Home Business 5 Jenama Ayam Goreng Korea Bestseller

5 Jenama Ayam Goreng Korea Bestseller

0

Menurut portal VICE, orang Korea kuat makan ayam goreng. Dari perap kicap, goreng di dalam sos pedas, sup sehinggalah digoreng garing dalam minyak.

Sehingga hari ini, terdapat lebih 87,000 kedai ayam goreng yang beroperasi di Korea Selatan. Boleh dikatakan lebih banyak daripada jumlah restoran francais Subway (44,000) dan McDonalds (37,000) di seluruh dunia!

Ayam goreng Korea atau dikenali sebagai chikin ini juga semacam simbolik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan apabila dimakan bersama-sama semasa jumpa di restoran atau sempena hari istimewa.

Berikut restoran ayam goreng terlajak laku di Korea Selatan:

#1 BBQ

ayam goreng korea 1

Nama kedai BBQ sebenarnya dipetik daripada slogan Best of Best Quality. Sejak mula beroperasi pada tahun 1995, brand BBQ Chicken mendapat ramai pelanggan setia walaupun harganya boleh tahan mahal untuk sepinggan set ayam gorengnya.

Menu ayam goreng popular di BBQ adalah Golden Olive Chicken. Bahan utama yang mereka guna adalah minyak zaitun extra-virgin berkualiti tinggi dan serbuk khas BBQ. Rasanya Rangup di bahagian luar dan berjus di bahagian dalam.

#2 BHC/Hungry Hana

hungry hana

Kedai BHC dibuka pada tahun 1997 dengan nama Byeol Hana Chicken dan ditukar ke BHC pada 2000. Menu BHC selalu ditunggu-tunggu oleh pelanggan kerana menu ayam gorengnya yang unik.

Contohnya, menu Prinkle Chicken yang dimasak bersama sos perencah homemade. Ayam Matcho King ialah menu ayam kicap bersama lada pedas Korea.

Satu lagi menu popular ialah Curry Queen iaitu ayam goreng kari buat sesiapa yang suka makan pedas.

#3 KyoChon Chicken

kyochon

Dibina pada tahun 1991, Kyochon sejak dari dahulu lagi popular dengan ayam goreng kicap pedas. Ayam Kyochon digoreng sehingga kuning keemasan dan rangup di bahagian kulit.

Ditambah pula sos kicap bawang putih disapu atas setiap bahagian ayam goreng. Berbeza dengan ayam goreng lain, ayam Kyochon dimakan ‘sejuk-sejuk’ pun sedap kerana sos istimewa KyoChon.

#4 Pelicana

pelicana

Bisnes ayam Pelicana dibuka pada tahun 1982. Idea untuk masak ayam ini menggunakan sos masam manis yang ikonik.
Ayam Pelicana dikatakan sebagai rasa asli ayam Korea pada tahun 1980-an.

Kedai Ayam Goreng Pelicana tidak banyak menghasilkan variasi ayam goreng baharu tetapi dengan aroma bawang putih, sos pedas gochujang dan kicap manis tidak menghampakan pelanggan yang mengunjungi kedai ini.

#5 Ne Ne Chicken

nene

Kedai Ne Ne Chicken mula beroperasi pada tahun 1995. Pada awal bisnes mula diperkenalkan, mereka menghasilkan bekas bungkus yang sama seperti pizza tapi bila dibuka kita boleh lihat set ayam bersama hidangan sampingan sayur jeruk dan minuman dalam satu kotak.

Ne Ne Chicken menjadi popular di Korea Selatan atas jasa pengacara dan bintang Running Man, Yoo Jae Suk yang menjadi duta brand ini selama 12 tahun.

Menu paling popular di Ne Ne Chicken ialah Pa-Dak (Ayam Goreng Daun Bawang) dan Snowing Chicken.

Sumber: VICE, Creatrip