Home Movie Barat 10 Filem Romantik Komedi Era 2000-an yang Pasti Buat Hati Bergetar dan...

10 Filem Romantik Komedi Era 2000-an yang Pasti Buat Hati Bergetar dan Tersenyum

0

Siapa yang tidak merindui era filem romantik komedi tahun 2000-an? Suatu zaman di mana kisah cinta dipersembahkan dengan ringan, penuh detik lucu, dialog manis, dan penamat yang mampu membuat kita tersenyum sendirian.

Daripada runut bunyi yang mudah diingati, fesyen ikonik, hingga jalan cerita yang ringkas namun menyentuh hati,  filem-filem romantik ini berjaya menghidupkan kembali nostalgia menonton bersama sahabat, diam-diam jatuh hati pada watak utama, dan berharap kisah cinta sebenar seindah di layar perak.

Ayuh kita mengimbas kenangan indah menerusi senarai filem romantik komedi antarabangsa dari era 2000-an yang tetap menghangatkan hati hingga ke hari ini. Saksikan yang berikut:

1. The Princess Diaries (2001)

ded57948 6972 4bf0 a68f 1fcf79dea671

Mia Thermopolis (Anne Hathaway) ialah seorang remaja biasa di San Francisco, canggung, berkaca mata, dan jarang menjadi tumpuan. Hidupnya yang biasa-biasa berubah drastik apabila neneknya, Ratu Clarisse Renaldi (Julie Andrews), mendedahkan bahawa Mia merupakan pewaris takhta kerajaan kecil bernama Genovia.

Mia terpaksa belajar menjadi seorang puteri, anggun, sopan dan bersedia menghadapi sorotan dunia. Filem romantik ini bukan sekadar tentang transformasi luaran Mia, tetapi juga pencarian jati diri, keberanian membuat keputusan besar, dan kepentingan menjadi diri sendiri.

2. How to Lose a Guy in 10 Days (2003)

88aae9f5 f130 460e 8d63 892eb71ab0fb

Andie Anderson (Kate Hudson), seorang wartawan, sedang menulis artikel bertajuk “Cara Hilangkan Teman Lelaki Dalam 10 Hari”. Untuk itu, dia menjalankan eksperimen dengan cuba membuat seorang lelaki meninggalkannya dalam masa sepuluh hari.

Ben Barry (Matthew McConaughey), pula dalam misi bertaruh bahawa dia mampu membuat seorang wanita jatuh cinta dalam masa yang sama. Kedua-duanya tidak menyedari bahawa hubungan yang bermula sebagai helah, perlahan-lahan menjadi sesuatu yang ikhlas.

3. What a Girl Wants (2003)

IMG 7139

Daphne Reynolds (Amanda Bynes) ialah seorang gadis Amerika yang ingin bertemu dengan ayah kandungnya yang tidak pernah dikenalinya, seorang bangsawan Inggeris. Dia terbang ke London dan memasuki dunia penuh protokol serta tradisi yang asing baginya.

Di samping menyesuaikan diri dengan kehidupan diraja, Daphne juga menemui cinta pertama dan belajar bahawa menjadi diri sendiri jauh lebih penting daripada memenuhi jangkaan orang lain.

4. 13 Going on 30 (2004)

167d7a1b 406e 42a4 91bc e220f739506c 1

Jenna Rink (Jennifer Garner), seorang gadis berusia 13 tahun, berasa tertekan dengan kehidupannya di sekolah menengah. Dia berhasrat agar dapat terus menjadi dewasa.

Ajaibnya, pada hari lahirnya, hasrat itu menjadi kenyataan dan dia bangun sebagai wanita dewasa berusia 30 tahun. Namun, dunia dewasa tidak seindah yang dibayangkan. Filem romantik ini membawa kita menelusuri kerinduan zaman remaja dan mengingatkan bahawa kehidupan bukan sekadar mencapai matlamat, tetapi juga perjalanan yang kita tempuhi.

5. 50 First Dates (2004)

477d06dd df5e 4c31 9e1c d99ea7e1f33a

Henry Roth (Adam Sandler), seorang doktor haiwan di Hawaii, hidup tanpa sebarang komitmen cinta, sehinggalah dia bertemu Lucy Whitmore (Drew Barrymore), seorang wanita yang menghidap amnesia jangka pendek.

Setiap hari, Lucy bangun tanpa ingatan tentang hari sebelumnya. Henry jatuh cinta dan berusaha memenangi hatinya setiap hari, walaupun Lucy tidak pernah mengingatinya semula keesokan harinya. Sebuah kisah cinta yang menunjukkan kesetiaan dan ketabahan dalam mencintai seseorang tanpa syarat.

6. A Cinderella Story (2004)

74660c4a 795b 4732 86f5 2c8e7d9da9cc 1

Sam Montgomery (Hilary Duff) hidup bersama ibu tiri yang kejam, namun dalam dunia maya, dia bebas menjadi dirinya yang pintar dan menarik.

Sam jatuh cinta secara dalam talian dengan seorang jejaka misteri yang sebenarnya ialah Austin Ames, pelajar popular di sekolahnya. Pertemuan mereka di malam prom membawa Sam berhadapan dengan realiti bahawa cinta sejati memerlukan keberanian untuk menjadi diri sendiri.

7. Just Like Heaven (2005)

Filem romantik

David (Mark Ruffalo) baru sahaja berpindah ke apartmen baharu di San Francisco, tetapi hidupnya terganggu oleh kemunculan seorang wanita asing, Elizabeth (Reese Witherspoon), yang mendakwa itu rumahnya.

Elizabeth sebenarnya dalam keadaan koma dan hanya David yang dapat melihatnya. Hubungan aneh ini berkembang menjadi satu ikatan yang penuh emosi, dan mereka berdua berusaha merungkai misteri serta mencari cara untuk bersama meskipun terpisah antara dunia nyata dan tidak sedar.

8. The Holiday (2006)

eb962f43 b89b 4b67 81f1 2cc9e4fededc

Iris (Kate Winslet), seorang wartawan di England, dan Amanda (Cameron Diaz), usahawan dari Los Angeles, saling bertukar rumah ketika musim cuti untuk lari daripada kisah cinta yang menyakitkan.

Di England, Amanda bertemu Graham (Jude Law), manakala Iris di Amerika bertemu Miles (Jack Black). Kisah ini mengetengahkan penyembuhan, keberanian untuk berubah, dan bagaimana cinta boleh datang dari arah yang tidak disangka-sangka.

9. The Proposal (2009)

1c0de3d0 18c1 47c8 89bd bb1e92ed07d4

Margaret Tate (Sandra Bullock), seorang bos keras, menghadapi isu visa yang bakal memaksanya pulang ke Kanada. Dia memaksa pembantunya, Andrew Paxton (Ryan Reynolds), untuk berpura-pura menjadi tunangnya.

Apabila mereka terpaksa ke kampung halaman Andrew di Alaska, hubungan palsu ini mula berubah menjadi sesuatu yang benar. Daripada muslihat, timbul rasa cinta yang sebenar antara mereka.

10. (500) Days of Summer (2009)

665d6dac c295 48c7 a2b9 3f748d38b759

Tom Hansen (Joseph Gordon-Levitt), seorang lelaki romantik yang percaya pada cinta sejati, jatuh hati kepada Summer Finn (Zooey Deschanel) yang tidak percaya pada hubungan serius.

Filem romantik ini bukan kisah cinta biasa, tetapi gambaran perjalanan emosi Tom sepanjang 500 hari bersama, dan tanpa, Summer. Ia menunjukkan bahawa cinta tidak selalu seindah yang kita bayangkan, namun tetap memberi makna yang mendalam dalam hidup.

Baca lagi: 10 Drama Cina 2025 Bertemakan Sekolah Paling Menyentuh Jiwa
Baca juga: 6 Filem Barat Adaptasi Permainan ini Ibarat Seperti Bermain Secara Langsung Dalam Permainan
Baca lagi: 7 Filem Romantik Jepun Adaptasi Anime Paling Popular, Harus Tonton Untuk Peminat Cinta!
Baca juga: 7 Filem Romantik Korea yang Pasti Buatkan Anda Berendam Air Mata, Penuh Emosi
Baca lagi: 7 Filem Romantik Korea Paling Berjaya Sepanjang Zaman, Kutipan Box Office yang Menguntungkan