Adakah anda jenis penonton Kdrama yang hanya mahu menonton drama-drama yang sedang menjadi bualan ramai? Ini senarai Kdrama yang sedang ditayangkan (dan ada juga yang sudah tamat) yang mungkin sesuai untuk hiburan anda!
Pelbagai genre sedang menghiasi saluran televisyen nasional dan kabel – daripada drama perubatan hinggalah ke komedi romantik.
Berikut adalah 10 Kdrama paling popular minggu ini berdasarkan data daripada Good Data Corporation, yang dikumpulkan sepanjang minggu lalu. Drama-drama ini menjadi topik hangat dalam kalangan netizen di Korea Selatan.
1. Resident Playbook (tvN)

Siri sampingan kepada Hospital Playlist ini mengisahkan empat doktor pelatih tahun pertama di Hospital Yulje cawangan Jongno, lokasi berbeza daripada tempat kerja Ikjun dan rakan-rakannya. Dengan gaya penceritaan yang serupa, segala elemen yang anda gemari dalam Hospital Playlist turut ada dalam Resident Playbook.
Baca lagi: Tujuh Pelakon Muda Kdrama Yang Paling Mencuri Perhatian Pada Awal 2025, Kacak dan Berbakat
2. New Recruit 3 (ENA)

Mengisahkan Park Min Seok, seorang askar bawahan yang ditugaskan di Unit Myth. Dia sering dijadikan bahan jenaka oleh rakan sepasukan, sehinggalah satu rahsia besar terbongkar dan mengubah segalanya.
3. The Haunted Palace (SBS)

Berlatar zaman lampau, drama ini dibintangi oleh Yook Sung Jae dan Bona (WJSN). Ia mengisahkan Yoon Gab, seorang pegawai kerajaan yang bekerja di kawasan istana yang dirasuk makhluk legenda bernama Imoogi. Rupa-rupanya Imoogi itu berkaitan dengan Yeo Ri, wanita yang jatuh cinta pada Yoon Gab.
Baca juga: Kdrama Terbaru ‘Shark: The Storm’ 15 Mei Ini, Bersedia untuk Pertempuran Sengit?
4. Heavenly Ever After (JTBC)

Drama menyentuh hati ini mempertemukan Kim Hye Ja sebagai Lee Hae Sook dan Son Suk Ku sebagai Ko Nak Joon. Hae Sook meninggal dunia pada usia 80 tahun dan tiba di syurga dengan rupa usianya. Di sana, dia bertemu suaminya yang tampil sebagai pemuda berusia 30 tahun.
5. The Divorce Insurance (tvN)

Mengangkat kisah unik Noh Ki Jun (lakonan Lee Dong Wook), seorang pakar insurans yang sedang membangunkan produk insurans perceraian. Dalam proses mengira kos perceraian bersama pasukannya, mereka menemui makna sebenar mengenai diri dan cinta.
Baca lagi: Kdrama “GOOD BOY” 31 Mei Ini, Penuh Aksi & Komedi dan Dibintangi Ramai Artis Popular
6. Crushology 101 (MBC)

Drama 12 episod ini berkisar tentang Ban Hee Jin (Roh Jeong Eui), pelajar cemerlang dalam jurusan seni arca di Universiti Yein. Pengalaman cintanya yang pahit menyebabkan dia keliru apabila dua jejaka tampan muncul dalam hidupnya.
7. For Eagle Brothers (KBS2)

Drama hujung minggu sepanjang 50 episod ini mengisahkan Ma Gwang Sook (Uhm Ji Won), pekerja di Pejabat Pos Shiwan. Selepas kematian suaminya, CEO Eagle Brewery, akibat kemalangan, dia bertemu Han Dong Seok (Ahn Jae Wook), pemilik Hotel LX yang juga memiliki kisah silam yang serupa.
8. Cinderella Game (KBS2)

Dengan jumlah 101 episod, Cinderella Game mengisahkan Koo Ha Na (Han Groo), tulang belakang keluarga yang penuh misteri dan konflik. Dia rupanya bukan anak kandung keluarga yang membesarkannya. Selepas dilahirkan semula, dia berazam membalas dendam.
9. Good Luck! (KBS1)

Han Mu Cheol, pemilik bangunan yang terlalu cintakan wang, lebih mengutamakan duit berbanding keluarganya. Kehidupannya berubah apabila muncul pesaing hebat dalam perniagaan hartanah yang diceburinya.
10. Villains Everywhere (KBS2)

Oh Na Ra memainkan watak yang dinamakan sempena dirinya sendiri – seorang bekas pramugari yang kini menjadi suri rumah dan ibu kepada dua anak. Sikapnya yang sangat kompetitif membawa pelbagai konflik apabila individu baharu muncul dalam hidupnya.








