Drama Korea sering dikenali dengan kisah percintaan manis serta komedi ringan yang mencuit hati. Namun, tanpa disangka, dunia drama Korea kini berevolusi sehingga mampu menyajikan tontonan yang jauh lebih tegang dan mendebarkan.
Genre thriller dan misteri perlahan-lahan mula mendominasi, menghadirkan jalan cerita gelap yang sarat tipu muslihat serta tema ajaran sesat yang mampu membuat bulu roma meremang. Drama-drama Korea sebegini lazimnya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton, hingga terus terbayang-bayang setelah episod berakhir.
Bagi penonton yang menggemari tontonan yang menguji adrenalin, minda dan ingin menyelami sisi gelap kepercayaan manusia, senarai drama Korea bertema ajaran sesat ini pastinya pilihan yang tepat.
CHILDREN OF A LESSER GOD

Mengikuti detektif Cheon Jae In (Kang Ji Hwan) dan Kim Dan (Kim Ok Bin) yang membongkar konspirasi di sebalik sebuah organisasi berpengaruh. Organisasi ini bersekongkol dengan kumpulan ajaran sesat, diterajui oleh seorang tokoh dikenali sebagai “Pastor Wang”, ketua kepada sebuah gereja songsang.
HELLBOUND

Menggambarkan dunia di mana makhluk ghaib menjatuhkan hukuman neraka kepada individu tertentu, mencetuskan kemunculan kumpulan agama baharu bernama The New Truth yang diketuai Jung Jin Soo (Yoo Ah In). Kumpulan ini memanipulasi ketakutan masyarakat untuk mengukuhkan kuasa.
HOMETOWN

Sebuah drama Korea genre thriller psikologi yang memusatkan watak detektif Choi Hyung In (Yoo Jae Myung) ketika menyiasat kes pembunuhan bersiri. Kes tersebut berkait dengan seorang pengganas dan pita rakaman misteri yang mengarah kepada sebuah kumpulan ajaran sesat.
IN THE NAME OF GOD: A HOLY BETRAYAL

Siri dokumentari yang sangat gelap dan mengerikan ini, adalah arahan June Yoon yang mendedahkan kisah benar empat ketua ajaran sesat di Korea Selatan. Mereka mendakwa diri sebagai “penyelamat” dan melakukan pelbagai kezaliman atas nama agama.
MEMORIST

Mengisahkan Dong Baek (Yoo Seung Ho), seorang detektif yang memiliki keupayaan membaca ingatan. Walaupun tidak berfokus kepada ajaran sesat secara langsung, drama Korea ini menonjolkan kegiatan jenayah terancang dan manipulasi psikologi yang lazimnya wujud dalam kumpulan ajaran sesat.
MONSTROUS

Mengikuti arkeologi Jung Ki Hoon (Koo Kyo Hwan) yang menyiasat fenomena ghaib misteri di sebuah desa. Drama Korea ini memperlihatkan bagaimana ketakutan dan kepercayaan boleh dimanipulasi sehingga mencipta suasana seperti ajaran sesat dalam keadaan kacau-bilau.
NOBODY KNOWS

Berpusat pada Cha Young Jin (Kim Seo Hyung), seorang detektif yang dihantui pembunuhan sahabatnya pada masa lalu. Drama Korea ini menelusuri sisi gelap masyarakat serta konspirasi melibatkan golongan berkuasa, sering dengan elemen yang menyerupai ajaran sesat.
REVENANT

Mengisahkan Ku San Young (Kim Tae Ri), seorang wanita yang dirasuk makhluk jahat selepas menerima barangan peninggalan ayahnya. Bersama profesor Yeom Hae Sang (Oh Jung Se), mereka membongkar kebenaran di sebalik siri kematian misteri yang berkaitan ritual kuno dan kepercayaan songsang.
SAVE ME

Mengisahkan Im Sang Mi (Seo Yea Ji) dan keluarganya yang terperangkap dalam cengkaman sebuah kumpulan ajaran sesat selepas berpindah ke Muji-gun. Drama Korea ini dianggap sebagai antara drama Korea terawal yang memaparkan isu ajaran sesat secara terang dan intens.
SELL YOUR HAUNTED HOUSE

Menampilkan Hong Ji Ah (Jang Na Ra), seorang pengusir makhluk halus yang mengendalikan agensi hartanah rumah berhantu. Drama Korea ini turut menyentuh tema gelap seperti trauma dan jenayah yang menghasilkan tenaga negatif, kadangkala berbaur elemen ajaran sesat.
THE CURSED

Mengisahkan wartawan Im Jin Hee (Uhm Ji Won) yang menyiasat kes keganasan melibatkan syarikat IT Forest. Syarikat itu rupa-rupanya menggunakan amalan sihir dan ritual yang berkaitan rapat dengan ajaran sesat.
THE GLORY

Mengisahkan Moon Dong Eun (Song Hye Kyo), mangsa buli yang bertekad membalas dendam terhadap kumpulan yang memusnahkan hidupnya. Walaupun tidak mengisahkan ajaran sesat secara langsung, drama ini memaparkan bagaimana kumpulan tertentu memanipulasi dan mencipta budaya “kumpulan berkuasa” yang menyerupai dinamika kultus.
Nota: Maksud “dinamika kultus” merujuk kepada cara sesuatu kumpulan terbentuk, beroperasi, mempengaruhi ahli, serta berkembang dari masa ke masa. Ia mengkaji pola, mekanisme, dan hubungan kuasa yang wujud dalam sesebuah kumpulan.
THE GUEST

Mengisahkan Yoon Hwa Pyung (Kim Dong Wook), seorang perantara roh yang mengetahui kewujudan iblis kuat bernama “Son”. Bersama seorang paderi Katolik dan seorang detektif wanita, mereka menghadapi kekuatan jahat berlatarkan ritual dan kepercayaan gelap yang menyerupai ajaran sesat.
THE SMILE HAS LEFT YOUR EYES

Mengisahkan Kim Moo Young (Seo In Guk), seorang lelaki misteri yang terlibat dalam rangkaian kejadian tragis. Drama ini sarat elemen psikologi dan manipulasi, dengan hubungan antara watak-watak yang kadangkala mencerminkan dinamika ajaran sesat.








