Home Entertainment 5 Filem Jelajah Angkasa Terbaik, Sinematografi Luar Biasa

5 Filem Jelajah Angkasa Terbaik, Sinematografi Luar Biasa

0

Filem jelajah angkasa terbaik yang mana satukah menjadi pilihan anda? Jom kita baca dibawah!

Bagi para peminat filem jelajah angkasa bergenre sains fiksyen atau sci-fi, pasti sudah tidak asing lagi dengan tema cerita yang mengangkat tentang luar angkasa. Banyak filem jelajah angkasa seperti itu yang dipadukan dengan bencana alam ataupun tentang misi meraih sesuatu sebagai fokus jalan ceritanya.

Menjelajahi ruang angkasa paling menakjubkan dengan pelbagai cabaran dan suasana yang luar biasa. Selain menampilkan sinematografi yang menarik dan jalan cerita yang hebat, filem-filem jelajah angkasa ini juga sangat laris di pasaran. Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

1. Interstellar (2014)

Filem jelajah angkasa

Filem jelajah angkasa pertama dalam senarai ini adalah karya luar biasa dari pengarah tersohor Christopher Nolan yang berjudul Interstellar. Menceritakan tentang keadaan bumi yang semakin memburuk dengan segala isi masalahnya.

Mahu tidak mahu, NASA perlu mencari jalan agar mereka boleh mencari planet baru untuk dihuni. Lalu mereka membentuk misi yang diberi nama Lazarus. Tujuan utama misi tersebut adalah untuk membawa kapal angkasa pergi ke angkasa untuk mencari planet paling sesuai untuk dihuni nanti.

Filem ini diisi dengan beberapa teori yang berkaitan dengan ilmu fizik, namun tidak terlalu berat dan masih boleh difahami. Filem ini meraih keuntungan sebanyak 677.5 juta AS dolar dari penayangan di pawagam sahaja.

2. Wandering Earth (2019)

4b80df96 9ba8 406e 8a6e 412ad15012f8
Filem jelajah angkasa seterusnya adalah sebuah karya luar biasa dari negara Cina yang digarap oleh pengarah Frant Gwo, dan diadaptasi dari novel karya Liu Cixin. Menceritakan tentang suasana kacau bilau dan panik di masa depan, disebabkan oleh matahari yang berhenti bersinar. Lalu seluruh negara mengambil langkah untuk bersatu mengatasi masalah ini.

Mereka mencipta sebuah projek luar biasa yang tampak mustahil iaitu cuba menggerakkan bumi keluar dari orbit, dan menuju ke bintang terdekat iaitu alpha Centauri yang jaraknya sekitar 5 tahun cahaya. Jika dikira, mereka memerlukan waktu sekitar 2500 tahun perjalanan. Tentu tidak mudah, dan sangat banyak rintangan yang perlu dihadapi sepanjang proses projek ini berlangsung.

3. The Martian (2015)

IMG 8065 scaled

Filem jelajah angkasa seterusnya adalah karya menakjubkan dari pengarah Ridley Scott. Menceritakan tentang sebuah pasukan ekspedisi NASA yang melakukan kajian di planet Marikh.

Namun sewaktu mereka sedang membuat penyelidikan di planet di Marikh, tiba-tiba ribut yang sangat dahsyat melanda. Mereka panik dan kembali ke kapal angkasa. Salah seorang dari ahli pasukan mereka, Mark Watney (Matt Damon) malangnya telah tertinggal di sana kerana ahli pasukannya yang lain menyangka dia sudah meninggal dunia dihempas ribut yang kuat.

Namun Mark Watney yang ternyata masih selamat berusaha sekeras mungkin untuk bertahan hidup dengan segala cara. Dia berusaha supaya dia boleh mengirimkan signal ke bumi untuk memberitahu bahawa dia masih hidup dan dia berharap NASA akan menghantar pasukan untuk menjemputnya pulang ke bumi.

4. First Man (2018)

IMG 8066
Seterusnya filem keempat ada filem jelajah angkasa karya sutradara Damien Chazelle. Sebuah film biografi sejarah yang mengisahkan tentang cerita perjalanan manusia pertama yang pergi ke bulan yakni Neil Amstrong (Ryan Gosling).

Meskipun banyak kontroversi tentang benar atau tidaknya kejadian itu, namun selama menonton film ini kamu pasti bisa mengesampingkan itu semua. Karena film ini tentu sangat bisa dinikmati dari segi cerita. Filem ini meraih pemasukan senilai 105 juta dolar dari penayangannya di pawagam.

5. Gravity (2013)

IMG 8067
Karya terakhir dalam senarai filem jelajah angkasa ini datang dari pengarah Alfonso Charon. Bercerita tentang Dr Ryan Stone (Sandra Bullock) bersama Matt Kowalski (George Clooney) sedang melakukan misi perbaikan satelit saat puing-puing bekas pecahan menghantam dan merosakkan pesawat mereka. Dr Ryan dan Matt berusaha bertahan hidup untuk mencapai stasiun luar angkasa terdekat.

Filem yang secara keseluruhan sangat epik dan mengharukan ini sangat layak untuk ditonton. Selain memiliki kualiti yang luar biasa, filem ini juga meraih kemasukan senilai 723 juta dolar dari penayangannya di pawagam.

Itulah dia 5 filem astronomi terbaik tentang menjelajahi angkasa paling menakjubkan. Pastikan anda menontonnya ya!

Baca lagi: 17 Kdrama Komedi Menarik dan Menyegarkan
Baca juga: 9 Filem Korea Ini Pasti Membuatkan Anda Menitiskan Air Mata