Home Entertainment 5 Filem Seram Thriller Seperti ‘The Invitation’, Menarik Ditonton

5 Filem Seram Thriller Seperti ‘The Invitation’, Menarik Ditonton

0

Adakah anda penggemar filem seram thriller? Sudahkah anda menonton The Invitation? The invitation merupakan filem seram thriller yang ditayangkan pada tahun 2022.

Filem The Invitation menceritakan tentang Evie yang melakukan ujian DNA untuk menyiasat dan mengetahui kebenaran tentang susur galur keluarganya. Ujian DNA ini membuahkan hasil, gadis ini ternyata mempunyai sepupu jauh yang bernama Oliver, seorang lelaki kaya raya dari England.

Oliver mengajak Evie untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan keluarga di London. Setibanya di London, Evie bertemu pemilik rumah agam, tempat acara itu diadakan. Bermula dari sinilah rahsia yang belum diketahui oleh Evie terkuak sedikit demi sedikit. Rumah agam itu juga mempunyai kaitan dengan asal usul keluarga Evie.

Buat anda yang sudah menonton filemnya, berikut adalah 5 buah filem seram thriller yang mempunyai jalan cerita yang hampir serupa dengan The Invitation. Jom kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

1. Ready or Not

Filem seram thriller
Filem seram thriller Ready or Not fokus kepada watak Grace (Samara Weaving) seorang gadis muda yang berkahwin dengan seorang lelaki dari keluarga Le Domas. Keluarga ini terkenal dengan kekayaannya. Keluarga Le Domas selalu bermain board game, dan permainan itu adalah tradisi mereka untuk menyambut orang baru yang menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut di malam perkahwinan mereka.

Grace mendapat kad ‘hide and seek’ dan perlu bermain permainan tersebut bersama keluarga Le Domas. Namun yang paling mengerikannya ialah ketika keluarga Le Domas cuba untuk menangkap Grace demi ritual korban nyawa yang dipercayai sebagai pencegahan kepada kematian mereka.
Filem ini berjaya mewujudkan suasana yang mencengkam ketika permainan sorok-sorok dimulakan, dan pastinya berjaya membuat anda berdebar ketakutan.

2. Fresh

7dcdb66e b038 481a 941f 09f1e7a2d4ff
Cerita dimulakan dengan pertemuan antara Noa dan Steve di sebuah pasaraya. Boleh dikatakan pertemuan kedua-duanya cukup manis. Dipendekkan cerita, Noa dan Steve mula menjalin hubungan cinta. Steve mengajak Noa untuk makan malam di rumahnya. Perlahan-lahan Noa menemui dan merasai keanehan tentang identiti sebenar Steve.

3. Midsommar

a25adc44 e780 4113 ba4e 78cf670c32d9
Menceritakan tentang Dani Arbor yang saat itu masih berkabung atas kematian ibu bapa dan saudara perempuannya, serta kekasihnya seorang antropologis yang bernama Christian. Christian mengajak Dani dan teman-temannya untuk mengunjungi sebuah kampung di Sweden.

Perkara yang membuat Midsommar berbeza dari filem seram thriller yang lain adalah hampir seluruh filem berlatarkan waktu di siang hari. Selama beberapa hari tinggal di kampung itu, Dani mula menemui beberapa kejanggalan dan keanehan terhadap penduduk di kampung tersebut.

4. Get Out

93c8900c a8b1 4aee a243 c5c7eea09aba
Chris Washington seorang juru gambar berkulit hitam, dijemput oleh teman wanitanya, Rose Armitage, yang berkulit putih untuk berjumpa dengan orangtuanya. Sesampainya di rumah ibu bapa Rose Armitage, Chris bertemu keluarga Rose, dia berusaha untuk menyesuaikan diri dalam suasana yang tenang di pertemuan pertama mereka.

Namun perjumpaan itu membuatkan Chris menjadi tidak selesa kerana topik perbicaraan banyak mengenai warna kulit. Selain itu Chris mula merasakan keganjilan dengan tatapan mata orang gaji keluarga Armitage, bahkan lama kelamaan sikap Rose juga menjadi semakin aneh.

5. Crimson Peak

10fa8393 a858 4b1a 952d f09534f1dd16
Berlatarkan tahun 1950-an hingga 1970-an, Edith Cushing seorang penulis yang berasal dari Amerika yang jatuh cinta pada Thomas Sharpe, bangsawan England. Edith memutuskan untuk melakukan perjalanan ke rumah bangsawan tersebut yang dikenali dengan panggilan Crimson Peak. Namun, Thomas tidak sebaik yang diduga. Dia dan Lucille, mempunyai tujuan tersendiri yang melibatkan Edith.

Demikian adalah beberapa buah filem seram thriller yang hampir sama dengan The Invitation. Jadi filem yang manakah yang belum anda tonton?

Baca lagi: 5 Filem Jelajah Angkasa Terbaik, Sinematografi Luar Biasa
Baca juga: 15 Filem Seram Termahal Yang Pernah Dibuat