Home Kdrama/Kmovie 10 Watak Pelajar Samseng di Sekolah dalam Kdrama

10 Watak Pelajar Samseng di Sekolah dalam Kdrama

0

Sepanjang bulan Disember 2023 ini, ada beberapa buah drama siri yang menampilkan kehidupan para pelajar sekolah. Salah satu watak yang sering muncul dalam Kdrama tentang sekolah adalah watak pelajar samseng atau pembuli. Watak mereka memang selalu membuatkan penonton dihambat emosi amarah. Mereka juga sering mendapat balasan setimpal atas perbuatan mereka di pengakhiran cerita.

Contohnya adalah watak Ko Kyung Jun (Cha Woo Min) sebagai pelajar samseng dari drama Night Has Come. Dia selalu menggunakan kata-kata kesat dan kasar hingga melakukan kekerasan fizikal pada kawan-kawannya. Dia juga sanggup mengkhianati kawan-kawan yang rapat dengannya.

Perangai jahatnya itu membuatkan dia mendapat gelaran ‘samseng’ dari para penonton. Begitu juga dengan watak-watak lain yang merupakan pelajar samseng sekolah dalam Kdrama.

Sepuluh watak pelajar samseng sekolah dalam Kdrama ini memang menyakitkan hati, sikap negatif yang tidak perlu diikuti!

 

Pelajar samseng1. Handal bertarung, Jung Gyeong Tae (Lee Si Woo) membuli dan mengganas di sekolah barunya selepas ingatannya kembali dalam drama Boyhood (2023)

 

 

Pelajar samseng2. Sering membuli, Ko Kyung Jun (Cha Woo Min) selalu menggunakan kekerasan untuk menekan dan menakutkan kawan-kawannya dalam Kdrama Night Has Come (2023)

 

 

23af05ee 8128 4b86 aaea 7d78be0874b53. Sama juga dengan Kwon Il Ha (Kim Su Gyeom) yang kerap menggunakan kekerasan pada kawab yang tidak disukainya dalam Duty After School (2023)

 

 

b728d456 c60f 4c8c bc50 7d2dd01f75b54. Tidak berubah jadi zombie selepas digigit, Yoon Gwi Nam (Yoo In Soo) jadi semakin jahat dan tidak mempedulikan kawan-kawannya dalam All of Us Are Dead (2022)

 

 

de2e7494 dfd0 4101 9618 a3308d0559545. Walau dilahirkan dari keluarga kaya raya, Park Seung Tae (Choi Hyun Wook) tetap menjadi samseng sekolah dengan melakukan buli yang ganas dalam Taxi Driver (2021)

 

 

2bd95a04 becb 4718 9fc0 f5ca9c1ddd366. Kurang mendapat kasih sayang dari keluarga, Shin Hyeok U (Jung Won Chang) jadi pembuli untuk mencari perhatian dalam The Uncanny Counter (2020)

 

 

802e5375 23fc 4a9d 81b2 30fb7d15a6c3

7. Walau sudah dapat pembalasan atas tindakannya, Sa Jung Kyung (Jin Ho Eun) masih menjadi samseng sekolah dalam drama Revenge of Others (2022)

 

 

427a5ad6 8fc6 4724 9385 58a1a060a8638. Jadi kaki buli, Young Bin (Kim Su Gyeom) juga rapat dengan samseng dan geng besar yang boleh membuat apa-apa sahaja demi duit dalam Weak Hero Class 1 (2022)

 

 

c9ed65a4 93dc 470d 9170 e74bb7fb12549. Seterusnya adalah Oh Jung Ho (Kwak Jung Wook) yang menjadi pembuli dalam School 2013 (2013). Bahkan, dia juga berani untuk melawan gurunya

 

 

5e23d150 830d 4b5b 8d92 d8ebba79ec40

10. Bukan hanya membuli, Ko Bok Dong (Ji Soo) juga berkawan rapat dengan samseng dari geng besar sehingga ditakuti kawan-kawannya dalam Angry Mom (2015)

Kelakuan watak-watak pelajar samseng sekolah dalam Kdrama ini memang membuatkan kawan-kawan merasa tidak selesa untuk pergi ke sekolah. Mereka sering membuli sehingga digelar sebagai samseng sekolah. Jangan tiru perangai buruk mereka!

Baca lagi: Gyeongseong Creature Part 1: 4 Sisi Buruk Watak Wi Ha Joon Yang Mengecewakan
Baca juga: 6 Kisah Mangsa Buli dalam Drama Korea Baru 2023, Seksaan Menyakitkan