Home Filem/Drama Barat 10 Filem Serangan Ikan Jerung Rating Tertinggi di Rotten Tomatoes

10 Filem Serangan Ikan Jerung Rating Tertinggi di Rotten Tomatoes

0

Untuk para penggemar filem, pasti tidak asing dengan cerita bertemakan keganasan ikan jerung kan?

Suasana yang mencekam, menegangkan, sehingga membuat siapapun akan menahan nafas ketika menyaksikan adegan demi adegan yang ditampilkan. Namun, dari banyaknya tajuk filem dengan tema serupa, pasti ada penonton yang keliru filem tentang ikan jerung manakah yang paling menarik untuk ditonton.

Jangan risau! Kerana senarai dibawah ini akan memudahkan pencarian anda bagi peminat filem dengan tema sedemikian.

Jom kita lihat senarai 10 filem serangan ikan jerung rating tertinggi di Rotten Tomatoes!

1. Jaws (1975)

Filem serangan ikan jerung

Filem serangan ikan jerung yang diarahkan oleh Steven Spielberg, Jaws meraih rating 9.30 dari para pengkritik filem. Bermula dari seorang wanita ditemukan mati setelah berenang di pantai Amity Island. Wanita tersebut diserang oleh seekor ikan jerung ganas.

Tonton di Netflix

 

2. The Shallows (2016)

The Shallows merupakan garapan pengarah Jaume Collet-Serra yang ditayangkan 2016 lalu. Filem serangan ikan jerung ini dibintangi oleh Blake Lively, filem ini menceritakan tentang Nancy yang ingin mencari ketenangan diri setelah kematian ibunya dengan bercuti di sebuah pantai terpencil di Mexico.

Malangnya, ketika sedang meluncur, dia diserang jerung putih yang membuatnya terluka dan terdampar sekitar 180 meter dari pantai. Antara hidup dan mati, Nancy harus menyelamatkan diri dari serangan jerung lapar tersebut. Filem ini mendapat rating 6.50 dari para pengkritik film.

 

3. The Reef (2010)

Filem jerung

Filem serangan ikan jerung dari Australia ini menjadi projek kedua pengarah Andrew Traucki. Kemampuannya dalam menggambarkan situasi yang mencekam, mendebarkan, serta adegan yang intense dipuji oleh para pengkritik melalui perolehan rating sejumlah 6.20.

Berdurasi 94 minit, filem ini dimulai dengan seorang lelaki bernama Luke (Damian Walshe-Howling) mengajak beberapa temannya untuk menghantar pesanan yacht kepada seorang pelanggan di Indonesia. Di tengah perjalanan, yacht tersebut melanggar batu karang besar dan mengalami kerosakan teruk. Sementara itu, di tengah laut yang luas, mereka diintai oleh jerung yang sedang haus darah.

 

4. Sharknado (2013)

Tidak seperti kebanyakan filem serangan ikan jerung, Sharknado mempunyai jalan cerita cukup unik kerana ia membawa genre komedi.

Ditayangkan pada 2013, filem ini menceritakan sebuah fenomena aneh ketika puting beliung raksasa membawa ribuan ekor jerung ganas ke tengah kota Los Angeles. Mengetahui hal itu, seorang pemilik bar di tepi pantai (Ian Ziering) berusaha menyelamatkan dirinya dan keluarganya dari serangan jerung yang membanjiri kota.

Sharknado mendapat rating 6.10 dari para pengkritik filem.

 

5. Open Water (2003)

Filem

Diarahkan oleh Chris Kentis, filem serangan ikan jerung dalam Open Water diambil dari kisah benar tentang sepasang suami isteri bernama Tom dan Eileen Lonergan. Berkisah tentang perjuangan suami isteri (Daniel Travis dan Blanchard Ryan) bertahan hidup dari serangan jerung, setelah sebelumnya mereka secara tidak sengaja ditinggalkan oleh kapal persiaran.

Adegan demi adegan yang membuatkan penonton gigit jari membuatkan filem ini layak masuk dalam senarai tontonan anda.

Filem ini mendapat rating 5.80.

 

6. The Reef : Stalked (2022)

https://youtu.be/x87S19sMbD4

Menandakan kembalinya serangan jerung putih, pengarah Andrew Traucki mengeluarkan sekuel dari filem The Reef yang tayang pada tahun 2010. The Reef: Stalked, bermula dari Nic (Teresa Liane) yang sedang kemurungan akibat kematian saudara perempuannya.

Untuk menghiburkan diri, dia memutuskan untuk bercuti bersama teman-temannya. Saat sedang asyik menaiki kayak dan menyelam, mereka merasa ada sesuatu sedang mengikuti di sepanjang perjalanan.

The Reef: Stalked meraih rating 5.60.

 

7. Jaws 2 (1978)

IMG 1398

Diarahkan oleh Jeannot Szwarc, filem serangan ikan jerung Jaws 2 meraih rating 5.50 dari para pengkritik. Melanjutkan dari cerita sebelumnya, serangan jerung ganas masih menghantui Amity Island.

Polis Martin Brody menemukan kejanggalan berupa foto close-up jerung dalam kamera sepasang penyelam yang dinyatakan hilang. Dibintangi oleh Roy Scheider, Lorraine Gary, dan Murray Hamilton, filem ini masih menghadirkan sensasi yang sama seperti pendahulunya yang penuh lagenda.

 

8. Sharknado 2 : The Second One (2014)

Pengarah Anthony C. Ferrante kembali menghadirkan tontonan masa kini yang layak dinikmati sebagai hiburan melalui Sharknado 2: The Second One. Dilakonkan oleh orang yang sama, filem ini mengambil latar cerita di kota New York.

 

9. Deep Blue Sea (1999)

IMG 1399

Menggabungkan genre sains fiksyen, filem serangan ikan jerung Deep Blue Sea menawarkan kisah segar dari serangan jerung di laut lepas. Turut dibintangi oleh Samuel L Jackson, filem ini menceritakan sebuah eksperimen kajian terhadap otak ikan jerung yang akan dijadikan penawar bagi para penderita Alzheimer.

Tanpa diketahui, seekor jerung putih terbesar berhasil melarikan diri dari lokasi dan menghancurkan bilik makmal bawah laut tersebut.

10. 47 Meters Down (2017)

47 Meters Down merupakan filem serangan ikan jerung garapan pengarah Johannes Roberts tayang pada 2017. Dengan rating 5.40, penonton akan dibawa kepada kisah adik beradik Lisa dan Kate yang bercuti ke Mexico, dimana mereka memutuskan untuk mencuba sangkar selam di perairan yang dipenuhi jerung.

Di tengah asyiknya menikmati keindahan laut, kabel yang menahan sangkar tersebut putus hingga membuatkan mereka tenggelam sedalam 47 meter di bawah permukaan laut. Nyawa mereka dipertaruhkan ketika kawanan jerung putih mengelilingi tempat tersebut dalam masa yang sama, bekalan oksigen juga semakin berkurangan.

Dari Jaws hinggalah 47 Meters Down, itulah cadangan filem bertemakan serangan ikan jerung yang anda boleh nikmati saat bersantai di hujung minggu.

Baca lagi: Filem Seram Korea “Tastes of Horror”, Menampilkan 10 Kisah Mengerikan
Baca juga: 8 Filem tentang Penjajahan, Terbaru Killers of the Flower Moon