Walaupun baru sahaja ditayangkan pada 17 Februari 2023 di platform streaming Netflix tetapi filem Unlocked ternyata telah berjaya mendapat perhatian ramai peminat filem.

Filem ini digarap oleh pengarah Kim Tae Joon dan dari Studio N. Filem Unlocked menyajikan jalan cerita yang penuh konflik yang pastinya menarik.
Disebalik plot cerita yang sangat menarik itu, ternyata ada beberapa kisah terselindung yang tidak kita ketahui mengenai filem Unlocked yang sedang trending sekarang ini.
Kisah-kisah menarik ini adalah mengenai pengarah hinggalah kepada para pelakon. Salah satu informasi yang paling menarik adalah mengenai Im Si Wan rupa-rupanya pernah menolak tawaran watak psikopat dalam filem ini.
Berikut ini merupakan lima fakta di sebalik filem Unlocked yang wajib diketahui:
1. Im Si Wan pernah menolak tawaran watak psikopat
Nama Im SI Wan semakin meningkat naik setelah memegang watak sebagai Joon Young iaitu pembunuh bersiri yang melakukan jenayah dan pembunuhan dengan meletakkan spyware ke telefon pintar mangsa-mangsanya dalam filem Unlocked. Walaupun begitu, siapa sangka sebenarnya Im Si Wan pernah menolak tawaran watak psikopat itu.
Anggota kumpulan ZE:A ini awalnya menolak tawaran untuk memegang watak sebagai psikopat dalam filem Unlocked. Dia menolak watak tersebut kerana dia bimbang persepsi masyarakat terhadapnya jika dia membawa watak antagonis seperti itu tetapi akhirnya dia sedar bahawa watak tersebut boleh membantu dirinya untuk melebarkan sayap dalam industri seni di Korea Selatan.
2. Telefon pintar turut sama memberi populariti filem ini


Ternyata pemilihan Im Si Wan sebagai watak utama dalam filem Unlocked adalah keputusan dan pilihan terbaik. Pengarah filem tersebut, Kim Tae Joon ternyata ingin bekerja sama dengan pelakon Run On itu sejak dari awal projek ini lagi.
Tidak hanya memberikan impak kepada para penonton, ternyata film Unlocked juga membuatkan watak utamanya, Chun Woo Hee, menjadi overthinking selepas hampir selesai proses penggambaran.






