Home Entertainment 5 Pelakon Wanita Korea Yang Berani Tampil Dengan Adegan Panas

5 Pelakon Wanita Korea Yang Berani Tampil Dengan Adegan Panas

0

Dunia berputar dan peredaran masa membuatkan banyak perkara di sekeliling berubah. Industri hiburan di Korea Selatan sedikit demi sedikit mula mengikuti jejak Hollywood.

Wanita sering ditonjolkan sebagai simbol seksual dan dalam kebanyakan filem-filem dan drama siri dari Hollywood, sering diselit dengan adegan ranjang dan adegan panas kononnya untuk menambahkan rencah dalam penceritaan.

Kini industri lakonan di Korea juga tidak segan silu mengikut jejak Hollywood mempamerkan bentuk tubuh pelakon wnaita mereka.

Beberapa orang pelakon wanita ini membuat penampilan berani di layar kaca dan mempamerkan sebahagian tubuh badan mereka tanpa lagi rasa malu. Kecaman atau hinaan tidak lagi dihiraukan. Bagi mereka, target untuk memenuhi kehendak pengarah perlu dilunaskan.

Baca Lagi: Fitnah Gosip Liar Yang Menyakitkan Hati Song Hye Kyo

Jom kita intai beberapa orang artis wanita yang sanggup dan berani tampil dengan adegan panda dalam drama siri lakonan mereka:

BA77FE44 A0DF 46B0 AF00 FFA19D82BD4BBaru-baru ini, penampilan Cha Joo Young dalam drama The Glory Part 2 (2023) mencuri perhatian ramai. Cha Joo Young dua kali tampil tanpa seurat benang dalam drama siri Netflix yang dilancarkan pada Jumaat 10 Mac 2023 yang lalu. Selain Cha Joo Young, beberapa orang pelakon wanita Korea lain juga pernah tampil berani dalam drama lakonan mereka.

1. Cha Joo Young dalam The Glory (2022)
Cha Joo Young memainkan karakter Choi Hye Jeong dalam drama siri The Glory.

846E4136 129A 4E19 BDA8 9AC4E8286E0B

Penampilannya dalam The Glory Part 2 (2023) sedang mencuri perhatian ramai kerana telah dua kali tampil tanpa mengenakan sebarang pakaian.

Adegan aksi panas pertama adalah pada episod 13, sewaktu Choi Hye Jeong berada di dalam bilik mandi bersama Jeon Jae Jun (Park Sung Hoon). Dalam babak tersebut, Choi Hye Jeong tidak memakai sebarang pakaian walaupun keadaan terlihat samar.

Masih lagi pada episod yang sama, Choi Hye Jeong tampil berani lagi melepaskan kemeja yang dipakai sewaktu bersama Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon). Adegan tersebut menampilkan Choi Hye Jeong yang hanya memakai pakaian dalam bagian bawah.

2. Son Eun Seo dalam Big Bet (2022)
C6A0AD2A B4BF 47AD 9350 DF6251BB4FC7Son Eun Seo membawa watak sebagai Kim So Jung iaitu kekasih kepada Yang Jun Pal (Lee Do Hwi) dalam drama siri Big Bet. Dalam drama siri tersebut, ternyata Kim So Jung curang dengan Philip (Lee Hae Woo), sebelum kedua-duanya ditembak mati.
Dalam episod 5, Kim Soo Jung melakukan adegan panas bersama Philip di rumahnya dalam suasana pencahayaan yang suram.

 


3. Kang Hae Lim dalam Somebody (2022)

4D454ADE B8E2 4AE7 AB94 79B145E20CC9Kang Hae Lim mencuri perhatian melalui lakonannya sebagai Kim Sum dalam drama siri Somebody. Dalam drama tersebut, dia melakukan adegan panas dan tanpa mengenakan sebarang pakaian bersama Kim Young Kwang (Seong Yun Oh).

Dalam episode 5, Kim Sum dan Seong Yun Oh melakukan dua kali adegan panas. Pada dua adegan tersebut, dia tampil berani menunjukkan bahagian tubuh tanpa sebarang suntingan sensor.

4. Lee Joo Bin dalam Money Heist Korea: Joint Economic Area (2022)
589E3900 1DA7 4A1F 89EB 3B97F863D051Lee Joo Bin melakukan adegan panas dan tanpa seurat benang dalam drama siri Money Heist Korea: Joint Economic Area. Dia bergandingan dengan pelakon Kim Ji Hoon yang membawa watak Denver.

Dalam episod 6, kedua-duanya melakukan adegan panas tetapi tubuh bahagian depannya tidak terlihat hanya lekuk tubuh bahagian sisi karakter Yun Mi Sun ditonjolkan dengan jelas.

5. Kim Joo Ryung dalam Squid Game (2021)
6B6BE799 487B 4A17 8C76 D70E5DA85F77Kim Joo Ryung memainkan karakter Han Mi Nyeo dalam drama siri Squid Game. Dia melakukan adegan panas dan tanpa seurat benang bersama pelakon Jang Deok Soo yang membawa watak sebagai Heo Sung Tae.

Dalam episod 4, Han Mi Nyeo dan Jang Deok Soo melakukan hubungan intim di bilik air. Tubuh bahagian atas Kim Joo Ryung terdedah dengan jelas pada adegan tersebut.

Walaupun tanpa segan silu melakonkan adegan panas, tetapi para pelakon ini dipuji oleh segelintir penggiat seni dan para peminat kerana cara lakonan mereka yang mantap dan dianggap profesional.

Baca Juga: 5 Artis Korea Dikecam Teruk Akibat Skandal

INFO TANBAHAN:

Kebanyakan ibubapa mesti nak menonton filem atau drama dengan anak-anak kan? Masalah yang sering timbul adalah, ada yang tidak sedar atau tidak tahu jika filem/drama yang ditonton itu sesuai atau tidak untuk tontonan umum.

Ini ada satu website yang anda boleh guna untuk rujukan, taip sahaja tajuk filem/drama itu di https://kids-in-mind.com .

Kemudian ia akan tunjukkan rating dan maklumat bahagian-bahagian yang tidak sesuai seperti:

Violence 🖤🖤🖤
Nudity 🖤🖤🖤🖤
Drugs🖤🖤
Dan lain-lain. Semoga bermanfaat!