Home Entertainment 10 Pelakon Muda Korea Bersinar Pada 2023

10 Pelakon Muda Korea Bersinar Pada 2023

0

Pada tahun 2023 kita menyaksikan ramai pelakon baru di pentas Kdrama, nampaknya penampilan para pelakon muda Korea Selatan sangat mendominasi sejak tahun lalu. Ramai juga netizen yang sudah menjangkakan beberapa pelakon muda baru ini akan dan tetap bersinar pada tahun ini.

Kebelakangan ini, Ryeoun berjaya mencuri tumpuan melalui wataknya sebagai Kang San, yang sangat berkarisma, dan juga mahir dalam seni bela diri dalam drama siri The Secret Romantic Guesthouse. Ryeoun merupakan salah seorang calon pelakon muda yang akan bersinar pada tahun ini.

Baca Lagi: 12 Karakter Yang Salah Faham Dengan Keluarga Sendiri Dalam Kdrama

Selain Ryeoun, berikut merupakan senarai pelakon muda yang dijangkakan bakal bersinar pada tahun 2023. Jom kita lihat:

A47D42BE 51DB 47EA 9690 5E54E1CB1F751. Choi Hyun Wook mendapat pujian melalui lakonannya dalam drama siri Twenty-Five, Twenty-One hinggalah Weak Class Hero 1. Dia akan muncul lagi dalam D.P. 2 bergandingan dengan Jung Hae In.

B6F2CBB1 6D81 446F 82D4 57F8821D59D92. Setelah membintangi 3 buah drama siri pada tahun 2022 yang lalu, Na In Woo akan muncul lagi melalui drama siri I’ve Been Waiting For You For a Long Time pada 2023 ini.

C71A11E0 4927 41AA B94C E1B3E235DE3F3. Hasil lakonannya yang sangat berkesan dalam drama siri Little Woman, nama Kang Hoon begitu meledak dan menjadi perhatian ramai. Pada tahun ini, dia membintangi drama siri Into Your Time dan juga The Secret Romantic Guesthouse.

3EACDC7D 5E38 4FAB 8D19 9D06FEB774724. Ryeoun yang membintangi drama siri The Secret Romantic Guesthouse bersama Kang Hoon juga akan berlakon dalam drama siri terbaru Sparkling Watermelon pada 2023 ini.

8B648CE3 6F00 4EBF 8A07 92D8B2199F9E5. Populariti Kim Young Dae mancanak naik sejak dia membintangi drama siri The Penthouse. Tahun ini juga dia diberi peluang untuk berlakon dalam drama siri saeguk iaitu Forbidden Marriage.

7273FDD3 F51E 41E9 A272 E79CCF1102086. Setelah berjaya dengan filem 20th Century Girl, Byeon Woo Seok akan kembali menunjukkan bakat hebatnya dalam drama siri Strong Girl Nam Soon. Filem terbarunya iaitu Soulmate kini sedang ditayangkan di pawagam!

B87E3B67 CE71 41AE A95D 7923BFEB98807. Pada tahun 2022, Bae In Hyuk telah membintangi 3 buah drama siri, termasuklah Under the Queen’s Umbrella. Namanya disebut akan semakin berainar pada tahun ini.

D01E4F35 47FB 4D6F A68F F85F1A01B3A78. Berjaya mencuri perhatian pada musim pertama, Park Solomon akan kembali dengan All of Us Are Dead musim kedua pada tahun 2023 ini. Nantikan, ya!

C5C7B199 CD55 4693 BEE1 CD1CE9FD79B59. Kejayaannya dalam drama siri Business Proposal, telah mengangkat nama Kim Min Kyu kini menjadi semakin dikenali dan popular. Pada tahun 2023, dia baru sahaja muncul dengan bergaya dalam drama siri The Heavenly Idol.

D03C27C3 1093 4AF6 9772 8056CC24916310. Selain Bae In Hyuk, Moon Sang Min juga mempunyai watak penting dalam drama siri Under the Queen’s Umbrella. Pada tahun 2023, dia akan kembali membintangi drama siri terbaru iaitu Duty After School.

Setelah mencuri perhatian para peminat Kdrama pada tahun 2022 yang lalu, tentu sahaja nama-nama di atas sudah tidak asing lagi buat kita semua, lihat sahaja Kang Hoon dan Byeon Woo Seok banjir dengan tawaran lakonan pada 2023!

Baca Juga: 10 Watak Baik Terpaksa Berlaku Kejam Dalam Kdrama