Home Entertainment 5 Artis Terlibat Dengan Ajaran Sesat

5 Artis Terlibat Dengan Ajaran Sesat

0

Ketaksuban dalam kepercayaan dan kefahaman ajaran sesat telah mendominasi dunia selama bertahun-tahun. Fenomena ini juga menjadi inspirasi dan mempengaruhi pembikinan beberapa buah filem terlaris dan terkenal di dunia.

C8B0C24C BC96 4262 88FB 40CF6311D9AD

Filem-filem seperti Once Upon a Time…In Hollywood, dan Midsommar yang merupakan filem Box-Office Hollywood dan terlaris pada tahun 2019 berkisar tentang ajaran sesat. Begitu juga dengan sebuah drama siri dari Korea Selatan yang bertajuk Save Me, yang telah membuka tabir dan kisah kejahatan ajaran sesat di Korea Selatan.

Meskipun kemunculan ajaran sesat dianggap sebagai fenomena yang aneh dan mengganggu, namun tidak disangka-sangka ternyata terdapat juga selebriti terkenal yang merupakan pengikut lingkungan tersebut. Ada antara mereka yang masih setia menjadi pengikut dan sebilangan besar sudah pun meninggalkan ajaran sesat yang dianuti.

Baca Lagi: Kisah Benar Menyeramkan Di Sebalik Filem Orphan

Berikut adalah senarai artis dan selebriti yang pernah terlibat dengan ajaran sesat:

1. Joaquin Phoenix

B0327E58 D22A 4968 8B4B 4FE90C4DDA73

Pelakon Gladiator Joaquin Phoenix dan adik beradiknya; River, Rain, Liberty, dan Summer – dibesarkan dalam sebuah komuniti bernama Children of God sehingga berusia empat tahun. Ibu bapa Joaquin pada awalnya menganggap komuniti tersebut memiliki nilai-nilai kehidupan yang bermakna.

Namun ternyata mereka menyedari bahwa ada sesuatu yang janggal dan tidak kena sehingga memutuskan untuk keluar dari sana. Setelah memutuskan untuk meninggalkan Children of God, ibu bapanya mengubah nama keluarga mereka menjadi Phoenix.

2. Keira Maguire

980FA76B CDC9 4C1D A500 2098D95B1C12Kehidupan Keira Maguire berkait dengan ajaran sesat yang berpaksi kepada poligami. Berita mengenai kehidupan ajaran sesat keluarga pelakon ini didedahkan sewaktu Keira Maguire berlakon dalam The Bachelor (2016). Kisah mengenai ayahnya yang mempunyai ramai isteri itu menjadi kontroversi untuk tahun 2016 waktu itu.

Ajaran sesat poligami yang bernama “The Seaside Sect” ini didirikan oleh ayahnya sendiri pada tahun 1970-an. Ayah Keira Maguire selaku pemimpin ajaran sesat tersebut dilaporkan memiliki seramai 64 orang anak. Ibu Maguire merupakan salah seorang daripada 9 isteri bapanya yang terlibat dalam ajaran sesat tersebut.

3. Andrew Keegan

93403C90 9369 499A 9889 49DA66C061CEAndrew Keegan pernah turut serta dalam komuniti spiritual di California yang bernama Full Circle. Komuniti ini pada awalnya didirikan oleh Robert Goddard di Ojai, CA.
Anak-anak Robert Godaard iaitu Gunnar dan Andrew Keegan akhirnya turut sama membentuk sebuah pusat komuniti Full Circle Venice. Komuniti ini mempunyai sebuah misi untuk menginspirasi dan memberdayakan manusia untuk bersama-sama mencipta dunia yang lebih baik bagi mereka.

Andrew Keegan berkongsi pengalamannya mengikuti aktiviti di dalam kuil, termasuklah ritual berpegangan tangan sehingga proses meditasi secara berkumpulan. Para pengikut komuniti ajaran sesat ini menggambarkan komuniti mereka sebagai mencapai tahap spiritual paling tinggi, dan semua pengikut merasa merasa seperti mereka telah dilimpahi rahmat yang tidak berkesudahan.

4. Winona Ryder

6B6A032E 986C 47E3 8BCE 5065CD13F0B3

Sewaktu kecilnya, keluarga Winona Ryder menetap dengan sebuah komuniti di California Utara bersama enam keluarga yang lain. Winona Ryder pernah mengaku bahawa kehidupan komuniti tersebut seperti membangkitkan kefahaman ajaran sesat, namun dia berusaha untuk terus berfikiran positif dan mengingati kembali kenangan manis dan berharga yang dihabiskan bersama keluarganya. Dia berkata, “Tempat yang kami tinggal terdiri daripada sebidang tanah yang berkeluasan 380 hektar. Sangat indah sekali.”

5. Rose McGowan

160AF06E 9E0A 4583 9BCB 9C2396A0F098Rose McGowan mengingat kembali tentang masa lalu, dia dan keluarganya pernah terlibat dengan Children of God ketika dia baru berusia sembilan tahun. Pengalamannya yang paling diingat adalah sewaktu dia rasa seperti dirinya terpisah dari dunia luar. Keluarganya berjaya melarikan diri dari aliran ajaran sesat tersebut setelah memahami bahawa mereka mendorong hubungan seks antara orang dewasa dan kanak-kanak.

Rose McGowan berkata, “pada usia saya yang masih kecil, saya memutuskan bahawa saya tidak ingin menjadi seperti gadis-gadis dalam kumpulan tersebut. Mereka pada dasarnya mengikut ajaran tersebut untuk melayani setiap pengikut lelaki secara seksual—setiap lelaki diizinkan untuk mempunyai lebih dari satu isteri.”

Demikian senarai 5 artis popular yang pernah terlibat dengan aliran ajaran sesat. Kebanyakannya terlibat kerana perkara ini dimulakan oleh ibu bapa mereka dan mereka juga hidup di kalangan lingkungan tersebut. Lebih parah lagi, ada yang menjadi pengasas ajaran sesat itu sendiri.

Adakah artis kegemaran anda termasuk dalam salah seorang yang terlibat ini?

Baca Juga: 5 Artis Paling Kaya Di Dunia