Home News 3 Sebab Kenapa Lelaki Korea Pakai Mekap

3 Sebab Kenapa Lelaki Korea Pakai Mekap

0

Bukan sahaja wanita, lelaki di Korea Selatan turut merias wajah. Hal ini boleh dilihat pada aktor drama dan artis K-pop yang mengenakan mekap. Malah ada selebriti lelaki yang menjadi bintang iklan untuk pelbagai produk kecantikan seperti lipstik.

Mungkin hal ini cukup menghairankan bagi penduduk di negara lain namun solekan untuk lelaki semakin diterima sebagai satu norma dalam kehidupan masyarakat di Korea.

Menurut portal Creatrip, secara tradisinya di Korea menekankan lelaki mestilah kuat dan jadi jantan. Berdandan dianggap bertentangan dengan imej maskulin.

Bagaimanapun kebelakangan ini produk kecantikan untuk lelaki semakin popular. Tidak hanya selebriti, lelaki biasa Korea turut mula menjaga penampilan mereka, ini sebab-sebabnya:

#1 Tingkatkan Keyakinan

2 2

Umum mengetahui warga Korea Selatan sangat peduli tentang rupa, termasuk lelaki dan sensitif mengenai persepsi orang terhadapnya. Soal hensem, kemas dan kebersihan amat dititikberatkan.

Menjaga penampilan dari hujung rambut sampai hujung kaki dapat meningkatkan keyakinan dan menjadi diri sendiri dalam versi terbaik.

Apabila yakin dengan diri sendiri, hal ini memercikkan aura positif dalam perhubungan termasuk soal cinta.

#2 Persaingan Sengit Dalam Pasaran Kerja

3 2

Kebanyakan lelaki Korea berusaha meningkatkan daya tarikan bagi mendapatkan pekerjaan.

Menghias diri perlukan skil dan masa, lelaki yang menguasai kecekapan itu dianggap mempunyai kelebihan dalam sesetengah situasi seperti temu duga kerja.

Sudah tentu rupa dan penampilan bukanlah faktor utama dalam penentu ambilan pekerja namun saya teringat seorang pegawai sumber manusia yang berkongsi pandangannya bahawa ‘pretty/handsome privilege’ memang wujud terutamanya di tempat kerja.

Menurut artikel dalam Harvard Business Review, individu yang memiliki fizikal menarik selalunya lebih mudah mendapat temu duga, kerja atau naik pangkat.

Bagi lelaki yang bekerja dalam industri muzik dan media, penggunaan produk kecantikan menjadi sebahagian daripada rutin harian kerana kerjaya mereka banyak bergantung pada rupa paras dan visual.

# 3 Pilihan Sendiri

4 2

Melihatkan ramai artis K-pop dan pelakon lelaki pakai mekap di kaca TV, akhirnya mereka pun nak cuba juga.

Malah ada yang passionate untuk berkarier dalam industri kecantikan. Buktinya peningkatan pelajar lelaki dalam jurusan seni kecantikan di universiti menurut portal Creatrip lagi.

Memandangkan permintaan semakin meningkat, pelbagai jenama kosmetik melancarkan beberapa produk khusus untuk lelaki.

Bagaimanapun, bukanlah semua lelaki Korea gilakan mekap kerana ada juga yang berkeras solekan dan produk kecantikan hanya untuk wanita.

Baca lagi: Kenapa Wajah Bintang K-Pop Nampak Lebih Kurang Sama?

Baca lagi: Demi Kelihatan Sempurna Di Dalam Kamera, Bintang K-Pop Sanggup Diet ‘Extreme’