Filem yang bertemakan survival sentiasa mendapat perhatian. Terasa tegang bila menonton genre ini. Inilah yang menjadikan filem tentang terkandas di pulau dan tempat asing sering berjaya di pasaran.
Berada di pulau dan tempat asing tanpa penduduk, setiap watak cuba hidup dengan pelbagai cara, malah memilih kaedah yang mungkin terdengar kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Cerita sebegini ternyata memberikan sensasi yang unik kepada para penonton. Selain membuatkan anda merasa tegang, pengakhiran cerita ini juga membuatkan anda tertanya-tanya.
Mari sama-sama kita lihat senarai filem tentang terkandas di pulau dan tempat asing seperti di bawah ini.
1. Life of Pi (2012) ialah sebuah filem bertemakan survival yang penuh dengan inspirasi. Pemandangan indah menenani setiap debaran yang berdetak di jantung penonton
2. Saksikan betapa kecewanya Kim Seong Geun apabila dia terkandas di sebuah pulau. Castaway on the Moon (2009) ialah sebuah filem Korea yang wajib ditonton
3. Filem seterusnya tentang terkandas di sebuah pulau berjudul The Blue Lagoon (1980). Filem ini menggabungkan genre survival dan juga romantik
4. 127 Hours (2010) ialah sebuah filem tentang terkandas di celahan gaung yang mengerikan, filem ini adalah berdasarkan kisah benar. Seorang pendaki gunung yang hilang secara misteri
5. In the Heart of the Sea (2015) mengisahkan tentang pelayar yang memburu ikan paus. Suatu hari dia terdampar di sebuah pulau terpencil. Bagaimanakah kesudahannya?
6. Pulau Nim (2005) ialah sebuah filem tentang terdampar di pulau yang dibalut dengan cerita fantasi. Nim mencari ibu yang diheret ke dasar laut
7. The Shallows (2016) mempersembahkan sebuah kisah yang penuh saspens. Seorang peluncur tersangkut di terumbu batu yang besar di pantai dan terpaksa melawan serangan jerung
8. Swiss Army Man (2016) dibintangi oleh Daniel Radcliffe. Dia berjaya menunjukkan lakonannya sebagai seorang yang terkandas yang hampir putus asa
9. Bukan sebuah filem tentang terkandas di pulau yang biasa-biasa, Sweetheart (2019) dipenuhi dengan ketegangan dan seram. Terdapat makhluk amfibia yang pelik!
10. Cast Away (2000) ialah tentang nahas kapal terbang di sebuah pulau tidak berpenghuni. Chuck bertahan selama 4 tahun di pulau itu. Jadi, apakah nasibnya?
11. Berkonsepkan animasi, filem terakhir tentang terkandas di pulau ini berjudul Red Turtle (2016). Cuba tonton ya!
11 filem tentang terkandas di pulau dan tempat asing ini adalah tontonan yang sesuai untuk menemani hujung minggu anda. Ketegangan dalam filem-filem ini boleh memberi kesan yang baik kepada badan kerana ia boleh bertindak sebagai salah satu cara melepaskan tekanan. Anda pasti akan berasa lega selepas menontonnya. Daripada 11 filem di atas, anda paling berminat untuk menonton filem mana?