Home Artis Korea 4 Kdrama Menarik Dibintangi Lee Sae On, Bintang Baru Kian Menyinar

4 Kdrama Menarik Dibintangi Lee Sae On, Bintang Baru Kian Menyinar

0

Lee Sae On membintangi Kdrama siri bertajuk Boss Dol Mart. Dia membawa watak sebagai idola KPop yang seterusnya menjadi penjaga pasaraya yang bernama Yoon Sang Woo.

Sae On mula berkecimpung dalam dunia lakonan pada tahun 2018. Kdrama siri pertama yang dibintanginya adalah Devil Inspector 2.

Berikut ini merupakan 4 Kdrama yang dibintangi oleh Lee Sae On.

 

1. Devil Inspector 2 (2018)

4edab3c8 0271 47eb b7b0 c83335d22e44

Drama siri Devil Inspector 2 menceritakan tentang perjuangan seorang detektif polis dalam memecahkan kes dengan dibantu oleh dua orang pelajar genius. Drama ini dibintangi oleh Yoo Sun Ho, Kim Nam Joo, dan Ahn Hyung Sub sebagai pelakon utama. Sae On melakonkan watak pembantu yang bernama Lee Myung Hoon.

 

2. Genome’s Romance (2019)

Lee Sae On

Sae On menjadi cameo dalam drama siri Genome’s Romance. Dia muncul di episod satu dan tiga. Drama ini menceritakan tentang kisah cinta antara Heung Mi (Im Do Hwa) dan Wan Jun (Kang Yul). Heung Mi mengidap Anaphylaxis sehingga tidak boleh berciuman. Wan Jun mempunyai penyakit genetik yang hanya dapat sembuh ketika berada di samping Heung Mi. Mereka kemudian sepakat untuk keluar bersama hingga akhirnya benar-benar jatuh cinta.

 

 

3. Best Mistake 3 (2021)

54d211d2 2eca 405e 84a0 6862f585e855

Sae On juga muncul sebagai cameo dalam drama siri Best Mistake musim 3. Dia muncul di episod empat sebagai Woo Tae Kyung. Drama siri ini menceritakan tentang berbagai-bagai masalah yang dihadapi oleh remaja yang mula memasuki usia dewasa. Mereka akrab dengan kehidupan mahasiswa di kampus.

 

4. Boss Dol Mart (2023)

Kdrama
Boss Dol Mart menceritakan tentang lima orang anggota idola KPop yang bergabung dalam sebuah kumpulan bernama The Thunder Boys. Agensi yang menaungi mereka mengalami masalah kewangan. Dari situ mereka ditugaskan untuk menguruskan sebuah pasaraya untuk mendapatkan modal.
Boss Dol Mart dibintangi oleh Xiumin EXO, Lee Shin Young, Hyung Won MONSTA X, Choi Won Myung, Lee Sae On, dan Choi Jung Woon.

Kdrama siri ini mula ditayangkan pada 15 September 2023. Dapat ditonton melalui platform TVING dan VIKI. Sebelum menjadi pelakon, Lee Sae On dikenali sebagai calon idola KPop. Dia pernah muncul dalam program televisyen I Can See Your Voice musim 3. Selain itu, dia juga pernah menyertai program survival Produce 101 musim 2 dan survival reality show MIXNINE, namun gagal untuk melakukan debut dalam dunia nyanyian.

Lee Sae On sesuai menjadi pelakon dalam drama Boss Dol Mart kerana dia mempunyai latar belakang sebagai idola KPop. Bagaimanakah pengakhiran kisah kumpulan KPop yang menguruskan pasaraya ini? Jangan lupa saksikan drama siri ini!

Baca lagi: 5 Kdrama 2023 Hadir Dengan 2 Bahagian
Baca juga: 8 Fakta Kdrama Terbaru ‘Hong Rang’, Dibintangi Lee Jae Wook dan Jo Bo Ah