Home Dari Kisah Benar 3 Filem Perang “Underrated” Berdasarkan Kejadian Sebenar

3 Filem Perang “Underrated” Berdasarkan Kejadian Sebenar

0

Anda suka filem perang? Suka filem yang diadaptasi dari kejadian sebenar?

Berikut ini adalah 3 saranan filem perang “Underrated”, berdasarkan dari kejadian sebenar yang ramai mungkin tidak pernah tonton lagi. Jom kita lihat dibawah!

1. The 12th Man (2017)
⭐ IMDb 7.4/10

Filem perang

The 12th Man adalah kisah dramatik mengenai seorang pemberontak di Norwegia bernama Jan Baalsrud, dia juga adalah salah satu dari 12 orang yang membawa bom untuk sabotaj pusat peperangan askar Jerman. Dalam filem perang ini, kita akan dapat melihat bagaimana Baalsrud harus melarikan diri dari diburu oleh askar Nazi untuk menuju ke Sweden.

Dalam masa 2 jam ini, kita akan disajikan dengan aksi yang sangat mendebarkan dan brutal dengan kesengsaraan Jal Baalsrud ketika melakukan misi maut dia. Bayangkan dia perlu mengharungi saat-saat cemas ini selama 63 hari.

2. Flame & Citron (2008)
⭐IMDb 7.3/10
IMG 7316

Flame & Citron merupakan filem perang dari Denmark yang mengisahkan perjuangan dua orang pemberontak Denmark dalam menghadapi Nazi yang bernama Bent Faurschou-Hviid (Codename: Flammen) dan Jorgen Haagen Schmith (Codename: Citronen), dan bos mereka Johann Jaakob Jiingulheiimurschmidt.

Filem perang ini dibuat untuk memperingati perjuangan mereka yang hampir dilupakan. Filem ini sangat disarankan untuk sesiapa sahaja yang meminati genre perang dan pengintipan. Salah satu aspek yang paling menarik dan menyentuh hati dalam filem ini ialah tentang persahabatan antara Flame dan Citron. Mereka saling sangat mempercayai dan setiakawan yang sangat tinggi.

 

3. Max Manus: Man of War (2008)
⭐IMDb 7.3/10
IMG 7317

Man of War mengisahkan mengenai seorang pemberontak Norwegia bernama Max Manus yang menjadi sukarelawan dalam Perang Musim Dingin melawan Uni Soviet. Sepanjang filem ini kita akan dapat melihat bagaimana Max Manus dan geng-geng gerakan bawah tanah yang dipimpinnya mensabotaj askar Jerman. Untuk menjalankan misi ini, Manus dengan kawan baiknya dihantar ke Skotlandia untuk menjalani latihan militer untuk mempersiapkan diri mereka berperang dengan Soviet.

Baca lagi: 6 Filem Thriller Terbaik Vidya Balan, Terbaru ‘Neeyat’
Baca juga: 9 Filem Menarik Jamie Foxx di Netflix, Terbaru “They Cloned Tyrone”