Sama ada anda peminat kisah menyayat hati, drama jenayah atau dunia remaja yang penuh emosi, senarai drama Jepun dibawah ini menawarkan pelbagai cerita yang wajar ditonton!
1. Yukai no Hi

● Platform: TV Asahi
Seorang bapa nekad menculik anak pengarah hospital bagi mendapatkan dana rawatan jantung anaknya. Drama penuh dilema moral dan keputusasaan.
2. Chihayafuru: Full Circle

● Platform: NTV
Sambungan kisah karuta dalam era Reiwa, dengan generasi baharu mewarisi semangat permainan tradisional Jepun dalam suasana moden.
Baca lagi: Ritual, Rahsia dan Romansa, 3 Drama Jepun Bertemakan Festival yang Menggugah Jiwa
3. Learning to Love

● Platform: Fuji TV
Guru wanita terperangkap antara tekanan keluarga dan cabaran di sekolah, sehingga dia bertanya, adakah dia layak untuk mencintai dan dicintai?
4. Koroshita Otto ga Kaette Kimashita

● Platform: WOWOW
Seorang wanita muda menyimpan rahsia kelam: dia pernah membunuh suaminya yang kejam. Namun suaminya “kembali” tanpa dijangka…
Baca lagi: 10 Drama Jepun Tanpa Unsur Romantik 2025, Tegang, Sarat Konflik dan Sarat Misteri
5. Nomen Kenji

● Platform: TV Tokyo
Hakim yang tenang dan tidak beremosi berhadapan kes-kes rumit dengan gaya tersendiri, digelar “Pendakwa Bertopeng Noh”.
6. Hoso Kyoku Senkyo

● Platform: NTV
Saburo dan pasukannya menyiasat ancaman baharu daripada kumpulan bersenjata, cabaran getir yang mempertaruhkan nyawa dan prinsip.
7. 19 Banme no Karte

● Platform: TBS
Dalam cabang ke-19 sistem perubatan Jepun, seorang doktor umum menempuh cabaran unik merawat pesakit dari pelbagai latar belakang.
8. That Time I Got Reincarnated as a Dogengers

● Platform: KBC TV
Dalam dunia yang nyata wujud wira dan penjahat, seorang lelaki mengalami kelahiran semula dalam suasana kacau-bilau yang luar biasa.
9. Bokutachi wa Mada Sono Hoshi no Kosoku wo Shiranai

● Platform: TVer
Sebuah sekolah elit beralih menjadi sekolah campuran demi kelangsungan, mencetuskan cabaran budaya dan perhubungan pelajar-pelajar baharu.
10. Shiawasena Kekkon

● Platform: TVer
Seorang peguam terkenal enggan bercinta kerana takut mengorbankan kerjayanya, namun segalanya berubah apabila bertemu seorang guru seni.
11. Hagure Garasu

● Platform: SKY PerfectTV
Seorang kanak-kanak lelaki terselamat daripada tragedi berdarah di Istana Takeda melibatkan 26 orang, dan berdepan trauma serta misteri yang belum terungkai.
12. Glass Heart

● Platform: Netflix
Drummer yang dikhianati sebelum debutnya direkrut ke dalam kumpulan baharu oleh komposer genius, mencetuskan harapan dan cabaran baru dalam dunia muzik.
Itulah senarai penuh 12 drama Jepun menarik 2025 yang wajar anda tonton jika anda peminat dorama, daripada kisah yang menggetarkan jiwa hingga jalan cerita yang mengusik emosi!







