Home Anime 5 Arc Perang Terbaik dalam Anime Shounen

5 Arc Perang Terbaik dalam Anime Shounen

0

Dalam anime shounen yang membawa tema pertarungan, arc perang adalah puncak atau klimaks yang memang ditunggu-tunggu.

Selalunya mereka menempatkan arc perang pada akhir siri untuk membuatkan ending kelihatan lebih epik.

Berikut ini adalah lima arc perang terbaik yang pernah ada dalam anime shounen:

 

5. Chimera Ant Arc (Hunter x Hunter)

26760ec0 01cd 4ed4 852b d1f75cffad9dChimera Ant Arc bukan arc terakhir dalam siri Hunter x Hunter. Namun, Chimera Ant Arc menjadi arc perang kedua terakhir dalam anime 2011, sebelum 13th Hunter Chairman Election Arc. Sementara arc ini belum menampilkan Dark Continent, arc ini membuktikan betapa mengerikannya tempat tersebut.

Chimera Ant Arc dimulakan ketika makhluk dari Dark Continent, Chimera Ant, menyerang NGL. Ratu Chimera Ant mencari tempat untuk melahirkan Raja Chimera Ant, Meruem. Oleh sebab itu, dia menyerang NGL dan mengubah penduduk NGL menjadi Chimera Ant.

Pada waktu yang sama, Gon dan Killua baru sahaja bertemu dengan murid Ging, iaitu Kite. Secara kebetulan, Kite juga sedang menyiasat Chimera Ant. Mereka akhirnya pergi ke NGL, tetapi Kite dibunuh oleh salah seorang Pengawal Raja Chimera Ant, iaitu Neferpitou.

Chimera Ant Arc mempunyau dua fokus utama, iaitu Gon yang cuba mengembalikan Kite dan para Hunter yang cuba memusnahkan Chimera Ant. Puncak perperangan terjadi ketika Ketua Persatuan Hunter, Isaac Netero, bertarung melawan Meruem. Di sini, Netero terpaksa mengorbankan nyawanya untuk membunuh Raja Chimera Ant.

 

4. Final War Arc

Arc perangFinal War Arc adalah salah sebuah arca dari Final Act Saga dan kemungkinan akan menjadi arc terakhir. Sebenarnya, dalam siri My Hero Academia, selalu terjadi peperangan antara pahlawan melawan penjahat atau penjahat melawan penjahat. Namun, puncak dari peperangan dalam siri ini ada pada Final War Arc.

Dalam arc perang ini, All For One yang sebelum ini dipenjarakan kembali. Dia berkongsi kekuatan dengan Tomura Shigaraki. Kedua-duanya mempunyai matlamat tujuan yang berbeza.

Setiap pahlawan berjuang bermati-matian untuk mengalahkan All For One dan Shigaraki. All Might juga kembali berhadapan dengan All For One dalam arc ini. Fokus utama arc ini adalah pertarungan sengit antara Deku dengan Shigaraki.

 

3. Thousand-Year Blood War Arc (Bleach)

84d489a8 f098 4197 9af2 1acaef7bab37Thousand-Year Blood War Arc adalah arc terakhir dalam siri Bleach yang baru dianimasikan pada tahun 2022. Selepas drama Sosuke Aizen dan Ichigo yang kehilangan kuasa berakhir, siri ini memasuki perang yang lebih besar. Di sini, para Shinigami dari Soul Society perlu menghadapi Yhwach dan pasukan Quincynya.

Perkara yang membuatkan perang ini lebih berdarah adalah kerana Yhwach dan pasukannya memiliki kuasa yang terlalu hebat. Yhwach bukan hanya boleh melihat masa depan, tetapi dia juga boleh mengubah masa depan. Kerana kuasa Yhwach dan pasukannya yang terlalu kuat, banyak Bankai yang ditunjukkan dalam arc ini.

Baca juga: 5 Anime tentang Mengasuh Kanak-Kanak, Comel dan Menghiburkan

2. Wano Arc (One Piece)

Arc perangOne Piece sebenarnya mempunyai dua arc perang yang besar iaitu Marineford Arc dan Wano Arc. Perang yang terjadi di Wano jauh lebih besar dan meninggalkan kesan.

Sewaktu di Punk Hazard, Luffy bekerja sama dengan Law untuk menumbangkan Yonko Kaido. Namun, setibanya di sana, konflik di Wano ternyata lebih rumit dari yang dibayangkan. Ditambah pula dengan Kaido yang bekerja sama dengan Big Mom, kini Luffy dan sekutunya perlu menumbangkan dua Yonko sekaligus.

Pertempuran tidak berjalan dengan mudah bagi Luffy dan rakan sekutunya. Luffy kalah ditangan Kaido berkali-kali sebelum akhirnya boleh mengalahkan Kaido. Kekalahan Kaido dan Big Mom di Wano menjadi pengakhiran era Yonko lama.

 

1. 4th Shinobi War Arc (Naruto)

0469cb14 4097 44d9 b6ed d6ce3c4d689dDari urutan pertama, tentunya ada 4th Shinobi War Arc atau yang juga dikenali dengan Perang Shinobi Keempat. Perang ini menjadi puncak kepada siri Naruto: Shippuden. Perang dimulakan ketika Obito Uchiha yang dibantu oleh Kabuto Yakushi membangkitkan kembali legenda, Madara Uchiha.

Tujuannya adalah untuk menjalankan Rancangan Mata Bulan, yang sudah dipersiapkan sejak awal Konohagakure didirikan. Demi kejayaan klan Uchiha dan menghentikan peperangan, Madara cuba menempatkan dunia dalam ilusi untuk selama-lamanya. Oleh kerana itu, kelima-lima kampung shinobi membentuk kerjasama untuk mengalahkan Madara.

Perang Shinobi Keempat menjadi pertempuran yang epik kerana ramai tokoh legenda yang dibangkitkan kembali dalam perang ini. Bukan hanya itu, banyak karakter, termasuk Naruto, juga mencapai potensi penuh dalam perang ini. Di sini, kita juga disajikan dengan kekuatan mengerikan Madara yang tidak mampu dikalahkan.

Baca juga: 5 Arc Terakhir Terbaik dan Epik dalam Anime

Mengandungi banyak momen epik, tidak menghairankan jika arc perang selalu menjadi arc paling menarik dalam anime shounen. Bukan hanya menarik kerana adegan pertarungan, tetapi arc perang juga sering menampilkan perkembangan kekuatan dan kuasa setiap karakter.

Baca lagi: 6 Villain Paling Berbahaya dalam Arc Shibuya Incident Jujutsu Kaisen