Home Cdrama 12 Cdrama WeTV yang Bakal Tayang, antaranya My Girl

12 Cdrama WeTV yang Bakal Tayang, antaranya My Girl

0

WeTV telah berkongsi beberapa maklumat tentang siri original Cina yang bakal ditayangkan nanti. Walaupun belum mengumumkan jadual tayangan rasmi, Cdrama yang tersenarai di bawah ini sudah dinanti-nantikan oleh para peminat setia drama Cina.

Nampaknya ada My Girl yang merupakan remake dari drama Korea Selatan, siri hits The Legend of Shen Li, dan juga Missing You, jom lihat senarai Cdrama di bawah ini!

 

1. My Girl

CdramaDiadaptasi dari drama Korea, My Girl mengisahkan tentang hubungan antara Zhou Xiaoxi dan Xue Hengyu. Zhou Xiaoxi merupakan seorang gadis biasa yang optimis dan positif, sedangkan Xue Hengyu adalah seorang CEO yang tampan dan kaya raya.

 

2. The Last Immortal

510b045c e3b5 4a37 8dbf 821345178568Siri ini mengisahkan cerita antara Feng Yin dan Gu Jin. Kedua-duanya bertemu kerana sebuah insiden dan memulakan perjalanan untuk menemui intipati abadi Feng Yin. Perjalanan tersebut dipenuhi cabaran dan campur tangan banyak pihak.

 

3. Yong An Dream

fd1f8acb 1613 49c4 9a63 52d1ad4e9962Shen Zen ditinggalkan oleh keluarganya dengan seorang saudara lelaki yang sakit. Tidak mempunyai pilihan, Shen Zen membangunkan kedai kosmetik Chang’an. Walaupun begitu, Shen Zen masih sukar untuk menghadapi pandangan orang dan keluarganya yang selalu merendah-rendahkannya.

 

4. Sword and Fairy

68cfe3b1 94ea 4523 9a94 967e46b3597eYue Jin Zhao dan Yue Qi mengalami amnesia dan perlu mengembara untuk mencari identiti dan masa lalu mereka. Namun, Yue Qi kehilangan semua duit semamsa mereka mengembara. Mereka perlu berusaha mendapatkan duit tersebut kembali dan menyiasat tentang organisasi misteri yang beroperasi dan berselindung disebalik bayang-bayang.

Baca lagi: Kdrama Terbaru: 12 Watak Ibubapa Toksik, Buat Penonton Geram

5. Xiang Si Ling

ce259a42 c22d 4b8a 8f36 75455a6b6ea6Jun Qi Luo, anak perempuan sulung dari keluarga saudagar ini hidup dengan dua identiti. Dia mengalami kesukaran hingga dituduh sebagai pengintip. Jun Qi Luo membawa ayahnya yang sudah lanjut usia dan dua adik perempuannya sewaktu dia berjuang membangunkan kembali perniagaan keluarga.

 

6. The Legend of Shen Li

1fb68333 da65 40cd 8d35 daae9f230c54

Para dewa kuno musnah dan yang tinggal hanya satu dewa, Xing Zhi. Khabar angin mengatakan dewa tersebut telah hidup sendirian selama puluhan ribu tahun. Shen Li yang yang lahir sebagai ratu penuh dengan masa depan yang cerah. Namun, detik sambutan ulang tahunnya telah mengubah segalanya.

 

7. As Beautiful As You

bc544b0a 8f31 48a5 9f12 75a8b26479c4Ji Xing memutuskan untuk mengundurkan diri untuk memulakan perniagaan. Semasa sudah tidak ada lagi harapan, Ji Xing mendapat sokongan dari Han Ting, presiden teknologi Dongyang. Kedua-duanya bekerjasama hingga mula tertarik antara satu sama lain.

 

8. Amidst A Snowtorm of Love

7f35a9cc 6369 4cfb a957 d01656c0b7dd
Yin Guo, seorang pemain billiard profesional, tinggal di New York selama beberapa bulan untuk pertandingan. Secara kebetulan, dia bertemu Lin Yi Yang. Dia menyedari bahawa Lin Yi Yang orang yang sangat berbakat. Untuk masa depan mereka, Yi Yang cuba kembali bermain billiard.

 

9. Missing You

3e958e06 95d7 466c 9f08 92538f4e1522Seorang pelajar yang bernama Gu Sheng mempunyai identiti lain iaitu Sheng Sheng Man. Dia memasang impian untuk berkolaborasi dengan Qing Qing Ci, pengisi suara hebat yang diminatinya. Kedua-duanya secara tidak sengaja bertemu, dan Gu Sheng menyedari suara tersebut adalah milik dubber yang diminatinya.

 

10. Love Has Fireworks

f9d67e26 6525 4040 8460 23cc0a665c0fQian Fei merupakan seorang pegawai bank pelaburan yang sedang rancak merancang masa depan indah dengan tunangnya, Wang Ruo Hai. Sayangnya, tunang kesayangan meninggalkannya. Li Yi Fei fokus dengan kerjaya dan tidak menganggap cinta itu penting. Kedua-duanya bertemu dengan pendapat tentang cinta yang berbeza.

 

11. Battle Through The Heaven

392766dd b900 4f8d a973 3f45b07151a5Mengisahkan tentang Xiao Yan. Ayahnya ditawan setelah menyelesaikan janji 3 tahun dengan Nalan Yanran. Demi mengembalikan kejayaan keluarganya, Xiao Yan kembali ke Akademi Jianan dan berdepan dengan masa lalunya.

 

12. Wonderland of Love

d2e5c280 6d8d 4399 9419 81cb5f4ebd9fMenceritakan tentang Li Ni, seorang cucu maharaja yang menjaga sempadan dan menyelesaikan pemberontakan. Walau begitu, Li Ni tidak pernah disayangi oleh ayahnya. Selama dia bersama tentera melawan pemberontak, Li Ni bertemu Cui Lin yang sangat bercita-cita tinggi. Persaingan mereka lama kelamaan membawa kedua-duanya untuk saling jatuh cinta.

Anda peminat Cdrama? Dari 12 siri yang akan ditayangkan di WeTV ini, Cdrama yang manakah paling anda nantikan?

 

Baca juga: Kdrama Oktober 2023: 17 Artis Korea Ini Bakal Menemui Anda, Ada Kim Young Kwan