Home Entertainment 12 Watak Yang Pernah Dilakonkan Oleh Yoo In Na Dalam Kdrama

12 Watak Yang Pernah Dilakonkan Oleh Yoo In Na Dalam Kdrama

0

12 watak yang dilakonkan oleh Yoo In Na di dalam drama siri, yang paling terbaru dia membawa watak sebagai seorang penulis novel dalam drama siri Bora! Deborah!

Yoo In Na telah lama berkecimpung di dalam dunia seni sebagai salah seorang pelakon wanita ternama di Korea Selatan. Lakonannya juga tidak pernah mengecewakan para penonton kerana dia telah memiliki pengalaman untuk berlakon dalam pelbagai genre dari genre romantik hingga ke genre misteri.

Pada 12 April nanti, dia bakal muncul kembali dengan watak baru dalam drama siri Bora! Deborah. Peminat-peminat setia pelakon ini pasti masih mengingati watak-watak menarik yang pernah dilakonkan oleh pelakon ini, jom kita segarkan kembali ingatan tentang watak-wataknya dalam drama siri:

Baca Lagi: 5 Watak Wanita Pembunuh Yang Hampir Sama Dengan Gil Boksoon

92156F58 422B 478B 997C B1517074F8981. Yoo In Na yang bersahabat dengan Ha Ji Won dalam Secret Garden (2010) adalah merupakan bekas atlet yang menjadi pegawai di sebuah kedai serbaneka.

68242518 EDE7 4862 B10B C3AE640CFB95

2. Dalam Birdie Buddy (2011), Yoo In Na membawa watak sebagai seorang kedi yang aktif dan ceria. Dia berkawan rapat dan baik dengan UEE.

1CE7558C 4D56 4CFA 935D 51FE6E6E59CC

3. Choi Hee Jin adalah watak yang dibawakan oleh Yoo In Na dalam Queen and I (2012) yang merupakan seorang pelakon tidak terkenal yang membintangi drama New Jang Hee Bin.

9401842C 5F1A 4020 90E5 9E07A9247A73

4. Menjadi kakak kedua IU dalam You Are The Best! (2013), Yoo In Na membawa watak sebagai Lee Yoo Shin yang merupakan seorang ketua pasukan pemasaran sebuah jenama outdoor.

5837F191 C98A 4B9A 875E B8FB51DA844D

5. Yoo In Na pada awalnya berkawan dengan Jun Ji Hyun dalam My Love From the Star (2013). Kedua-duanya mempunyai kerjaya sebagai seorang pelakon tetapi mempunyai nasib yang berbeza.

096B4234 6E25 46E0 A1AC B1527E2D5E8B

6. Sebagai pengurus dalam sebuah jabatan majlis perkahwinan di sebuah hotel, Yoo In Na dalam My Secret Hotel (2014) perlu menguruskan perkahwinan bekas suaminya!

9AFE0422 BDFF 4390 B5AC 3BF1618B7DBC

7. Yoo In Na membawa watak sebagai Go Dong Mi dalam One More Happy Ending (2016). Dia pernah menjadi bintang idol sebuah kumpulan muzik yang dinamakan Angels dan kemudiannya beralih menjadi seorang guru.

700BEE58 F195 4405 8C31 09876B054244

8. Menjadi seorang pemilik restoran, Yoo In Na dalam Guardian: The Lonely and Great God (2016) adalah jelmaan kepada adik Gong Yoo pada masa lalu.

E51F310A A306 412B AB16 6A442AA7F5BF

9. Yoo In Na dalam Touch Your Heart (2019) adalah pelakon wanita yang mempunyai gaya lakonan yang teruk yang perlu bekerja sebagai setiausaha peguam demi menjayakan wataknya.

 

9A990D4D 9591 4DC0 8B68 B82F5ECAFB45

10. Dalam cerita The Spies Who Loved Me (2020), Kang Ah Reum (Yoo In Na) merupakan seorang pereka gaun dan juga isteri kepada seorang pengintip.

E7B29354 05E5 42C4 8B36 F15FB2B753C711. Wataknya sangat misteri, Yoo In Na dalam drama siri Snowdrop (2021) pada awalnya diperkenalkan sebagai seorang doktor pakar bedah di Hankuk Medical Center.

0BBD78EE E7D0 4579 B56D 61DDA8B9BAD412. Dalam drama siri terbarunya iaitu Bora! Deborah (2023), Yoo In Na menjadi penulis novel romantik!

Jika dibandingkan antara drama siri terakhir lakonannya iaitu Snowdrop (2021), watak yang diambil oleh Yoo In Na dalam drama siri Bora! Deborah (2023) memang sangat jauh berbeza. Nantikan drama terbarunya nanti!

Baca Juga: Barisan Pelakon Kdrama Terbaru “The Good Bad Mother”