Home Movie 11 Filem Komedi Thailand untuk Hilangkan Penat, Mencuit Hati

11 Filem Komedi Thailand untuk Hilangkan Penat, Mencuit Hati

0

Sedang penat dan merasa lelah dengan rutin harian? Apa kata anda berehat sebentar sambil menonton filem komedi Thailand supaya boleh bersantai dan menghiburkan hati. Ada banyak filem Thailand yang boleh anda tonton.

Ditampilkan dengan komedi segar dan cerita yang ringan, filem komedi Thailand berikut ini pasti serba sedikit boleh menghilangkan kepenatan anda. Makin menarik bila anda boleh menonton filem-filem di hujung minggu bersama keluarga.

 

Filem komedi Thailand

1. Perjuangan mencari cinta sejati Phop diwarnai dengan pelbagai adegan lucu. Jangan lupa menonton Love Destiny: The Movie (2022)

 

 

2. The Lost Lotteries (2022) adalah filem komedi Thailand yang menarik, tentang misi mendapatkan kembali tiket loteri

 

 

3. Bagaimanakah perjalanan dan pengembaraan Bua dalam melindungi harta kampung? Saksikan Bua Pun: Beauty and The Blade (2023)

 

 

IMG 1866

4. Filem komedi Thailand yang diinspirasikan dari kisah benar mengisahkan tentang kelicikan remaja sekolah menggunakan akal fikiran untuk penipuan dan meneruskan hidup. Tonton kisah menarik ini dalam Bad Genius (2017)

 

 

5. Para peminat Crazy Little Thing Called Love wajib menonton AI Love You (2022), filem yang menampilkan Mario Maurer dan Baifern Pimchanok

 

 

6. Friend Zone (2019) adalah filem komedi Thailand yang tidak kurang hebatnya. Dilema dalam memilih antara cinta atau persahabatan

 

 

IMG 1868

7. The Con-Heartist (2020) menampilkan cerita komedi romantik yang pasti mencuit hati. Kisah tentang misi membalas dendam terhadap bekas kekasih. Wajib tonton!

 

 

8. Jom belajar tentang kehidupan rumah tangga melalui filem komedi Thailand Fast and Feel Love (2022)! Penuh adegan komedi mencuit hati

 

 

9. Cuties and The Fake (2019) adalah filem komedi Thailand tentang gadis yang menjadi pengganti seseorang. Sudah menonton?

 

 

10. My God Father! (2020) tentang cinta tiga segi yang pelik dan juga kelakar. Filem komedi yang harus ada dalam senarai tontonan anda!

 

 

11. Suddenly Twenty (2020) merupakan filem komedi dengan jalan cerita yang sangat menarik. Nenek 70-an tiba-tiba kembali ke zaman usianya 20 tahun

 

Filem komedi Thailand yang tersenarai di atas memang sesuai untuk anda para peminat filem komedi. Pasti anda akan merasa lebih santai selepas menonton filem-filem ini.

Baca lagi: 15 Filem Seram Thailand Terbaik Yang Menakutkan
Baca juga: Khong Khaek: The Djinn’s Curse, 7 Fakta Menarik Filem Seram Islamik Pertama Thailand