Home Filem/Drama Barat 10 Siri Netflix ini Pernah Memenangi Golden Globe, Jalan Cerita Luar Biasa

10 Siri Netflix ini Pernah Memenangi Golden Globe, Jalan Cerita Luar Biasa

0

Siri Netflix telah mendapat kejayaan tertinggi dalam dunia hiburan dengan meraih beberapa anugerah berbrestij, termasuk Golden Globe Awards. Kejayaan tersebut bukan hanya mencerminkan sambutan besar untuk streaming platform ini dalam menyajikan cerita-cerita berkualiti, tetapi juga menunjukkan dominasi Netflix di pentas hiburan global.

Berikut dibawah ini adalah sepuluh pilihan siri Netflix yang telah memenangi Golden Globe Awards.

1. BEEF (2023)

80b07ef5 80ca 4f05 b644 cde3ad6feac8Siri Netflix dark comedy ini menceritakan tentang dua orang yang tidak mengenali antara satu sama lain, Danny Cho (Steve Yeun) dan Amy Lau (Ali Wong). Mereka terlibat sebuah insiden berlawan mulut di jalanan. Permusuhan yang semakin menegangkan ini akhirnya merungkai kisah kehidupan dan mewujudkan hasrat paling gelap mereka.

Dari tiga pencalonan Golden Globe Awards tahun ini, BEEF memenangi semuanya. Steve Yeun dan Ali Wong masing-masing meraih trofi untuk Pelakon LelKi dan Pelakon Wanita Terbaik Mini siri. BEEF juga mendapat trofi Mini Siri Terbaik.

 

2. The Crown (2016—2023)

116473fa 3b17 47b5 97b4 2b50bc9faa71The Crown merupakan siri drama sejarah yang mengisahkan tentang kehidupan Ratu Elizabeth II dari England sejak perkahwinannya pada 1947 hingga abad ke-21. Siri ini menyoroti peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah moden British dan perjuangan peribadi Ratu Elizabeth dalam menjalankan tanggung jawabnya sebagai ketua negara.

Setiap musim fokus pada zaman tertentu dalam pemerintahan Ratu Elizabeth dan menekankan tentang hubungan peribadinya dengan anggota keluarga istana serta tokoh-tokoh politik terkenal.

Sepanjang 6 musim, The Crown mendapat 23 pencalonan dan memenangi 8 anugerah. The Crown memenangi Siri Drama Terbaik di Golden Globe Awards 2017 dan 2021. Claire Foy dan Olivia Colman sebagai Ratu Elizabeth pada era berbeza serta Emma Corrin sebagai Puteri Diana meraih trofi untuk Pelakon Wanita Terbaik Siri—Drama masing-masing pada 2017, 2020, dan 2021.

Josh O’Connor memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Siri—Drama pada 2021. Gillian Anderson dan Elizabeth Debicki mendapat anugerah Pelakon Wanita Pembantu Terbaik pada 2021 dan 2024.

 

3. House of Cards (2013—2018)

37700d23 92de 4576 bd05 9abae8e0aaa3Siri drama politik ini menceritakan tentang Frank Underwood (Kevin Spacey), seorang ahli politik licik yang berusaha untuk meraih kuasa politik di Washington, D.C. Siri ini mengeksplorasi perbalahan politik, manipulasi, dan rasuah Frank dalam usaha untuk mencapai tujuannya.

House of Cards juga menyoroti kehidupan peribadi Frank dan isterinya, Claire Underwood (Robin Wright), serta ramai lagi tokoh politik lain. Robin Wright membawa pulang anugerah Golden Globe 2014 untuk Pelakon Wanita Terbaik Siri—Drama. Setahun kemudian, Kevin Spacey menang untuk Pelakon Lelaki Terbaik Siri—Drama.

 

4. Ozark (2017—2022)

e16e14b7 8ed0 426c af03 4b5a56632e85Ozark merupakan siri Netflix jenayah yang berpusat pada keluarga Byrde. Ketika suami dan isteri, Marty dan Wendy Byrde, terlibat dalam sindiket menggubal wang haram untuk kartel dadah, mereka dipaksa untuk berpindah ke daerah terpencil yang gelap di Ozarks, Missouri. Di sana, mereka terlibat dalam dunia jenayah yang semakin rumit dan berbahaya.

Siri ini menyoroti usaha keluarga Byrde untuk bertahan hidup dan melindungi keluarga mereka sambil menjalankan operasi menggubal wang haram yang berisiko tinggi. Ozark memenangi Golden Globe 2023 untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Siri yang diraih oleh Julia Garner.

 

5. Bodyguard (2018)

1b1cf8aa 6099 4e1a aaf6 dc8d3eddf1e3Siri drama thriller ini mengikuti kehidupan David Budd (Richard Madden), seorang veteran perang yang bekerja sebagai pengawal peribadi untuk seorang ahli politik berkuasa di Britain. David menghadapi berbagai-bagai ancaman penghanas dan konspirasi politik yang mengancam keamanan negara dan kehidupannya.

Siri Netflix ini menampilkan ketegangan yang tinggi dan plot yang rumit dengan fokus pada hubungan antara David dan ahli politik yang dilindunginya. Richard Madden berjaya memenangi anugerah Golden Globe Awards 2019 untuk Pelakon Lelaki Terbaik Siri—Drama.

 

6. Dahmer — Monster: The Jeffrey Dahmer Story (2022)

9009aac3 9a2f 4aaa a45f 9008de689a8cSiri Netflix jenayah ini adalah berdasarkan pada kehidupan dan kejahatan Jeffrey Dahmer, salah seorang pembunuh bersiri paling terkenal di Amerika Syarikat. Siri ini menyoroti latar belakang, perjalanan, dan tindakan jenayah Dahmer. Terdapat juga kisah penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menangkapnya.

Dahmer — Monster: The Jeffrey Dahmer Story menggali aspek psikologikal dan sosial dari kejahatan yang dilakukan oleh Dahmer. Evan Peters yang membawa watak Dahmer mendapat anugerah Golden Globe Awards 2023 untuk Pelakon Lelaki Mini siri Terbaik.

 

7. Master of None (2015—2021)

eb1d60c6 fcc7 4071 a94b a95da8085d44Siri drama komedi ini dihasilkan dan dibintangi oleh Aziz Ansari. Cerita ini mengikuti kehidupan seharian Dev, seorang pelakon lelaki yang berusaha mencari erti dalam kehidupan dan kerjayanya di New York.

Siri Netflix ini mengeksplorasi berbagai-bagai tema, seperti hubungan, keluarga, persahabatan, dan isu-isu sosial dengan sentuhan komedi yang genius serta penggambaran yang realistik. Aziz Ansari membawa pulang Golden Globe Awards 2018 untuk Pelakon Lelaki Terbaik Siri—Muzikal/Komedi.

 

8. The Queen’s Gambit (2020)

88ee9bc5 ffe5 4dca bec4 3c0626854ba1Mini siri Netflix ini berdasarkan novel dengan tajuk sama karya Walter Tevis. Kisah yang mengikuti perjalanan Beth Harmon (Anya Taylor-Joy), seorang anak yatim piatu yang memiliki bakat bermain catur yang luar biasa. Beth berjuang dengan ketagihan dan ketidakstabilan emosi sambil mengejar impiannya untuk menjadi Grandmaster catur.

Siri Netflix ini menggambarkan perjalanan Beth dalam dunia catur kompetitif, hubungannya dengan pemain catur lain, dan perkembangannya sebagai individu. The Queen’s Gambit mendapat dua pencalonan pada Golden Globe Awards 2021 dan memenangi kedua-duanya, iaitu untuk Mini siri Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Mini siri.

 

9. Squid Game (2021)

0dd4e9ef 37c5 4251 ba65 debef138c967Squid Game merupakan siri drama thriller Korea Selatan yang telah menjadi fenomena global. Cerita drama ini mengikuti ratusan orang yang terperangkap dalam permainan yang mempertaruhkan nyawa. Para peserta perlu bersaing dalam permainan yang membawa maut untuk mendapatkan hadiah wang tunai yang lumayan.

Siri Netflix ini mengeksplorasi tema-tema, seperti ketamakan, kelangsungan hidup, perbezaan kelas sosial, dan kesannya pada psikologi manusia. Squid Game mendapat anugerah Golden Globe Awards 2022 untuk Pelakon Pembantu Terbaik Siri yang dimenangi oleh Oh Young Soo.

 

10. The Kominsky Method (2018—2021)

Siri netflixSiri Netflix komedi ini dihasilkan oleh Chuck Lorre. Cerita ini mengikuti kehidupan Sandy Kominsky (Michael Douglas), seorang bekas pelakon Hollywood yang kini menjadi juru latih lakonan. Siri ini mengeksplorasi persahabatan dan kehidupan peribadi Sandy.

The Kominsky Method menyajikan lawak jenaka yang genius dan gambaran realisti tentang cabaran yang dihadapi oleh orang-orang pada usia lanjut. Siri ini memenangi Siri Terbaik—Muzikal/Komedi pada Golden Globe Awards 2019. Michael Douglas juga memenangi anugerah untuk Pelakon Lelaki Terbaik Siri—Muzikal/Komedi.

Sepuluh siri menarik di atas ini ditayangkan secara eksklusif di Netflix. Dengan pelbagai cerita menarik yang ditampilkan, senarai tersebut tentu sahaja anda perlu masukkan ke dalam watch list.

Baca juga: 5 Siri Jenayah Sebenar di Netflix, Papar Kes-Kes yang Menggemparkan Dunia
Baca lagi: NETFLIX: Bulan Februari Bakal Dimeriahkan dengan 11 Siri Netflix ini