Management Soop merupakan salah sebuah agensi hiburan Korea Selatan yang telah ditubuhkan sejak tahun 2011. Ramai pelakon terkenal yang berada di bawah naungan agensi ini. Mereka adalah Gong Yoo, Gong Hyo Jin, Bae Suzy, Nam Joo Hyuk, dan ramai lagi.
Dikenali sebagai agensi bagi para bintang berbakat besar, ramai artis naungan Management Soop muncul di layar televisyen tahun ini dengan membintangi berbagai-bagai drama siri.
Menarik untuk ditonton, berikut ini adalah 11 buah drama Korea yang dibintangi oleh artis Management Soop.
1. Merupakan pelakon wanita senior, Jeon Do Yeon menjadi pelakon utama drama Crash Course in Romance yang tayang pada awal tahun ini
2. Lee Chun Hee mengambil bahagian dalam drama Pale Moon dengan membawa watak sebagai bekas suami dari Yoo Sun yang merupakan seorang pakar dermatologi
3. The Interest of Love merupakan drama yang menggabungkan genre romantik dan melodrama. Jung Ga Ram tampil sebagai pelakon utama
4. Bae Suzy berjaya membuatkan para penonton mengimbau nostalgia melalui wataknya sebagai seorang bintang idol yang sedang mengalami krisis dalam drama Doona!
5. Our Blooming Youth merupakan drama sageuk pertama yang dibintangi oleh Jeon So Nee. Dalam drama ini, dia bergandingan dengan Park Hyung Sik
6. Selepas IZ*ONE dibubarkan, Kim Min Ju memutuskan untuk fokus berlakon dan membintangi drama sageuk bertajuk The Forbidden Marriage
7. High Cookie menceritakan tentang biskut yang mampu menunaikan impian seseorang hanya dengan satu gigitan. Drama ini dibintangi oleh Nam Ji Hyun
8. Jeon Hye Jin merupakan pelakon drama Agency yang mengangkat kisah wanita pertama yang memegang jawatan tertinggi di syarikat iklan Korea Selatan
9. Walaupun kini sedang menjalani latihan wajib ketenteraan, drama terbaru Nam Joo hyuk, Vigilante, tetap mendapat sambutan dan baru sahaja melabuhkan tirai pada akhir November lalu
10. Mengusung tema penjelajahan waktu, The Story of Park’s Marriage Contract yang sedang ditayangkan di MBC menampilkan Park Yeon Woo sebagai salah seorang pelakon
11. Kim Jae Wook baru sahaja kembali ke layar televisyen dengan membintangi drama terbaru, Death’s Game. Kali ini dia membawa watak sebagai pelukis misteri
Di antara drama-drama di atas, ada beberapa buah drama korea yang masih ditayangkan! Selalu menampilkan lakonan yang memukau membuatkan drama yang dibintangi oleh mereka wajib anda tonton!