Home Kdrama/Kmovie 5 Watak Kdrama Disember 2023 Menjadi Mangsa Pengkhianatan

5 Watak Kdrama Disember 2023 Menjadi Mangsa Pengkhianatan

0

Nasib malang dan juga tragis yang dialami oleh watak-watak dalam Kdrama sering mengundang simpati serta empati dari para penonton. Watak dengan nasib malang dan tragis ini juga pasti ditemui dalam beberapa buah Kdrama yang ditayangkan pada bulan Disember 2023.

Salah satu nasib kurang baik yang dialami oleh watak-watak Kdrama pada bulan ini adalah mereka menjadi mangsa pengkhianatan. Contohnya dikhianati oleh rakan sekerja yang sudah dianggap seperti keluarga, sahabat, dan juga pasangan.

Berikut adalah watak-watak malang yang menjadi mangsa pengkhianatan dalam Kdrama bulan Disember 2023 ini.

1. Yoon Ran Joo (Kim Hyo Jin)

KdramaYoon Ran Joo dalam Castaway Diva diceritakan sebagai penyanyi yang rela berpisah dengan agensi lamanya demi bergabung dengan agensi baru yang ditubuhkan oleh rakan sekerjanya. Namun, selepas berjaya membantu memperkenalkan nama agensi tersebut dengan popularitinya sebagai penyanyi, dia dicampak oleh CEO agensi tersebut. Lebih mengejutkan lagi, CEO ini sebenarnya adalah dalang disebalik kemerosotan karier Yoon Ran Joo. Dia juga mengingkari janji yang pernah dibuatnya tentang saham agensi yang akan dibahagikan separuh kepada Yoon Ran Joo.

 

2. Do Ha (Kim Young Dae)

db0e1147 49ab 4337 82f0 9881a5514763Cinta tulus Do Ha dalam Moon in the Day ternyata perlu berakhir dengan pengkhianatan yang membuatnya kehilangan nyawa. Selepas berkahwin dengan Han Ri Ta, Do Ha percaya bahawa ini adalah cinta sejatinya. Bahkan, hingga waktu dia mengetahui fakta disebalik sebab Han Ri Ta berkahwin dengannya, Do Ha tetap tidak membencinya. Namun, selepas mengorbankan semuanya untuk isteri tersayang, Do Ha mati di tangan isterinya sendiri.

 

3. Han Hae Na (Park Gyu Young)

36ebbd8c 39ef 4676 9c5f 547f7b64ced7Han Hae Na dalam A Good Day to Be a Dog tidak pernah menyangka bahawa rakan sekerja yang juga pernah disukainya, rupa-rupanya adalah musuh dalam selimut. Rakannya yang bernama Lee Bo Gyeom, ternyata adalah sosok yang menyebabkan dia terkena sumpahan aneh. Selama ini, Lee Bo Gyeom selalu berusaha untuk membantu Hae Na ternyata hanyalah cara untuk mengawasinya.

 

4. Jin Seo Won (Cha Eun Woo)

f7ce6dd5 1498 4aff 9166 f89eb4791c31Jin Seo Won yang juga sudah menganggap Lee Bo Gyeom sebagai sahabat karibnya, tetapi dia menjadi target kejahatannya. Jin Seo Won tentu tidak pernah menyangka, bahawa sahabatnya inilah yang akan menjadi salah satu penyebab hancurnya kehidupan yang dijalani waktu ini. Kisah pengkhianatan ini boleh ditonton dalam drama A Good Day to Be a Dog.

 

5. Cho Sam Dal (Shin Hye Sun)

11eecbf6 3a12 4ebc 91bb 0d3e5980a7a7

Kebaikan Cho Sam Dal kepada juniornya dalam Kdrama Welcome to Samdalri ternyata dibalas dengan pengkhianatan hingga memusnahkan kariernya. Sebab iri dengan kejayaan Cho Sam Dal, juniornya ini sanggup melakukan perkara-perkara jahat. Juniornya itu sengaja mendekati kekasih Cho Sam Dal dan menjalin hubungan dengannya. Tidak puas hanya berlaku curang dengan kekasih Cho Sam Dal, dia juga menyebarkan berita bohong dengan mengaku menjadi mangsa buli Cho Sam Dal. Akibat perbuatannya itu, kerjaya Cho Sam Dal mengalami kehancuran dan dia juga mendapat kecaman dari orang ramai.

Nasib malang yang dialami setiap watak ini benar-benar menunjukkan makna sebenar kata-kata pepatah ‘air susu dibalas tuba’. Malangnya lagi, kejahatan berupa pengkhianatan yang mereka terima ini datang dari orang rapat dengan mereka yang tentu membuatkan rasa sakit mereka terasa lebih pedih dan parah.

Baca lagi: 15 Pelakon Korea Yang Dikecualikan Daripada Perkhidmatan Tentera
Baca juga: 6 Kisah Mangsa Buli dalam Kdrama Baru 2023, Seksaan Menyakitkan