Home Entertainment 11 Fakta Yoon Na Yeon, Wanita Red Flag Dalam “Destined With You”,...

11 Fakta Yoon Na Yeon, Wanita Red Flag Dalam “Destined With You”, Buat Hati Penonton Panas

0

Dari awal kemunculannya dalam Kdrama siri Destined With You (2023), watak Yoon Na Yeon (Yura Girl’s Day) berjaya membuat penonton mengetap bibir.

Dalam Destined With You, Yoon Na Yeon sangat memanipulatif terhadap Jang Shin Yu (Rowoon SF9) dengan perangainya yang suka mencari perhatian. Dia juga melakukan perbuatan buruk kepada Lee Hong Jo (Jo Bo Ah) pada masa lalu.

Di episod 6 Destined With You, penonton semakin yakin bahawa Yoon Na Yeon adalah seorang wanita red flag. Jom lihat tanda-tanda red flag yang ditunjukkan oleh watak ini!

 

ccd0a0ae 3da7 4787 8f76 fc4912673b7f
1. Yoon Na Yeon sering memaksa Shin Yu menurut kehendaknya, padahal dia tahu lelaki tersebut tidak selesa dengan pendekatannya yang agresif

 

cb6b8e8d 9fa4 4a59 a020 d007cbe9126c
2. Na Yeon juga selalu sagat berbohong demi mencapai apa yang diinginkannya

 

3e35db30 d849 4656 9709 a3dcdb7c8017
3. Na Yeon dan Hong Jo ternyata mempunyai sejarah yang tidak baik pada masa lalu. Dia pernah menuduh Hong Jo merampas teman lelakinya tanpa bukti yang kukuh

 

3a2c7773 a78a 41e3 b915 e34b4a5214af
4. Dia juga tanpa segan silu melakukan kejahatan dan membuli Hong Jo hingga membuatkannya tidak tahan dan memutuskan untuk keluar dari sekolahnya

 

aaa26b10 03ab 4b5d a120 d206f53b803c
5. Melihat Shin Yu yang mula menjauh, berbagai-bagai perkara jelik dilakukan Na Yeon termasuk melamar Shin Yu dahulu

 

82637f4a f39d 418d 84e7 393b7355bcb3
6. Dia juga sengaja berpindah tempat kerja ke Pejabat Kota Onju tempat Shin Yu bekerja sebagai peguam

 

cee61c15 b427 40f8 9c76 b9a0c8aaef12
7. Berniat untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai kekasih hati Shin Yu, Na Yeon sengaja mempamerkan kemesraan di depan semua kaki tangan pejabatnya

 

e1e2071e 31e6 4aa2 8e22 4570bad714c5
8. Dia juga tidak lupa dan tidak malu untuk meletakkan label sebagai anak datuk bandar supaya kedudukannya sebagai kekasih Shin Yu semakin kukuh

 

e83b17e1 723d 4a29 9d68 128736fa687b
9. Na Yeon yang melihat Hong Jo dekat dengan Shin Yu sanggup mengupah orang untuk mengintip Hong Jo

 

9fff5ffc 9397 4da9 a86d 91e137c6315f
10. Berasa sakit hati, Na Yeon terus menyerang Hong Jo dan secara kasar menampar wajahnya

 

Destined with you
11. Red flag paling parah adalah sebenarnya Na Yeon yang berlaku curang dengan Lee Hyun Seo (Kim Kwon)

Watak Na Yeon ini memang berjaya membuatkan penonton panas hati, tambahan pula apabila setelah dia diketahui telah berlaku curang. Sebenarnya apakah tujuan Na Yeon bermati-matian menjadikan Shin Yu sebagai bakal suaminya? Nantikan episod Destined With You seterusnya untuk mendapatkan jawapannya ya.

Baca lagi: 5 Watak Paling Mencurigakan Dalam Destined With You, Siapa Villain Utama?
Baca juga: Destined With You, Misteri Sumpahan Yang Mengikat Rowoon