Home Entertainment 5 K-Drama Medikal Yang Best Sama Seperti Drama “Doctor Cha”

5 K-Drama Medikal Yang Best Sama Seperti Drama “Doctor Cha”

0

Selepas 16 episod, kini tamat sudah drama bersiri Doctor Cha. Drama ini berkisahkan tentang seorang wanita bernama Cha Jeong Suk yang terpaksa melepaskan cita-citanya iaitu menjadi seorang doktor selepas berkahwin.1280

20 tahun kemudian, dia mengambil keputusan untuk kembali menjadi doktor. Drama ini telah mendapat perhatian ramai kerana jalan cerita yang menarik.

Kepada yang masih demam ‘Doctor Cha’, meh min nak cadangkan 5 lagi K-Drama yang bertemakan medikal yang best sama seperti drama ‘Doctor Cha’.

Dr. Romantic

7 1

Drama yang pertama ini mengisahkan tentang seorang doktor genius bernama Boo Yong Joo (Han Suk Kyu). Dulu dia pernah bertugas di hospital terkenal di Seoul. Semasa di puncak karier, tiba-tiba doktor itu menghilang.

Rupanya dia mengasingkan diri dan menjadi ketua doktor bedah di sebuah hospital kecil di pinggir kota. Kemudian Young Joo jumpa dan latih dua doktor muda yang seorang bermasalah, manakala seorang lagi bercita-cita besar.

Mereka sama-sama cuba baik pulih keadaan, servis dan kemudahannya hospital yang teruk itu. Dr Yong Joo sempat mendidik pelatihnya supaya menjadi doktor yang baik, dan utamakan pesakit berbanding wang dan kuasa.

8

Setelah sukses dengan musim pertamanya, siri Dr Romantic dilanjutkan pada musim kedua dan memperoleh rating setinggi 22.1% berdasarkan data Nielsen Korea.

Dr. Romantic musim pertama boleh ditonton di sini.

Dr. Romantic musim kedua pula boleh ditonton di sini.

Ghost Doctor

Ghost Doctor p1

Drama ini menggabungkan genre perubatan dan fantasi. Kedua-dua genre ini, sangat bertentangan antara satu sama lain, menunjukkan sinergi yang baik dan emosi yang bersesuaian.

Babak yang menarik di dalam drama ini apabila roh koma Cha Young Min (Rain) memasuki ke dalam tubuh Go Seung Tak (Kim Bum) dan membongkar konspirasi besar yang berlaku di hospital tersebut.

0x0

Unsur ‘merasuk’ inilah yang menjadi tarikan utama drama ini. Walaupun plot yang tidak masuk akal tentang roh dan tubuh orang yang masih hidup bergabung dengan orang yang sedang koma.

Drama ini mampu membuatkan penonton tidak sabar untuk menunggu episod yang akan datang. Tak tahu nak tengok mana? Meh tengok dekat sini je geng.

Doctors

2 4

Sebelum ini, Yoo Hye Jung (Park Shin Hye) melalui kehidupan yang susah. Dia tinggal bersama nenek selepas ditinggalkan oleh ayahnya.

Hye Jung mula jadi degil, malas belajar dan jadi samseng di sekolah untuk tutup kesedihan. Seorang guru biologi bernama Hong Ji Hong (Kim Rae Won) diam-diam memperhatikan anak muridnya itu dan tahu ada potensi besar dalam diri Hye Jung yang mesti digali.

Kemudian Ji Hong perlahan-lahan membantu Hye Jung keluar daripada kepompong hidupnya yang kelam sehingga berjaya jadi doktor pakar bedah saraf.

Drama ‘Doctors’ ini boleh dilayan di sini.

Doctor Stranger

3 4

Semasa kecil dulu, Park Hoon (Lee Jong-suk) dan ayahnya Park Cheol (Kim Sang-joong) ditipu dan dihantar ke Korea Utara.

Di Korea Utara, Park Hoon dilatih untuk menjadi doktor oleh ayahnya yang sebelum ini merupakan doktor terkenal dan berjaya jadi pelajar top di sekolah perubatan di sana.

Kemudian dia atuh cinta dengan Song Jae-hee (Jin Se-yeon). Setelah ayahnya meninggal, dia cuba melarikan diri ke Korea Selatan bersama Jae-hee. Namun hubungan mereka terputus dan hilang kontak.

3878435

Akhirnya dia memutuskan untuk pergi ke Korea Selatan seorang diri sambil mencari Jae-hee. Setibanya di Korea Selatan, Park Hoon mula bekerja sebagai seorang doktor di hospital universiti. 

Suatu hari, dia bertemu seorang gadis yang mirip dengan Jae-hee. Siapakah gadis misteri tersebut? Tonton di sini untuk ketahui perkara sebenar.

Baca lagi: Journal Sarahaeyo Drama Terpaling Korea 2023

Descendants of the Sun

5 2

Descendants of the Sun merupakan drama Korea tahun 2016 yang meletup semasa dan selepas penayangannya. Ia berlatar belakang kisah romantis antara doktor dan tentera.

Song Joon Ki berperanan sebagai Kapten Yoo Si Jin, tentera Angkatan Darat Korea yang bertugas sebagai pasukan penjaga keamanan PBB dan memimpin tim Alpha.

Dia bertemu dengan doktor Kang Mo Yeon yang dibintangi Song Hye Kyo dan kisah cinta mereka bersambung ke luar lokasi drama sebelum berakhir dengan singkat.

dgrh 650

Dalam 16 episod ini, penonton diajak melihat menyelami dunia ketenteraan dan kerja sukarelawan termasuk doktor di tempat bergolak. Drama ini juga mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya menambat hati penonton. Tonton ‘Descendants of the Sun’ di sini.

Korang boleh juga download aplikasi Viu di telefon korang untuk menonton filem dan drama terbaru di mana sahaja.

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru Viu tanpa gangguan iklan.

Semua Drama Korea Ini Boleh Ditonton Secara Percuma Di Sini!