Home Movie 12 Filem Seperti John Wick, Penuh Adegan Brutal

12 Filem Seperti John Wick, Penuh Adegan Brutal

0

John Wick ialah sebuah filem thriller aksi Amerika 2014 yang diarahkan oleh Chad Stahelski dan ditulis oleh Derek Kolstad. Keanu Reeves membintangi sebagai John Wick, seorang pembunuh bayaran legenda yang keluar dari persaraan untuk membalas dendam terhadap lelaki yang membunuh anak anjingnya, hadiah terakhir daripada isterinya yang baru meninggal dunia.

Tidak dapat dinafikan bahawa John Wick merupakan salah sebuah filam aksi terbaik. Adegan-adegan aksi yang dipersembahkan oleh Keanu Reeves dan para pelakon lain menjadi salah satu daya tarikan utama untuk filem ini.

Bukan hanya John Wick, cadangan filem di bawah ini juga mengetengahkan adegan aksi yang brutal.

Jika anda adalah peminat filem John Wick pasti anda juga akan menyukai filem-filem di bawah ini.

1. Sisu (2022)

John wickDianggap seorang lelaki tua lemah, Aatami Korpi rupa-rupanya adalah seorang bekas anggota pasukan khas yang telah membunuh satu kumpulan tentera Nazi seorang diri. Kehidupan tenangnya bersama anjing dan kuda kesayangannya diganggu oleh para penjahat perang itu kerana emas yang dimilikinya.

 

2. Nobody (2021)

FilemHutch Mansell hanyalah seorang suami dan ayah yang hidupnya menjalani rutin biasa sahaja. Rutin membosankan hingga selalu dilekehkan oleh orang lain. Namun, ketika keluarganya diancam bahaya, keganasan dalam diri yang lama tertidur akhirnya hidup kembali dan mencari mangsa.

 

3. Atomic Blonde

0eebb6b0 3f87 4e63 b3cd c8594044e545Dalam Atomic Blonde, Charlize Theron membawa watak sebagai Lorraine Broughton. Dia merupakan ejen MI6 yang diberikan misi untuk mengambil senarai ejen rahsia, serta mendedahkan ejen talam dua muka semasa Perang Dingin di Berlin.

 

4. The Raid: Redemption

d7ffff70 3bcb 418e b40e f5b2524a477eIko Uwais membawa watak Rama, anggota polis yang terperangkap di sebuah bangunan yang dikuasai kumpulan penjenayah. Dalam usaha menyelamatkan keluarganya, Rama terlibat dalam banyak pertarungan menggunakan senjata dan juga seni bela diri yang brutal.

 

5. The Bourne Identity

892593ab 2ed9 4091 a1d4 7455fa50d740Jason Bourne ditemui terapung di laut dengan keadaan hilang ingatan. Ketika cuba mengembalikan ingatannya, dia mengetahui dia adalah seorang ejen kerajaan yang sedang dicari oleh kerajaan itu sendiri. Dalam The Bourne Identity, Bourne berusaha sedaya upaya untuk melarikan diri sambil merungkai misteri di sebalik identitinya.

 

 

6. The Night Comes for Us

67807eb4 b09e 45d6 9e14 ba932ab2b6b7Ito yang dilakonkan oleh Joe Taslim, bekas anggota mafia yang memutuskan untuk melindungi seorang anak gadis dalam misi pembunuhan berdarah. The Night Comes for Us menonjolkan bagaimana Ito dikejar oleh bekas rakannya, yang penuh dengan aroma balas dendam dan brutal.

 

7. Kill Bill

e6b3cd49 46ca 43c1 b08e f6ca085b44f9Siri filem Kill Bill juga menampilkan aksi brutal dalam setiap adegan yang dipaparkan. Menceritakan tentang Beatrix Kiddo, terbangun dari koma dan bersumpah melakukan balas dendam kepada kumpulan pembunuh upahan yang cuba membunuhnya.

 

8. Taken

c40bf84e 756e 41eb b6d3 c7a47bf14f2dBekas ejen CIA bernama Bryan Mills, memulakan misi peribadi untuk menyelamatkan anaknya yang diculik oleh penjenayah pemerdagangan manusia di Eropah. Pertarungan-pertarungan brutal juga turut disajikan.

 

9. Leon: The Professional

cbc4734d 72be 47f2 8022 f2036be834e7Leon, merupakan seorang pembunuh upahan yang mendapat tugas melindungi Mathilda. Dia menemani perjuangan Mathilda balas dendam atas kematian keluarganya, Leon turut mengajar seni bela diri dan seni perang kepadanya.

 

10. Peppermint

27347f13 3b3b 4408 b4b2 51f117dfe14eRiley North perlu berdepan kejadian mengerikan apabila menjadi saksi pembunuhan keluarganya oleh sindiket dadah. Selepas gagal mendapat keadilan dari sistem undang-undang yang lumpuh, Riley berubah menjadi seorang wanita besi dengan misi dendam tanpa belas kasihan.

 

11. The Equalizer

ba7e1298 69c8 4386 af2e bb43e3d9befeThe Equalizer selalu disamakan dengan filem John Wick. Mencertiakan tentang bekas ejen CIA bernama Robert McCall, yang melakukan misi balas dendam selepas orang terdekatnya menjadi mangsa jenayah.

 

12. Jack Reacher

aa597943 76e7 4bb2 a6a7 002dbebe71dcTom Cruise membawa watak sebagai Jack Reacher, seorang bekas pegawai tentera yang terlibat dalam penyiasatan pembunuhan yang melibatkan penembak tepat. Dengan kebijaksanaan dan kepakaran bertarung, perjalanan Reacher dalam membawa keadilan ke bandar yang penuh dengan politik kotor dan konspirasi dimulakan.

Buat anda yang menyukai adegan pertarungan penuh darah, filem-filem yang membawa tema sama seperti John Wick ini wajib anda tonton.

Baca lagi: Siri Fantasi Rom-Com “My Man Is Cupid” Hadir Eksklusif di Prime Video 1 Disember 2023
Baca juga: Bagaimana Kim Ji Yong Berubah Jadi Vigilante? Kerana Dendam?