Sung Woong

Pengarah Choi Joo Yeon debut mengeluarkan filem komersial Live Stream pada 28 Jun nanti. Filem tersebut menampilkan kejahatan kamera tersembunyi dan eksploitasi seksual digital. Kejahatan sosial tersebut menjadi perhatian ramai lantaran banyaknya laporan di Korea Selatan.

Park Sung Woong adalah pelakon pertama yang bergabung untuk membawa watak yang dipanggil sebagai Gentleman. Dia merupakan watak misteri yang tampil penuh teka-teki, serta melakukan siaran langsung khusus untuk subscriber dari kalangan elite.

5. A Desperate Pursuit

ceff9555 d0a3 428b b836 7ed51bad3f24Pada bulan Disember 2022, Park Sung Woong telah disahkan berlakon dalam filem aksi berjudul A Desperate Pursuit. Pelakon ini juga bekerja dengan Kwak Si Yang, Park Hyo Joo, dan Jung Eugene dalam filem tersebut.
Filem arahan pengarah Kim Jae Hoon itu berkisar mengenai aksi detektif “gila” ketika mula bertekad untuk menangkap seorang penipu legenda. Park Sung Woong akan membawa watak sebagai Kim In Hae, penipu handalan yang mahir menyamar menjadi siapa pun mengikut kehendaknya.

6. The Wild

1eb8dc77 495e 4991 ae3a 7fcd80a5c83bSementara itu, The Wild adalah sebuah filem aksi jenayah yang menggambarkan pengkhianatan dua orang lelaki yang memilih jalan berbeza. Mereka melakukannya kerana ingin meninggalkan masa lalu dan menjalani kehidupan baru.

Dalam filem garapan Kim Bong Han tersebut, Woo Cheol (Park Sung Woong) adalah seorang petinju berwawasan tinggi yang ingin menjalani kehidupan lebih baik. Dia pernah menjalani hukuman penjara setelah tanpa sengaja membunuh lawannya semasa bertanding.

Terdapat filem dan drama Korea Park Sung Woong yang belum lagi ditayangkan, dan ada juga yang sudah ditayangkan dan mendapat sambutan hangat dari para penonton. Selain itu, ada beberapa filem dan Kdrama yang belum diketahui jadual tayangnya. Nantikan sahaja maklumat dan info mengenai projek terbaru Park Sung Woong!

Baca lagi: HEARTBEAT – Ok Taecyeon Manusia Separa Pontianak
Baca juga: 12 Filem Terbaik Jeremy Renner