Home Entertainment 5 Pelakon Wanita Korea Yang Berkahwin Dengan ‘Chaebol’

5 Pelakon Wanita Korea Yang Berkahwin Dengan ‘Chaebol’

0

Sekiranya anda peminat K-drama, pasti anda pernah tonton plot watak heroin dikejar oppa CEO yang berasal daripada keluarga kaya-raya.

Berikut 5 aktres Korea yang menjadikan babak itu sebagai realiti:

#1 Jun Ji-hyun

1 1

Pada tahun 2012, ratu K-drama dan iklan komersial ini mengahwini Choi Joon-hyuk yang dikenalinya sejak zaman sekolah.

1a

Suaminya berasal dari keluarga terhormat di mana neneknya, Lee Young-hee merupakan pereka hanbok terkenal dan datuknya buat bisnes besi.

Selepas bekerja untuk Bank Amerika, dia menyertai perniagaan keluarganya dan kemudiannya jadi pemegang saham terbesar dalam syarikat pada 2020.

Maeil Business Newspaper, perniagaan Choi berkembang maju dan pendapatan hasil jualan meningkat 7 kali ganda sehingga US$9.1 juta sejak dia ambil alih.

#2 Soo-hyun aka Claudia Kim

2 1

Aktres yang menempa nama selepas memainkan peranannya dalam filem Hollywood seperti Avengers: Age of Ultron and Fantastic Beasts: dan The Crimes of Grindelwald ini berkahwin dengan ahli perniagaan warga Korea-Amerika, Cha Min-geun aka Matthew Shampine.

2a

Menurut Korea’s JoongAng Daily, Matthew bekerja di WeWork, sebuah start-up di Korea bermula dari bawah, mendaki tangga karier ke pengurus besar sehinggalah duduk di kerusi pengarah syarikat berkenaan.

Pasangan ini mengadakan perkahwinan di Hotel Shilla, sebuah lokasi perkahwinan termahal di negara asal mereka.

#3 Han Chae-young

3 1

Digelar Barbie doll Korea, Han Chae-young menjadi popular selepas membintangi Sassy Girl Chun-hyang (2005).

Kemudian dia mengikat tali perkahwinan dengan Choi Dong-joon yang datang daripada keluarga kaya. Choi diketahui ramai sebagai naib pengerusi Medcare Korea dan CEO syarikat teknologi HBK.

Seperti Jun Ji Hyun dan suaminya, pasangan ini berkenalan sejak sebelum Han famous lagi dan belum mula berlakon pada 1998 ketika kedua-duanya berada di Amerika Syarikat, menurut agensinya.

3a

Perkahwinan mereka menjadi tajuk utama berita kerana untuk lamaran sahaja Choi berhabis sekitar 7 billion won (sekitar 24 juta ringgit), menghadiahkan Han cincin berlian dan sebuah kereta sport mewah.

Usai majlis perkahwinan yang serba mewah, pasangan ini berpindah ke Cheongdam-dong.

#4 Lee Si-young

4 1

Lee Si-young merupakan salah seorang aktres paling aktif di media sosial dengan memiliki lebih 10 juta pengikut di TikTok, jadi aktres Korea pertama yang mencapai angka tersebut.

Lee mungkin sibuk dengan trend media sosial, manakala suaminya, Cho Seung-hyun pula sibuk mengendalikan restoran francais yang maju.

4a

Cho mula bina rangkaian perniagaan restorannya dari bawah semasa berusia 20-an dan pendapatan hasil jualan tahunan mencecah 2.5 billion won (hampir 9 juta ringgit) pada 2021.

Bisnes F&B dia termasuk rooftop bar, restoran barbeku Korea dan banyak lagi. Malah dia buka kedai salad khas untuk isterinya. Pasangan ini berkahwin pada 2017 ketika Lee hamil.

#5 Shin Joo-ah

5

Sejak debut di kaca TV pada 2004, Shin Joo-ah sekali lagi menarik perhatian media apabila dia berkahwin dengan taikun berketurunan Cina-Thai pada 2014.

5a

Selepas berjumpa dengan suaminya, Sarawut Rachanakul menerusi kenalan ketika dia travel, mereka terus serasi dan boleh masuk.

Hasil perniagaan keluarga suaminya yang sukses, Shin kini menetap di Thailand dan sering berkongsi kehidupan mewahnya serta rumah agam keluarga mentua di laman sosial.

Baca lagi kisah mengenainya di sini: Selebriti Korea Ini Berkongsi Realiti Hidupnya Setelah Mengahwini Taikun Perniagaan Thailand

Sumber: [1]