Home Artis Korea 5 Artis Wanita Korea Paling Jelita 2023 Berdasarkan 800 Ribu Undian Netizen

5 Artis Wanita Korea Paling Jelita 2023 Berdasarkan 800 Ribu Undian Netizen

0

Ramai artis-artis wanita Korea jelita telah berjaya menarik perhatian para peminat drama Korea sepanjang tahun 2023 yang lalu. Mereka menyertai undian untuk menentukan siapakah artis yang paling cantik sepanjang tahun 2023.

Senarai artis-artis wanita Korea paling jelita ini adalah berdasarkan hasil undian di laman sesawang KingChoice. Undian dan bancian itu dilakukan di antara 35 orang calon artis Korea paling cantik dan undian telah diadakan selama sebulan.

Undian tersebut merangkumi beberapa nama dalam kategori artis Korea paling cantik 2023 dengan melibatkan lebih dari 800 ribu undian. Jom kita lihat siapakah artis-artis wanita Korea itu!

1. Kim Jisoo

Artis wanita koreaKim Jisoo menduduki tangga pertama sebagai artis wanita Korea paling jelita pada tahun 2023. Jisoo merupakan salah seorang anggota kumpulan Blackpink yang lahir pada 3 Januari 1995 dan memulakan kariernya pada tahun 2016. Jisoo terlibat dalam beberapa buah drama terkenal seperti The Producers (2015) dan Snowdrop (2021-2022)

 

2. Chae Soo Bin

7527e23a 33c5 4aab 8aca ec51b1a2ff75Tempat kedua adalah oleh Chae Soo Bin yang memang mempunyai paras rupa menawan. Antara drama Korea yang popular yang dibintangi oleh Chae Soo Bin adalah Love in the Moonlight (2016), The Rebel (2017), A Piece of Your Mind (2020), Rookie Cops (2022), dan The Fabulous (2022).

 

3. Kim So-hyun

bfb20ab1 b617 417f bb52 3872b8361da7Kim So-hyun mendapat tempat ketiga sebagai artis wanita Korea paling cantik pada tahun 2023. Kim So-hyun lahir pada 4 Jun 1999 dan memulakan karier pada tahun 2006. Pelakon ini makin terkenal selepas membintangi Moon Embracing the Sun (2012), Missing You (2013), Pure Love (2016), River Where the Moon Rises (2021) dan Love Alarm (2021) dan My Lovely Liar (2023).

 

4. Kim Ji Won

97cc4ed4 c925 43cf 98c9 bf92ff9944d1

Di tangga keempat adalah Kim Ji Won. Kim Ji Won lahir pada 19 Oktober 1992. Artis Korea wanita yang cantik ini memulakan karier pada tahun 2010. Antara daram popular yang pernah dibintanginya ialah The Heirs (2013), Descendants of the Sun (2016), Lovestruck in the City (2020-2021), dan My Liberation Notes (2022).

 

5. Bae Suzy

1cead05e 13fc 45bf 8969 0262449bb9d5Seterusnya adalah si cantik Bae Suzy yang lahir pada 10 Oktober 1994. Dia memulakan karier pada tahun 2010. Antara projek lakonannya yang paling terkenal adalah Dream High (2011), While You Were Sleeping (2017), Vagabond (2019), Start-Up (2020), Anna (2022) dan terbaru Doona! (2023).

Industri hiburan Korea Selatan kini telah menjadi fenomena di seluruh dunia. Antara perkara yang paling dikagumi ialah kecantikan kulit artis wanita korea dan juga tubuh badan mereka yang langsing, tidak kira lelaki atau wanita, mereka mempunyai badan yang menawan.

Sepanjang tahun 2023 yang lalu, artis-artis wanita Korea Selatan yang jelita ini telah berjaya menarik perhatian ramai kerana mereka sering muncul dalam pelbagai projek. Nama mereka selalu disebut-sebut dan wajah jelita mereka selalu terpampang dimana-mana. Kejelitaan mereka memang memukau dan menjadi buah mulut ramai peminat.

Bagaimana pula dengan anda? Siapa pilihan artis wanita Korea paling jelita di mata anda?

Baca lagi: “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo” Musim 2 Dalam Pembikinan?
Baca juga: Knetz Boikot Marry My Husband? Park Min Young Sudah Naik Bosan Dituduh Menerima Duit Dari Bekas Teman Lelakinya
Baca lagi: 10 Artis Wanita Korea Yang Cantik, Cerdas dan Pintar