Home Entertainment 10 Watak Baik Terpaksa Berlaku Kejam Dalam Kdrama

10 Watak Baik Terpaksa Berlaku Kejam Dalam Kdrama

0

Watak-watak baik dalam drama Korea Selatan biasanya digambarkan baik hati dan memiliki jalan kehidupan yang lurus. Jangan terkejut ya, ada kalanya, mereka juga terpaksa berakhir bertindak dengan sangat kejam kerana alasan-alasan tertentu.

Sepanjang tempoh awal tahun 2023, terdapat beberapa watak protagonis (baik) dalam pelbagai Kdrama yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Sebilangan mereka bertindak kejam kerana balas dendam hingga terpaksa oleh sebab situasi yang mendesak.

Baca Lagi: Park Hae Jin Park Sung Woong dan Lim Ji Yeon Membintangi Drama Jenayah Thriler Terbaru

Berikut merupakan sepuluh watak protagonis dalam drama siri Korea terbaru yang bertindak melakukan kekejaman!

 

0B90DE85 7BEA 446C 8F6B 21DB698FECE6

1. Demi melindungi anak perempuannya, Ha Do Yeong (Jung Sung Il) dalam The Glory Part 2 menolak Jeon Jae Jun (Park Sung Hoon) ke dalam kolam simen hingga terbunuh!

 

EBFA548E CFEB 4DC0 8199 A36C4A3687C12. Moon Dong Eun (Song Hye Kyo) dalam drama siri yang sama (The Glory Part 2) memanipulasi dan mereka cerita untuk tujuan menghasut musuh-musuh yang telah menyakitinya supaya saling menghancurkan satu sama lain.

 

8EB3E8E9 0063 4252 AFC7 33D85B311F083. Pernah dipengaruhi oleh darah iblis di tubuhnya, Van (Kim Nam Gil) dalam drama siri Island pernah membunuh manusia, termasuklah buah hatinya sendiri.

 

2A89B7B5 A8B2 4EEE 8A1A D59DBA59DFD64. Pastor Johan (Cha Eun Woo) dalam drama siri yang sama (Island), akhirnya membunuh saudara kandungnya yang telah bertukar menjadi iblis durjana.

 

4F5FE114 B133 4665 9DB5 E30BD67724E85. Kang Hyeon Nam (Yeom Hye Ran) sanggup memastikan suaminya yang sering menderanya mati dalam satu kecelakaan dalam The Glory Part 2.

 

4B2B070E 396A 4566 AA0B EF3462B8D2086. Kim Do Ki (Lee Je Hoon) dalam Taxi Driver 2 beberapa kali bertindak kejam tetapi tidaklah sampai membunuh, tujuannya adalah untuk menghukum semua penjahat yang melakukan jenayah dan menganiaya orang lain.

 

1FBC396F 14CA 4EE4 9BCA F3373C6B981C7. Shim Woo Joo (Lee Sung Kyung) nekad mahu membalas dendam terhadap perampas ayahnya dengan mendekati saudara tirinya dalam Call It Love.

 

752E165E 9269 4724 AFAB CCB481E5BC9E8. Yeo Mi Ran (Kim Ok Vin) dalam siri Love to Hate You sanggup bertukar pasangan dan mengenakan tindakan kejam kepada lelaki toksik demi untuk membela nasib wanita.

 

978C61B7 267B 4930 A41A 5B0EBDFDF2109. Akibat sakit hati kepada sahabatnya, Jo Eun Kang (Seo Ji Hye) nekad untuk merebut suami sahabatnya itu dalam Red Balloon.

 

9D188CFA D67E 4D48 8436 EE6AFE1F063110. Kim Gyeong Ran (Ahn So Yo) yang menjadi mangsa buli dalam The Glory Part 2 akhirnya membunuh salah seorang pembulinya kerana terdesak!

Semua sepuluh karakter di atas pada awalnya merupakan watak protagonis yang lurus dan mulus sahaja. Namun, oleh kerana sering dikhianati dan disakiti oleh orang lain, mereka sanggup bertindak kejam untuk membela diri ataupun melindungi seseorang yang berharga buat mereka!

Baca Juga: 12 Karakter Yang Salah Faham Dengan Keluarga Sendiri Dalam Kdrama