Home Kdrama/Kmovie 5 Kumpulan Penduduk Kampung Yang Disayangi Dalam Kdrama, Gelagat Menghiburkan Hati

5 Kumpulan Penduduk Kampung Yang Disayangi Dalam Kdrama, Gelagat Menghiburkan Hati

0

Sangat menghiburkan apabila dapat menonton kdrama menyajikan kehidupan watak-watak yang ada di sekeliling watam utama. Contohnya watak kumpulan penduduk kampung yang tinggal di daerah yang sama dengan watak utama.

Kdrama yang menampilkan kehidupan masyarakat kampung memang mempunyai daya tarikan sendiri. Pelbagai jenis watak dalam kdrama yang ditampilkan dan berjaya membuatkan peranan mereka meninggalkan kesan di hati penonton.

Berikut ini adalah senarai penduduk kampung yang disayangi oleh para peminat kdrama.

 

1. Kampung Samdalri (Welcome To Samdalri)

kdramaKampung Samdalri merupakan kampung yang berada di Pulau Jeju. Kampung ini juga adalah kampung halaman Cho Samdal (Shin Hae Sun). Menurut Samdal, Kampung Samdalri mempunyai vibe vintage yang sesuai dijadikan tempat bergambar bertemakan retro. Di kampung ini juga ramai wanita yang menjadi haenyeo (wanita penyelam).

Walaupun penduduk Samdalri suka bergosip, mereka boleh diharapkan untuk membela kawasan dan penduduk yang ada di Samdalri. Buktinya, ketika Bang Eun Ju (Jo Yeon So), musuh Samdal datang ke Jeju, penduduk Samdalri melindungi Samdal.

 

2. Kampung Gongjin (Hometown Cha-Cha-Cha)

ffd4632b bca7 4a37 a09d b8b02b8e99d3Penduduk Gongjin merupakan penduduk kampung kesayangan netizen dalam Kdrama. Pada awalnya Yoon Hye Jin (Shin Min Ah) berselisih faham dengan mereka kerana menganggap penduduk Gongjin terlalu cerewet dan suka mencampuri urusan orang lain.

Namun akhirnya Hye Jin mula selesa dan akrab dengan penduduk Gongjin. Drama ini menonjolkan sisi lain kehidupan setiap penduduk. Contohnya Yeo Hwa Jeong (Lee Bong Ryun) yang mengalami kegagalan rumah tangga.

 

3. Kampung Ongsan (When The Camellia Blooms)

a253f565 7735 49db 945d 7b4b59135b3cKdrama When The Camellia Blooms menyajikan kisah yang segar bagi para penonton kerana menampilkan banyak genre sekaligus, genre seperti romantik komedi, misteri, dan juga slice of life yang seringkali muncul di sekeliling kita. Bukan hanya fokus pada kisah watak utama, kita juga dipersembahkan dengan sisi menarik penduduk Ongsan.

Cerita kdrama ini bermula apabila Dong Baek (Gong Hyo Jin) baru berpindah ke kampung Ongsan. Dong Baek merupakan ibu tunggal yang mempunyai paras rupa menawan. Kebanyakan wanita di kampung Ongsan memberi pandangan negatif padanya. Namun, lama-kelamaan mereka yang sanggup berjuang mempertahankan Dong Baek apabila wanita itu diancam dan diganggu.

 

4. Korea Utara (Crash Landing on You)

86f10ab3 7aee 4704 bf59 06615a427c58Oleh kerana Yoon Seri (Son Ye Jin) terperangkap di Korea Utara, suka atau tidak Yoon Seri perlu tinggal di kampung kecil Korea Utara yang merupakan tempat tinggal Ri Jeong Hyeok (Hyun Bin). Seri perlu berpura-pura menjadi isteri Jeong Hyeok.
Walau hanya berpura-pura, Seri sangat pandai berlakon menjadi isteri yang romantik dan baik di hadapan penduduk kampung itu.

Baca juga: 13 Kdrama tvN dari Januari-Disember 2024, Ada Wi Ha Joon dan Shin Min Ah

5. Ssangmundong (Reply 1988)

2a77e23e 80ca 4168 9bc7 335412d0d956Drama Korea ini menggambarkan kehidupan jiran tetangga di sebuah perkampungan kecil Ssangmundong pada tahun 1988. Di Ssangmundong, ada beberapa buah keluarga tinggal berdekatan antara satu sama lain dan menjalin persahabatan yang erat kerana jarak rumah mereka yang sangat dekat.

Dalam kejiranan kecil ini, ada banyak kisah penduduk yang boleh membuatkan para penonton tertawa, terharu, emosional, dan dalam masa yang sama menitiskan air mata. Kisah hubungan antara ibu bapa dan juga anak merupakan tambahan pengajaran mengenai kehidupan. Banyak kisah yang sangat berkaitan dengan kehidupan kita seharian dan membuatkan penduduk Ssangmundong sangat diingati di hati para penonton.

Kehadiran watak pembantu seperti penduduk kampung merupakan nilai tambah tersendiri buat sesebuah drama. Tambahan pula, kisah-kisah mereka berjaya menyentuh hati para penonton.

Baca lagi: 4 Drama korea Tentang Bapa Saudara dan Anak Saudara, Terbaru A Shop For Killers
Baca juga: 10 perkara menarik tentang Shin Hye Sun, Awet Muda dan Ceria Selalu