Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Terkenal Ini Adalah Remake Dari China

5 Drama Korea Terkenal Ini Adalah Remake Dari China

0

Drama Korea sangat diminati oleh para peminat seluruh dunia. Jalan cerita yang menarik dihiasi pula dengan lakonan yang berkesan membuatkan drama Korea semakin rancak dibicarakan oleh ramai peminat.

Walaupun banyak drama Korea dengan jalan cerita baru yang dihasilkan, namun banyak juga drama Korea yang merupakan adaptasi dari siri dari negara lain. Salah satunya adalah dari negara China.

Siapa sangka 5 drama Korea popular berikut ini adalah sebenarnya adaptasi dari drama China! Lihat senarainya di bawah ini.

1. Mr. Queen

Drama koreaPara peminat drama genre rom-com dan juga sageuk pasti pernah menonton drama ini. Drama yang membawa kisah sageuk ini menceritakan tentang seorang tukang masak lelaki yang masuk ke tubuh seorang permaisuri di zaman Joseon.

Dibintangi oleh Shin Hye Sun dan Kim Jung Hyun, drama yang ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan salah satu drama popular pada masa itu. Namun siapa sangka drama ini merupakan remake dari siri Mandarin bertajuk Go Princess Go yang ditayangkan pada tahun 2015.

 

2. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

94277447 c372 498a 84f5 3b7f10114647Mengambil cerita tentang seorang wanita yang melakukan penjelajahan waktu ke era Goryeo dan jatuh cinta pada seorang putera raja di sana, siapa sangka drama ini juga merupakan siri drama adaptasi dari drama Cina yang bertajuk Scarlet Heart.

Walaupun drama ini merupakan siri adaptasi, namun drama ini tidak kurang hebatnya dari drama asal bahkan ramai peminat menyatakan bahawa drama ini adalah salah sebuah drama kegemaran sepanjang zaman.

 

3. You Are My Destiny

e159cb4c fac8 4a73 9564 2a7f57343bf2You Are My Destiny merupakan drama Korea yang mengisahkan tentang seorang wanita biasa yang terlibat dengan cinta satu malam dengan seorang pewaris syarikat besar yang kaya raya.

Ditayangkan pada 2014, drama yang dibintangi oleh Jang Hyuk dan Jang Na Ra ini merupakan drama adaptasi dari drama Cina yang bertajuk Fated To Love You yang ditayangkan pada tahun 2008.

 

4. A Love So Beautiful

892122bb 2c87 4a9d 862a a84fe94e36f8

Salah sebuah drama romantik yang mengambil adaptasi dari drama Cina ialah A Love So Beautiful. Sebelum dibikin dalam versi drama Korea, drama Cina dengan tajuk yang sama ini memang sudah popular sewaktu ditayangkan.

A Love So Beautiful menceritakan tentang kisah seorang wanita yang mencintai kawan masa kecil yang juga jiran dan rakan sekelasnya. Dibintangi oleh So Ju Yeon dan Kim Yo Han, drama ini juga sangat menarik dan tidak kurang hebatnya dengan siri asal.

 

5. A Time Called You

41cea731 4a0a 4c6e 82b6 9e6c9a5ad466Baru sahaja ditayangkan baru-baru ini, drama Korea popular tahun 2023 ini bertajuk A Time Called You dan berjaya menarik perhatian para peminat. Lebih mengejutkan lagi drama ini merupakan remake dari drama Cina popular yang bertajuk Someday or One Day.

A Time Called You menceritakan tentang kisah seorang wanita yang masih mencintai mendiang kelasihnya dan kembali ke masa lalu untuk mengejar lelaki yang mirip dengan kekasihnya.

Demikian sahaja beberapa cadangan drama Korea yang merupakan remake dari drama China yang pastinya sangat menarik untuk ditonton. Walaupun drama tersebut merupakan remake, namun drama-drama Korea tersebut ditampilkan dengan sangat menarik dan telah berjaya menarik perhatian para peminat Kdrama umumnya. Selamat menonton ya!

Baca lagi: 8 Drama Korea Genre Seram Thriller 2023, Digabungkan dengan Misteri, Fantasi dan Jenayah
Baca juga: “Rebel Moon: Part 1: Child of Fire’ Tampilkan Bae Doona Sebagai Pahlawan Namesis